Translate

08/02/2014

Akta baharu jaga kebajikan pesara, bekas polis


KUCHING - Sebuah akta baharu sedang dirangka bagi menjaga hal-ehwal pesara dan bekas polis dengan lebih baik serta tersusun, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
   
Beliau berkata berkata draf pertama sudah siap namun beberapa penambahbaikan masih perlu dilakukan sebelum dibentang pada persidangan Parlimen tahun ini

"Akta baharu ini akan memberi penekanan terhadap kebajikan serta kawal selia lebih baik kepada pesara serta bekas polis di seluruh negara. Akta itu mungkin akan dikenali sebagai Akta Pesara dan Bekas Polis," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pendaftaran pertubuhan kepada Persatuan Alumni Polis Sarawak.
   
Wan Junaidi berharap draf baharu akta itu mampu disiapkan secepat mungkin supaya dapat dibentang pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen yang dijangka bermula 10 Mac depan.

Ketika ditanya kandungan lain akta itu, Wan Junaidi berkata selepas diluluskan, sebuah jabatan baharu serta sebuah lembaga akan diwujud bagi mengawal semua perkara berkaitan pesara dan bekas polis.
   
"Semua persatuan bekas polis seterusnya akan diminta mendaftar dengan lembaga berkenaan," katanya. - Bernama

TINDAKAN YANG TEPAT MENGGANTIKAN PENGAWAL KESELAMATAN DENGAN POLIS BANTUAN


PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan khidmat pengawal keselamatan di semua pejabat kerajaan digantikan dengan khidmat polis bantuan bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Sambil berharap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa menimbangkan cadangan itu, beliau berkata langkah itu wajar terutama di pusat pentadbiran Putrajaya yang turut menempatkan pejabat menteri yang menyimpan banyak dokumen rahsia kerajaan.

"Saya risau jika pengawal keselamatan di 'outsource', mereka akan mempunyai kunci pendua pejabat dan pelbagai perkara boleh dilakukan oleh mereka, oleh (itu) kita mahu pastikan perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku," katanya.

Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai di sini hari ini.
Katanya beliau turut mengusulkan cadangan kepada anggota Kabinet agar syarikat-syarikat keselamatan diambil alih oleh kerajaan agar kakitangannya  dapat dilatih sebagai polis bantuan.

07/02/2014

OPS CANTAS, OPS CANTAS - KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK MULA MEMBIAK SEMULA ????


Negara kita mula digegarkan dengan kejadian tembak menembak. Mana dia pasukan khas yang ditubuhkan. Tak kan nak dibiarkan kejadian jenayah kekerasan berluasa baru nak bertindak.

Pemimpin politik Myanmar terselamat dari cubaan bunuh di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin parti politik Myanmar termasuk Pengerusi Parti Pembangunan Kebangsaan Rakhine (RNDP), Dr Aye Maung terselamat dalam cubaan membunuh di kawasan Bukit Bintang di sini, Rabu lalu. 

Menurut sumber polis, beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki bermotosikal tidak mengenai sasaran iaitu kereta BMW yang dinaiki pemimpin itu bersama tiga lagi kenalannya di Jalan Alor. 

Dalam kejadian 11.30 malam itu, turut bersama Aye Maung ialah Pengerusi Parti Arakan Liga Demokrasi, Aye Thor Aung dan dua lagi warga Myanmar. 

Mereka dikatakan baru meninggalkan Plaza Low Yat sebelum kenderaan mereka diserang dua lelaki berkenaan yang dipercayai rakyat Myanmar. 

"Susulan tembakan itu, kenderaan dinaiki Aye Maung terus memecut ke sebuah hotel di ibu negara sebelum laporan polis dibuat. Tiada kecederaan dilaporkan terhadap mereka," kata sumber itu. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh. 

Aye Maung adalah pengerusi sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan Myanmar untuk menyiasat insiden rusuhan etnik di Rakhine. - BERNAMA

22 KUNCU UMNO DISINGKIR DARI PKNS HOLDINGS


MB Pertahan Tamat Kontrak 22 Kakitangan PKNS Holdings

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan penamatan kontrak 22 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB).
Katanya dengan penamatan kontrak tersebut, PKNS berjaya menjimatkan kos operasinya sebanyak RM7 juta setahun.
Tambah beliau, Pengurus Besar PKNS yang baharu, Azlan Alfiah merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan penyusunan semula organisasi perbadanan berkenanan termasuk penamatan kontrak 22 kakitangan tersebut.
"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS untuk buat kajian terperinci organisasi termasuk melibatkan sumber manusia.
"Arahan ini dibuat selepas kita menerima aduan daripada pemberi maklumat dalaman bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji tinggi.

06/02/2014

TAHNIAH SPRM TERUSKAN USAHA MEMBENTERAS PENYELEWENGAN DISEL SUBSIDI

Gambar hiasan
PENYELEWENGAN DISEL SUBSIDI JUGA BERLAKU DI PELABUHAN CENDERING, KUALA TERENGGANU !!!!


13 direman bantu siasatan penyelewengan diesel subsidi

KOTA BHARU: Tiga belas orang yang disyaki menggunakan dokumen mengandungi butiran palsu untuk mendapatkan bekalan diesel subsidi di Besut, Terengganu semalam, ditahan reman dua hari mulai hari ini untuk membantu siasatan. 


Suspek yang kesemuanya lelaki berusia antara 25 dan 55 tahun, terdiri daripada enam pemilik bot, empat peraih ikan dan tiga orang tengah, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini, oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada jam 8 pagi. 

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Norida Mohd Hussain.


Akhbar hari ini melaporkan, SPRM semalam menyerbu beberapa lokasi di perkampungan nelayan Kuala Besut termasuk jeti Kompleks Pendaratan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Besut dalam Op Tekong untuk membanteras sindiket penyelewengan diesel subsidi. 

Dalam serbuan kira-kira jam 9 pagi itu, sebanyak 15 orang ditahan kerana dipercayai terlibat dalam memalsukan butiran resit pendaratan ikan. 

Siasatan awal mendapati aktiviti pemalsuan butiran itu didalangi sindiket bagi mendapatkan bekalan diesel subsidi yang diberikan kerajaan kepada nelayan berdasarkan jumlah tangkapan ikan.

05/02/2014

PANAS - Ugutan Bunuh PPBSJ Terhadap Import T-Team Dari Brazil


Beliau telah diugut oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor dengan perkataan berbunyi, "***** you Brazil, I will kill you, this is my country!"

Laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, selepas skuad T-Team menarik diri daripada saingan Piala FA kerana risaukan keselamatan mereka.

MyWatch masih menunggu laporan polis yang dibuat pemain import lain skuad T-Team (jika ada) yang mendakwa ditendang di bahagian kemaluan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Johor, Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor).

Pemain dan staf kejurulatihan T-Team dan Johor Darul Takzim bergaduh ketika tamat separuh masa pertama perlawanan antara mereka pada 1 Februari 2014 yang lalu.

FAM akan bermesyuarat pada Khamis ini bagi menentukan hukuman pada pihak yang bersalah.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tindakan tegas akan diambil walau apa "pangkat" individu yang terlibat.

Sumber:teraungkita

KENDERAN RESMI PM VS KENDERAAN RESMI KETUA MENTERI !!!


Gambar Proton Perdana model baru untuk kegunaan Perdana Menteri Malaysia-

Kami baru menerima gambar dari wakil kami yang berada di Majlis Penyerahan Proton Perdana Kepada Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. Seperti gambar dibawah, Proton Perdana untuk Perdana Menteri adalah versi yang lebih panjang dengan nombor pendaftaran W 11 N.



Walaupun Proton Perdana baru ini dikeluarkan berdasarkan design asas Honda Accord, ramai yang memuji kerana dilihat lebih eksklusif untuk kegunaan pihak kerajaan.

Menurut Pengerusi & Pengarah Eksekutif PROTON dalam ucapannya menyatakan Proton Perdana model baru ini menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L, serta mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik. Hanya 3000 unit dikeluarkan untuk kegunaan kerajaan buat masa ini.







04/02/2014

ANUAR CUBA MEMPERBODOH2KAN RAKYAT SELANGOR ????

Anwar Ibrahim

BERBINCANG DENGAN LEE CHIN CHEH HANYA 1 HINGGA 2 JAM SAJA.... ALAHAI... DAN UNTUK MENYEJUKKAN HATI KHALID IBRAHIM SAJA TU.....

MANA PEGI NYA PRESIDEN PKR ???????????SONYAP AJE ?????

KAJANG - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa peranan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor akan terus dikekalkan untuk menerajui pembangunan ekonomi di negeri itu.

Katanya, keupayaan Abdul Khalid dalam melonjakkan ekonomi Selangor sejak 2008 lalu perlu dipertahankan bagi memastikan program kebajikan rakyat di negeri terus dinikmati berbanding di bawah pentadbiran BN sejak 54 tahun lalu.

"Usaha Khalid angkat ekonomi Selangor mesti dikekalkan kerana perubahan itu akan dikuti oleh pimpinan lain lain, yang penting kita menang dulu Dun Kajang.

"Ia (kedekut dan cermat) bukan satu kelemahan, kerana sejarah Selangor di mana pimpinan silih berganti, pretasi ekonomi di bawah Khalid yang terbaik di Selangor," katanya ketika berucap dalam majlis bersama pimpinan masyarakat Daerah Hulu Langat, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun pembangunan ekonomi menjadi keutamaan, namum Anwar menegaskan keupayaan politik juga penting untuk menyakinkan rakyat sebelum mentadbir Putrajaya.

"Kekuatan ekonomi itu penting namun perubahan dan kekuatan politik juga penting, baru orang akan yakin kita boleh tawan Putrajaya," katanya.

Dalam pada itu, Anwar menegaskan peletakan jawatan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh itu tidak mempunyai sebarang kaitan dan rundingan dengan beliau.

Katanya meskipun beliau mengakui menemui beliau dua jam sebelum surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh namun beliau menafikan ia mempunyai percaturan politik dalaman.

"Saya hanya temuinya 1 hingga 2 jam sebelum surat dia sampai kepada Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh, memang tindakan beliau tiada rundingan.

"Saya pertahankan imej, integriti dan hormat keputusan beliau, walaupun beliau ada bincangan dengan pimpinan lain, tapi beliau beri laluan kepada saya bertanding di Kajang," katanya lagi.

Sumber: sinarharian

03/02/2014

USTAS NUAR MENANG TANPA BERTANDING DI PRK KAJANG !!!!!!!!!


BN TAK PERLU BERTANDING LA...BAGI LA PELUANG PADA ORANG GILA KUASA. TAK DAPAT JADI PM, JADI MB PUN CUKUP LA..... KALAU MATI KEJAM LA MATA....

ATAU SEBELUM HUKUMAN PENJARA BERLANGSUNG, BERI LAH PELUANG UNTUK DUDUK DIKERUSI MB YANG EMPOK BUAT SEKETIKA.....HAA..AAA..

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menyelar kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mahu membabitkan kes rayuan Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan video seks seorang lelaki menyerupainya sebagai modal kempen Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang tidak lama lagi.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar), yang menganggap perbuatan itu menyalahi peraturan pilihan raya, berkata SPR akan memantau tempoh berkempen selain meminta tiada sebarang unsur provokasi dilakukan sepanjang tempoh itu.
“Perkara itu belum pun lagi berlaku tetapi kita ada peraturan. Fitnah, pembohongan, memalukan dan mengaibkan tidak dibenarkan. Kita akan pantau.
“Perkara ini saya lihat lebih kepada serangan peribadi dan ia tidak dibenarkan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Ahmad, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pengundi di Kajang perlu diingatkan bahawa calon PKR adalah seorang yang dibebani kes mahkamah yang belum selesai.
Katanya, Anwar tidak boleh menghalang sesiapa jua yang mahu menggunakan kontroversi berkenaan sebagai modal berkempen kerana kes liwat pemimpin pembangkang itu belum selesai.
“Persepsi terhadap beliau masih ada tentunya sebab dia belum disahkan Mahkamah Rayuan dan selepas itu belum lagi disahkan di Mahkamah Persekutuan.
"Jadi, dia tak boleh menghalang sesiapa untuk bercerita bahawa dia adalah seorang yang masih lagi mempunyai kes di mahkamah,

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...