TAKKAN LAH SEMUA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB HENDAK DIPIKUL OLEH PDRM HOI...... ??
APA GUNA PENGUATKUASA YANG DITUBUHKAN DIKEMENTERIAN BERKAITAN SEPERTI JAKIM DAN KPDNKK ???
KALAU MACAM NE....LEBIH RAMAI LAH PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG AKAN BERSARA LEBIH AWAL NAMPAKNYA !!!
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini
menegaskan tidak perlu ada campur tangan pihak polis untuk memantau harga
barang sebaliknya memperkasakan institusi yang terlibat dengan isu tersebut
sudah mencukupi.
Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, walaupun usaha
kerajaan melibatkan unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah untuk membantu
menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, namun ianya dilihat tidak akan
berkesan.
Menurutnya, kementerian berkaitan dan pemimpin akar umbi adalah individu
paling layak untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di samping
kesedaran pengguna sendiri untuk mengambil tindakan supaya tidak tertipu.
"Saya rasa penglibatan polis untuk turut sama pantau harga barang
ini tidak perlu, kita tak perlu bebankan mereka kerana mereka ada tugas yang
lebih besar.
"Cukup sekadar pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ketua
kampung, penghulu, pejabat daerah, majlis kerajaan tempatan, KPDNKK dan NGO,
namun pengguna juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai harga barang yang
sebenar dan mengambil tindakan memboikot.