Translate

11/02/2014

Kita akan ambil tindakan - betul ke? atau sembang kosong !!!!


'Lebih 10 masjid masih amal semangat berpuak'

KUALA TERENGGANU - Lebih 10 masjid di Terengganu didapati masih mengamalkan semangat berpuak mengikut fahaman parti politik, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Tugas-tugas Khas negeri Ghazali Taib.
    
Sehubungan itu katanya, kerajaan negeri menerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan memanggil jawatankuasa masjid berkenaan bagi menangani masalah tersebut.
    
Jika selepas ini keadaan masih belum berubah, kita akan ambil tindakan, katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Sijil Jawatankuasa Masjid 2013/2014 bagi daerah Kuala Terengganu, di sini hari ini.
    
Katanya kebanyakan masjid terbabit terletak di daerah Besut.
    
"Kita tidak mahu rakyat di negeri ini berpecah disebabkan fahaman politik berbeza," katanya.
    
Menurutnya Maidam juga mahu memastikan semua umat Islam yang datang ke masjid di negeri itu dapat beribadat dengan selesa tanpa timbul unsur-unsur kepartian.
    
Sementara itu, Ghazali berkata pada tahun ini kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk pengurusan masjid dan RM500,000 bagi membaik pulih kerosakan kecil masjid.
    
Peruntukan ini ialah yang terbesar yang pernah disediakan oleh kerajaan Terengganu untuk Maidam bagi tujuan itu, katanya.
   
Mengenai sijil anggota jawatankuasa masjid, Ghazali berkata setakat ini 90 peratus daripada 496 buah masjid di negeri itu sudah menerima sijil masing-masing. - Bernama

10/02/2014

PRK KAJANG: TEMBELANG BUSUK USTAS NUAR BERBAU KEMBALI ???


Anwar Dakwa SPR Ejen Umno

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana menegur tindakannya memulakan kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang lebih awal sebelum tempoh yang dibenarkan.
Malah Ketua Pembangkang itu seperti biasa mendakwa suruhanjaya berkenaan sebagai ejen Umno ekoran daripada teguran berkenaan.
"SPR ejen Umno. Mereka hanya tonton TV3. Mereka tak tonton TV1, TV2," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Yayasan Keamanan Sasakawa, Jiro Hanyu yang datang ke Malaysia untuk memohon maaf diatas insiden beliau dihalang memasuki Jepun pada 19 Februari lalu.
Anwar turut mengelak untuk mengulas lanjut beberapa dakwaan beliau berkempen sebelum hari penamaan calon yang ditetapkan pada 11 Mac depan.
"Saya tak nak layan dakwaan-dakwaan ini. Saya ingat lepas ini lebih ramai 'tokoh-tokoh' baru muncul," katanya.
Pada Isnin, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata mana-mana pihak yang memulakan kempen sebelum hari penamaan calon boleh dikenakan tindakan oleh pihak polis dan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
"Kempen bermula selepas penamaan calon dan berakhir pada 22 Mac jam 12 tengah malam. Kempen pilihan raya sebelum tarikh itu adalah tidak dibenarkan," katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR didakwa mengadakan beberapa siri ceramah sejurus diumumkan sebagai calon PRK DUN Kajang, baru-baru ini.
Kerusi DUN tersebut kosong berikutan peletakan jawatan mengejut wakil rakyat PKR, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.
Walaupun Anwar sering menuding jari terhadap SPR kerana didakwa tidak telus, Penasihat Ekonomi Selangor itu memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Mei tahun lalu.

08/02/2014

Akta baharu jaga kebajikan pesara, bekas polis


KUCHING - Sebuah akta baharu sedang dirangka bagi menjaga hal-ehwal pesara dan bekas polis dengan lebih baik serta tersusun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
   
Beliau berkata berkata draf pertama sudah siap namun beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan sebelum dibentang pada persidangan Parlimen tahun ini

"Akta baharu ini akan memberi penekanan terhadap kebajikan serta kawal selia lebih baik kepada pesara serta bekas polis di seluruh negara. Akta itu mungkin akan dikenali sebagai Akta Pesara dan Bekas Polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pendaftaran pertubuhan kepada Persatuan Alumni Polis Sarawak.
   
Wan Junaidi berharap draf baharu akta itu mampu disiapkan secepat mungkin supaya dapat dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen yang dijangka bermula 10 Mac depan.

Ketika ditanya kandungan lain akta itu, Wan Junaidi berkata selepas diluluskan, sebuah jabatan baharu serta sebuah lembaga akan diwujud bagi mengawal semua perkara berkaitan pesara dan bekas polis.
   
"Semua persatuan bekas polis seterusnya akan diminta mendaftar dengan lembaga berkenaan," katanya. - Bernama

TINDAKAN YANG TEPAT MENGGANTIKAN PENGAWAL KESELAMATAN DENGAN POLIS BANTUAN


PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan khidmat pengawal keselamatan di semua pejabat kerajaan digantikan dengan khidmat polis bantuan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Sambil berharap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menimbangkan cadangan itu, beliau berkata langkah itu wajar terutama di pusat pentadbiran Putrajaya yang turut menempatkan pejabat menteri yang menyimpan banyak dokumen rahsia kerajaan.

"Saya risau jika pengawal keselamatan di 'outsource', mereka akan mempunyai kunci pendua pejabat dan pelbagai perkara boleh dilakukan oleh mereka, oleh (itu) kita mahu pastikan perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku," katanya.

Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai di sini hari ini.
Katanya beliau turut mengusulkan cadangan kepada anggota Kabinet agar syarikat-syarikat keselamatan diambil alih oleh kerajaan agar kakitangannya  dapat dilatih sebagai polis bantuan.

07/02/2014

OPS CANTAS, OPS CANTAS - KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK MULA MEMBIAK SEMULA ????


Negara kita mula digegarkan dengan kejadian tembak menembak. Mana dia pasukan khas yang ditubuhkan. Tak kan nak dibiarkan kejadian jenayah kekerasan berluasa baru nak bertindak.

Pemimpin politik Myanmar terselamat dari cubaan bunuh di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung terselamat dalam cubaan membunuh di kawasan Bukit Bintang di sini, Rabu lalu. 

Menurut sumber polis, beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal tidak mengenai sasaran iaitu kereta BMW yang dinaiki pemimpin itu bersama tiga lagi kenalannya di Jalan Alor. 

Dalam kejadian 11.30 malam itu, turut bersama Aye Maung ialah Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan dua lagi warga Myanmar. 

Mereka dikatakan baru meninggalkan Plaza Low Yat sebelum kenderaan mereka diserang dua lelaki berkenaan yang dipercayai rakyat Myanmar. 

"Susulan tembakan itu, kenderaan dinaiki Aye Maung terus memecut ke sebuah hotel di ibu negara sebelum laporan polis dibuat. Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mereka," kata sumber itu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. 

Aye Maung adalah pengerusi sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine. - BERNAMA

22 KUNCU UMNO DISINGKIR DARI PKNS HOLDINGS


MB Pertahan Tamat Kontrak 22 Kakitangan PKNS Holdings

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Katanya dengan penamatan kontrak tersebut, PKNS berjaya menjimatkan kos operasinya sebanyak RM7 juta setahun.
Tambah beliau, Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan penyusunan semula organisasi perbadanan berkenanan termasuk penamatan kontrak 22 kakitangan tersebut.
"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS untuk buat kajian terperinci organisasi termasuk melibatkan sumber manusia.
"Arahan ini dibuat selepas kita menerima aduan daripada pemberi maklumat dalaman bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji tinggi.

06/02/2014

TAHNIAH SPRM TERUSKAN USAHA MEMBENTERAS PENYELEWENGAN DISEL SUBSIDI

Gambar hiasan
PENYELEWENGAN DISEL SUBSIDI JUGA BERLAKU DI PELABUHAN CENDERING, KUALA TERENGGANU !!!!


13 direman bantu siasatan penyelewengan diesel subsidi

KOTA BHARU: Tiga belas orang yang disyaki menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk mendapatkan bekalan diesel subsidi di Besut, Terengganu semalam, ditahan reman dua hari mulai hari ini untuk membantu siasatan. 


Suspek yang kesemuanya lelaki berusia antara 25 dan 55 tahun, terdiri daripada enam pemilik bot, empat peraih ikan dan tiga orang tengah, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 8 pagi. 

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Norida Mohd Hussain.


Akhbar hari ini melaporkan, SPRM semalam menyerbu beberapa lokasi di perkampungan nelayan Kuala Besut termasuk jeti Kompleks Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut dalam Op Tekong untuk membanteras sindiket penyelewengan diesel subsidi. 

Dalam serbuan kira-kira jam 9 pagi itu, sebanyak 15 orang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam memalsukan butiran resit pendaratan ikan. 

Siasatan awal mendapati aktiviti pemalsuan butiran itu didalangi sindiket bagi mendapatkan bekalan diesel subsidi yang diberikan kerajaan kepada nelayan berdasarkan jumlah tangkapan ikan.

05/02/2014

PANAS - Ugutan Bunuh PPBSJ Terhadap Import T-Team Dari Brazil


Beliau telah diugut oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor dengan perkataan berbunyi, "***** you Brazil, I will kill you, this is my country!"

Laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, selepas skuad T-Team menarik diri daripada saingan Piala FA kerana risaukan keselamatan mereka.

MyWatch masih menunggu laporan polis yang dibuat pemain import lain skuad T-Team (jika ada) yang mendakwa ditendang di bahagian kemaluan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor).

Pemain dan staf kejurulatihan T-Team dan Johor Darul Takzim bergaduh ketika tamat separuh masa pertama perlawanan antara mereka pada 1 Februari 2014 yang lalu.

FAM akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi menentukan hukuman pada pihak yang bersalah.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tindakan tegas akan diambil walau apa "pangkat" individu yang terlibat.

Sumber:teraungkita

KENDERAN RESMI PM VS KENDERAAN RESMI KETUA MENTERI !!!


Gambar Proton Perdana model baru untuk kegunaan Perdana Menteri Malaysia-

Kami baru menerima gambar dari wakil kami yang berada di Majlis Penyerahan Proton Perdana Kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Seperti gambar dibawah, Proton Perdana untuk Perdana Menteri adalah versi yang lebih panjang dengan nombor pendaftaran W 11 N.



Walaupun Proton Perdana baru ini dikeluarkan berdasarkan design asas Honda Accord, ramai yang memuji kerana dilihat lebih eksklusif untuk kegunaan pihak kerajaan.

Menurut Pengerusi & Pengarah Eksekutif PROTON dalam ucapannya menyatakan Proton Perdana model baru ini menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L, serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Hanya 3000 unit dikeluarkan untuk kegunaan kerajaan buat masa ini.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...