Translate

20/02/2014

NAJIB SEDIH P. WAYTHAMOOOOOOOOOOTHY LETAK JAWATAN !!!!


LANTIK TIM. MENTERI YANG TIADA KUALITI HANYA MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.... TARAK MASUUUUUUUKKKKKK !!!!!! KONON NAK BANTU MASYARAKAT INDIA....???


PUTRAJAYA - P. Waythamoorthy meletak jawatan sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas gagal menuntut semua bajet kerajaan untuk masyarakat India diletakkan di bawah kawalannya, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata tuntutan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) itu adalah keterlaluan dan tidak wajar, justeru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memenuhi tuntutannya.

"Saya diberitahu seolah-olah Hindraf mahu mengawal kesemua pembiayaan dan mekanisme penyampaian untuk masyarakat India...ini sudah tentu sukar bagi perdana menteri untuk bersetuju."Sudah tentu ada banyak kaedah untuk menyampaikan pembiayaan," kata Dr Subramaniam, yang juga Menteri Kesihatan, pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mendakwa Waythamoorthy juga sentiasa mencari jalan untuk bekerja secara keseorangan tanpa menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan MIC dalam usaha menyelesaikan masalah kaum India."Beliau bekerja secara keseorangan dan kami tidak tahu banyak apa yang beliau lakukan," katanya.

Katanya kerajaan dan MIC sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kaum India dan segala kekurangan dalam sistem penyampaian sedang diatasi."Pada mesyuarat Kabinet hari ini, perdana menteri telah menjelaskan macam mana kerajaan boleh melaksanakan cadangan pelan tindakan pembangunan sekolah Tamil," katanya.

Pada 14 Februari lepas, Najib mengesahkan menerima surat peletakan jawatan oleh Waythamoorthy. - Bernama

HERMAN TINO ADA 'CLASS' UNTUK MENYELAMAT ANAK BANGSA DARIPADA DI LIWAT ???

PETALING JAYA: Penyanyi Herman Tino berkata dia hanya akan membatalkan hasratnya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang jika menolak pencalonannya.
Walaupun akur dengan rayuan isterinya agar tidak meneruskan hasratnya itu, Herman berkata dia masih ingin mendapatkan reaksi pengundi di DUN Kajang.
"Saya masih sedang melihat reaksi penduduk Kajang mengenai hasrat saya ini," katanya.
Beliau mengulas mengenai harapan isterinya, Noraini Ibnu agar membatalkan niatnya bertanding di DUN Kajang pada PRK yang akan diadakan 23 Mac depan.
mStar Online pada Rabu menyiarkan laporan bahawa Noraini yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio, RTM berkata, dia tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.
Mengulas lanjut Herman berkata dia sangat menyayangi Noraini walaupun dia tidak memberi sokongan mengenai pendirian politiknya.
"Saya harap isteri saya akan faham mengapa saya lakukan ini. Ia bukan untuk kepentingan peribadi.
"Saya lakukan demi rakyat yang marahkan cubaan orang luar untuk merampas kedudkan Menteri Besar Selangor," katanya.
Herman adalah antara lima calon yang setakat ini menyatakan minat untuk bertanding di kerusi DUN Kajang yang mana PKR mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka yang lain adalah bekas pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bekas sekutu Anwar, Datuk S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay.
Barisan Nasional masih belum secara rasmi menamakan calonnya.
Herman sebelum ini bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjung Karang dalam pilihan raya umum ke-13.
Sumber:mstaronline

19/02/2014

MOU, MOU...LETAK JAWATAN LAGI BAIK. JANGAN NAK SALAHKAN ORANG LAIN


Waythamoorthy Temui PM Sebanyak 16 Kali Sebelum Letak Jawatan dan SERTAI PKR ??

PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang juga bekas Timbalan Menteri P. Waythamoorthy berkata, beliau telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebanyak 16 kali tetapi tidak membuahkan sebarang hasil.
"Saya ingin menyatakan bahawa dalam tempoh lapan bulan lepas saya telah mengadakan pertemuan dengan PM sebanyak 16 kali. Dalam setiap pertemuan itu saya mengusulkan penamaan unit baru dan bajet seperti yang dijanjikan kepada saya sebelum ini, " katanya.jelasnya.
Waytha selain itu turut menjadikan kegagalan kerajaan menunaikan janji seperti yang ditandatangani dalam MOU antara Barisan Nasional (BN) dan Hindraf pada 18 April 2013 sebagai punca beliau meletak jawatan.
"Saya melakukannya (meletak jawatan) selepas berbulan bersabar selain sentiasa cuba untuk bekerja menerusi perjanjian MOU yang telah ditandatangani antara BN dengan Hindraf," jelasnya.
Pada 10 Februari lalu, Waythamoorthy meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta senator selepas didakwa kecewa.

DOA PEMIMPIN LAMA MENJADI KENYATAAN ???


Anwar Tak Layak Jadi MB - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor kerana perjuangan Anwar hanyalah untuk menjadi perdana menteri, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya fikir dia (Anwar) tak layak (jadi Menteri Besar), dia tubuh satu parti semata-mata untuk nak tentukan dia jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air.
"Di mana-mana dia berjuang pun cuma untuk jadi perdana menteri, masuk dalam Umno (dulu) pun pasal nak jadi perdana menteri, bukan nak berjuang untuk Umno," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Kursi Keamanan Global Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini Selasa.
Turut hadir Presiden UIAM Tan Sri Dr Rais Yatim.
Dr Mahathir, yang juga Presiden PGPF, berkata beliau juga 'takut' rakyat Selangor tidak akan selamat jika Anwar menjadi Menteri Besar negeri itu.
"Sudah tentulah saya berasa takut sebab rakyat tidak akan selamat, kakitangan tidak akan selamat dengan kehadirannya, anda lihat apa yang berlaku kepada kakitangannya? Dia akan lebih dipengaruhi kebebasan untuk berbuat apa yang disukainya.
"Dia fikir sebagai perdana menteri, mungkin dia tidak dapat disentuh undang-undang, anda bukan tidak dapat disentuh undang-undang, jika anda melakukan perbuatan yang salah, (atau jika) anda tidak bermoral, kerajaan akan mengambil tindakan ke atas anda," katanya.

18/02/2014

KUMPULAN JEMAAH ISLAMIAH BERKUBU DI SEGAMAT ????

Polis rampas 14 senjata api tiruan, tahan kumpulan lelaki berpakaian tentera


SEGAMAT: Polis Segamat merampas 14 senjata api tiruan termasuk menyerupai M-16 dan AK-47 ketika menahan sekumpulan lelaki lengkap berpakaian tentera yang menjadikan ladang kelapa sawit di Bukit Chee Leong, Jementah di sini sebagai lokasi latihan perang, petang semalam.


Foto
SENJATA api tiruan yang dirampas daripada sekumpulan lelaki di sebuah ladang kelapa sawit di Segamat.

17/02/2014

SI BARUA CUBA MAIN SENTIMEN AGAMA UNTUK MENGHURU-HARAKAN NEGARA????

Bantah khutbah: KPN beri amaran

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) memberi amaran tegas kepada pihak yang cuba memainkan sentimen agama dengan membantah isi kandungan khutbah Jumaat tentang Hari Valentine agar menghentikan tindakan sedemikian.

Menurutnya, pihak terbabit terutama bukan Islam tidak berhak mengeluarkan pendapat atau komen berhubung khutbah Jumaat yang dikhususkan untuk masyarakat Islam sahaja.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak teragak-agak mengambil tindakan keras terhadap pihak yang melampaui batas itu.

“Saya memberi amaran dan ingatan terakhir kepada pihak yang cuba menimbulkan kemarahan awam kerana perkara itu boleh mengancam keselamatan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri malam penghargaan masyarakat kepada PDRM di sini malam ini.

Masjid dibaling ketulan daging babi

BUKIT MERTAJAM 16 Feb. - Pembantu Imam Masjid Cherok Tok Kun Atas, Machang Bubok dekat sini, terkejut selepas menemui seketul daging yang dipercayai daging babi di hadapan pintu masuk masjid berkenaan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, Saad Arop, 78, tiba awal di masjid berkenaan untuk membuat persiapan solat Subuh berjemaah, hampir terlanggar daging berkenaan kerana keadaan masih gelap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, Saad yang curiga dengan ketulan daging itu kemudian membuat laporan polis.

"Berdasarkan ciri daging berkenaan, polis percaya daging itu merupakan daging babi dan kita menghantar ke Jabatan Veterinar negeri untuk diuji bagi mendapatkan pengesahan," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian di sini.

Menurut Mazlan, polis tidak menolak kemungkinan daging itu dibaling dari kawasan luar masjid namun siasatan lanjut masih dijalankan.

"Masjid ini terletak berhampiran jalan utama dan berdasarkan keadaan daging yang masih merah, kita mengesyaki daging ini dicampak sejam sebelum ditemui," katanya.

16/02/2014

HEI NUAR !!! LANGKAH MAYAT AKU DULU - KATA KHALID


Khalid Enggan Tandatangan Surat Letak Jawatan

PETALING JAYA: Cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor menerusi pelan hebatnya mungkin tidak akan kesampaian.
Ia berikutan penyandang jawatan itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan meletak jawatan.
Berdasarkan sumber peringkat tertinggi, Abdul Khalid dijadualkan perlu menandatangani surat perletakan jawatan yang disediakan oleh kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bagaimanapun difahamkan Abdul Khalid enggan berbuat demikian.
Surat perletakawan jawatan sulit itu merupakan sebahagian daripada pelan becita-cita tinggi untuk memberi laluan kepada Anwar memimpin Selangor.
Surat itu dipercayai bertarikh 23 Mac iaitu tarikh hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Surat bertarikh tersebut dibuat dengan jangkaan Anwar akan memenangi PRK Kajang dan menyertai DUN Selangor.
Sumber kerajaan negeri turut memaklumkan The Star bahawa Abdul Khalid menasihatkan Istana Selangor bahawa beliau tidak akan meletak jawatan.
"Beliau rasa seperti dipermain-mainkan oleh Anwar," katanya sumber berkenaan.
Abdul Khalid juga dikatakan sudah menerangkan kepada Sultan Selangor mengenai situasi politik di Selangor dalam pertemuan mingguannya pada Rabu lalu.
Difahamkan Sultan Selangor yang mahir mengenai Perlembagaan Negeri, dijangka tidak mengganggu hal politik namun akan mematuhi sepenuhnya semua undang-undang negeri.
Sejak Abdul Khalid menghadap sultan, beliau diperhatikan kini sentiasa berada dalam keadaan 'angin baik' dan selalu tersenyum.
Pemerhati berkata keadaan rambutnya sering dilihat sebagai 'pengukur angin' - kini dilihat sentiada kemas dan rapi serta kelihatan ceria.
Walau bagaimanapun, Abdul Khalid perlu menghadapi 'pertempuran sengit' dalam usaha mengekalkan kedudukannya.

15/02/2014

Comango bersama NUAR Ancaman PRK KAJANG ???


Comango Ancaman Hancurkan Islam & Negara - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada Jumaat menegaskan tuntutan yang dibuat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syariat Islam dan bakal menghancurkan negara.
Justeru, jawatankuasa fatwa berkenaan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.
"(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia", katanya.
Comango sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan itu turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal kes penggunaan kalimah Allah dan ajaran Syiah.
Abdul Shukor turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk bersatu padu dalam menangani isu berkenaan tanpa memikirkan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan kesucian agama Islam dan meminta umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...