Translate

28/01/2014

Seleweng dana: SPRM tahan seorang Datuk dan pengarah yayasan



Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. — Gambar fail
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali
PUTRAJAYA - Dua orang termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar Datuk ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan dan dijangka didakwa esok.

Seorang lagi yang ditahan itu merupakan pengarah yayasan yang diketuai bekas setiausaha politik terbabit.

Kedua-dua individu yang berusia pertengahan 30-an dan awal 50-an itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok, di bawah Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan pecah amanah wang melebihi RM1.1 juta dan penipuan melibatkan dana RM1 juta.

Bekas setiausaha politik dan pengarah itu masing-masing ditahan pagi dan petang ini. Kedua-dua mereka dibebaskan dengan wang jaminan RM50,000 setiap seorang.

Tiga yayasan terbabit yang ditubuhkan antara 1980-an dan tiga tahun lalu tidak didaftarkan sebagai badan kebajikan atau pertubuhan, sebaliknya bergerak sebagai sebuah syarikat dengan tanggungan berhad.

Kedua-dua individu berkenaan memegang jawatan sebagai pengarah dan pemegang amanah yayasan-yayasan terbabit dan difahamkan wang telah dikeluarkan bertentangan dengan objektif penubuhan yayasan.

Dalam pada itu, seorang lagi pengarah yayasan yang turut bergelar Datuk telah ditahan berkaitan kesalahan di bawah Akta Syarikat, yang juga melibatkan yayasan berkenaan.

Sumber:portalsprm

DARIPADA T/PM NAK JADI MENTERI BESAR PULAK ????


ADA AGENDA TERSEMBUNYI YANG BELUM SELESAI OLEH KETUA UMUM PKR UNTUK MENERAJUI SELANGOR SEBAGAI MENTERI BESAR.

APA YANG DIRENCANAKAN TERCAPAI JUA !!!!

Peletakan Jawatan Tanpa Sebab, Cetuskan Spekulasi Anwar jadi MB.  Boleh suka-suka saja letak jawatan ???

Peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa alasan pada petang Isnin kembali mencetuskan semula spekulasi bahawa tindakan itu dibuat bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Chin Cheh dipercayai mengundurkan diri sebagai Adun supaya penasihat PKR itu dapat bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - sekaligus membuka laluan kepadanya dilantik sebagai menteri besar yang baharu jika memenangi proses pilihan raya kecil tersebut.
Pagi ini, The Star Online dan mStar Online melaporkan dengan memetik sumber dalaman PKR sebagai berkata, Anwar akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor bagi meredakan isu pertembungan dengan Adun Gombak, Mohamed Azmin Ali.
Pertembungan Mohamed Azmin-Abdul Khalid 'panas' apabila timbalan presiden PKR itu digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Anwar bagaimanapun menafikan spekulasi itu dengan berkata, dia tidak menemui Abdul Khalid untuk membincangkan mengenai pertukaran jawatan menteri besar sebaliknya hanya pertemuan untuk membincangkan agenda parti sahaja.

27/01/2014

ADA UDANG DISEBALIK BATU, HA.HA.HA.HA..HA...

Zahid alu-alukan tawaran kerjasama Anwar - BOLEH PERCAYA KE ?????

PUTRAJAYA 27 Jan. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengalu-alukan pelawaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan konsensus dan kerjasama antara parti pemerintah dengan pembangkang.

Ahmad Zahid berkata, cadangan Anwar tersebut merupakan langkah proaktif yang harus diterima oleh UMNO dan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Ia tidak pernah berlaku sebelum ini dan menunjukkan sifat keterbukaan mereka untuk program-program yang perlu dijalankan secara bersama antara pembangkang dengan parti pemerintah.

"Antara aspek yang harus diwujudkan kerjasama ialah pembanterasan jenayah, kita tidak mempunyai perbezaan warna dalam soal ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2014 kepada warga Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

NURUL IJJAH MEN-JANDA, ADUN PKR LETAK JAWATAN ???

Lee Chin Cheh
SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut berkuatkuasa serta-merta pada Isnin.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh dalam satu sidang media tergempar di Dewan Annexe di sini petang Isnin.
"Pada hari ini, 27 Januari 2014 saya telah menerima perletakan jawatan daripada Adun Kajang. Lee Chin Cheh berjumpa dengan saya dan menyerahkan surat pelepasan keahliannya hari ini.
"Selaras dengan undang-undang tubuh perkara 68 bahawa seseorang Adun boleh melepaskan keahliannya melalui surat dibawah tandatangannya yang ditujukan kepada speaker.
"Maka dengan ini saya isytiharkan kerusi N25 Kajang telah dikosongkan," katanya.
Justeru itu, beliau berkata selaras dengan Fasal 5 perkara 70 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut.
Menurut Hannah, beliau akan memaklumkan mengenai kekosongan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pagi Selasa.

LIM GUAN ENG BERTANGGUNGJAWAB DIATAS SERANGAN DI GEREJA !!!!


LIM GUAN ENG PUNCA PROVOKASI ISU KALIMAH ALLAH ???

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada puak ekstremis agama dan kaum, kata Lim Guan Eng (gambar).
Menurut ketua menteri Pulau Pinang itu, kerajaan negeri akan menggunakan “senjata keadilan sosial dan pembangunan berterusan” bagi menentang keganasan dan kebencian yang dibawa masuk ke negeri tersebut.
“Sewaktu puak ekstremis mengadakan kekacauan berterusan untuk membuat kekacauan di Pulau Pinang, 1.6 juta warganya mesti mengukuhkan komitmen sejak 200 tahun lalu bagi melindungi dan menghormati kepelbagaian budaya, kaum dan agama dengan menolak kekejaman dan kebencian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebuah gereja, Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri awal pagi ini selepas kain rentang kontroversi kalimah Allah digantung di luar gereja tersebut pada Ahad, kata polis hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang SDCP Datuk Abdul Rahim berkata, dua bom buatan sendiri, Molotov cocktails, telah dibaling ke kawasan lapang gereja kira-kira jam 1.30 pagi hari ini.

ZAHID HAMIDI JANGAN CEPAT MELATAH !!!



TAKKAN LAH SEMUA TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB HENDAK DIPIKUL OLEH PDRM HOI...... ??

APA GUNA PENGUATKUASA YANG DITUBUHKAN DIKEMENTERIAN BERKAITAN SEPERTI JAKIM DAN KPDNKK ???

KALAU MACAM NE....LEBIH RAMAI LAH PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS YANG AKAN BERSARA LEBIH AWAL NAMPAKNYA !!!

SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) hari ini menegaskan tidak perlu ada campur tangan pihak polis untuk memantau harga barang sebaliknya memperkasakan institusi yang terlibat dengan isu tersebut sudah mencukupi.

Timbalan Presidennya, Muhammad Shaani Abdullah berkata, walaupun usaha kerajaan melibatkan unit Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah kenaikan harga barang, namun ianya dilihat tidak akan berkesan.

Menurutnya, kementerian berkaitan dan pemimpin akar umbi adalah individu paling layak untuk memastikan perkara tersebut tidak berlaku di samping kesedaran pengguna sendiri untuk mengambil tindakan supaya tidak tertipu.

"Saya rasa penglibatan polis untuk turut sama pantau harga barang ini tidak perlu, kita tak perlu bebankan mereka kerana mereka ada tugas yang lebih besar.

"Cukup sekadar pemimpin di peringkat akar umbi termasuk ketua kampung, penghulu, pejabat daerah, majlis kerajaan tempatan, KPDNKK dan NGO, namun pengguna juga perlu mempunyai pengetahuan mengenai harga barang yang sebenar dan mengambil tindakan memboikot.

26/01/2014

PROVOKASI ISU KALIMAH ALLAH SEMAKIN MENJADI-JADI


Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.
Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya.
Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan “Allah Is Great” (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah” (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.
Jasmin berkata pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.
Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.

25/01/2014

MAJLIS GEREJA MALAYSIA CUBA BERMAIN API - ISU KALIMAH ALLAH

Putrajaya not living up to its promises, says Council of Churches

Majlis Gereja Malaysia (MGM) mendakwa Putrajaya memungkiri janji dalam penyelesaian 10 perkara apabila menegaskan kerajaan negeri boleh membelakangi janji yang dimenterai tersebut.
Merujuk kepada kenyataan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam, MGM menegaskan undang-undang negeri tidak bole melanggar polisi yang dicapai dalam penyelesaian 10 perkara.
"Kristian di Malaysia mula melihat Putrajaya tidak konsisten dalam mematuhi janji yang dibuat kepada penganut ini," kata Setiausaha Agung MGM, Dr Hermen Shastri kepada The Malaysian Insider hari ini.
Sambil melahirkan kekecewaan dengan pendirian Najib dalam isu berbangkit, Hermen berkata beban tanggungjawab berada di atas bahu Putrajaya untuk menguatkuasakan dasar yang mereka sendiri persetujui.

PENIAGA YANG PERLU DICONTOHI - KENAPA IA BOLEH ???

5 kuih RM1, teh O 30 sen

5 kuih RM1, teh O 30 sen

Kuala Terengganu: Ketika ramai peniaga makanan lain mengeluh dan menaikkan harga, Sinah Sulaiman, pengusaha kedai makan di Kampung Losong Atap Zin, di sini, masih menjual air minuman serendah 30 sen secawan.

Malah, lebih 50 jenis hidangan yang dijual di kedai Sinah, termasuk nasi minyak, nasi lemak, nasi berlauk dijual pada harga serendah RM2, manakala pelbagai jenis kuih dijual serendah RM1 untuk lima biji. 

Sinah, 64, berkata, sejak membuka kedai makan itu bersama arwah suaminya, Yusof Salleh, 20 tahun lalu, dia tidak pernah menaikkan harga makanan seperti peniaga lain, walaupun berdepan isu kenaikan harga pelbagai barangan. 

Biarpun harga makanan dan minuman di kedainya murah, aspek mutu tidak pernah dipinggirkan dan disebabkan itu, kedai Sinah tidak putus-putus menerima pelanggan walaupun terletak di pinggir bandar.

“Alhamdulillah, walaupun tidak banyak untung, tetapi saya bersyukur kerana rezeki berniaga kedai makan ini cukup untuk membesarkan lima anak dan menampung kehidupan.

24/01/2014

MENANTU TERLALU MALU DAN MUAK DENGAN TELATAH BAPA MERTUA ????


Menantu mana yang tidak berasa malu dengan telatah BAPA MERTUA yang menjadi bibir mulut rakyat Malaysia dan juga di dunia luar dengan kecurangan serta kepincangan keperibadaian yang sangat-sangat menjijikkan serta tidak mahu menanggung dosa apa yang dilakukan.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan berita perceraiannya yang menjadi topik perbualan hangat sejak tengah hari Khamis adalah cubaan untuk mengganggu perkahwinannya.
Menerusi kenyataan tiga perenggan, Nurul Izzah, 33, dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim, 35, berkata mereka kini sedang 'gigih memastikan kelangsungan perkahwinan mereka'.
"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka pada Khamis.
Bagaimanapun menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, pasangan berkenaan tidak pula menafikan berita tentang tuntutan cerai Nurul Izzah.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini," tambah pasangan itu.
Bagaimanapun perkembangan terbaru lewat petang ini menyebut yang mungkin Nurul Izzah sendiri akan menarik balik permohonan fasakh yang difailkannya itu di Mahkamah Rendah Syariah Jalan Duta esok pagi.
Berita tuntutan penceraian anak sulung kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mula tersebar sejak tengah hari Khamis.
Hasil pemeriksaan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan oleh The Star Onlinemendapati, wujud rekod yang menyatakan Nurul Izzah membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya pada akhir Disember tahun lalu.
Raja Ahmad Shahrir Iskandar dipercayai menerima notis tuntutan itu pada 16 Januari lalu.
Bagaimanapun beliau meminta prosiding berkenaan ditangguhkan selama dua minggu bagi membolehkan pihaknya menyediakan dokumen berkaitan.
Sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada wujud pihak ketiga disebalik keretakan hubungan pasangan berkenaan. Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003.
Majlis perkahwinan mereka diadakan di kediaman Anwar di Bukit Damansara.
Pasangan itu kini mempunyai sepasang cahaya mata berusia tujuh dan empat tahun.
Sumber:mstaronline

22/01/2014

KENAIKAN HARGA BARANG ADALAH DIDALANGI PAKATAN PEMBANGKANG ????


Peniaga Pasar Borong Wakaf Che Yeh cekik darah.

KOTA BHARU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan kesal terdapat segelintir peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, khususnya pelancong.
Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun berkata, terdapat unsur penipuan di dalam urusan jual beli di pasar borong tersebut di mana pelanggan yang tidak bertutur dialek Kelantan akan dikenakan harga lebih mahal.
"Kita dapat maklumat yang peniaga di sini mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang datang dari luar, mereka akan dikenakan harga tinggi kepada orang luar.
"Oleh itu, kita mengingatkan semua peniaga agar meletakkan tanda harga bagi mengelak berlakunya penipuan harga," katanya di sini.
Pihaknya mendapati terdapat lebih 70 peratus peniaga di Wakaf Che Yeh tidak meletakkan tanda harga di setiap barangan yang dijual - Bernama

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PERLU DIPERTINGKATKAN


Tiga Anggota Polis Didakwa Peras Pekerja Swasta


KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Tiga anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Selasa terhadap pertuduhan memeras tiga pekerja syarikat swasta, minggu lepas.

Mereka ialah Konstabel Mohamad Salman Malzuki, 27, Konstabel Mohamad Fadir Manaf, 32, dan anggota polis bantuan, Wan Mohamad Saiful Firdaus Wan Azmin, 31.

Kesemua tertuduh, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap Emelda Sudirman, 33, Mohd Nadzri Abu Hassan Saari, 34, dan Mohd Hafiz Abu Hanifah, 29, bahawa mereka akan ditangkap polis kerana rumah mereka disyaki 'sarang' dadah.

Perbuatan itu mendorong Mohd Hafiz menyerahkan wang tunai RM20 kepada Wan Mohamad Saiful Firdaus di Rumah Pam Syabas, Jalan Dutamas 4, Sentul di sini pada 9.30 malam, 13 Jan lepas.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Balai Polis Jinjang, didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Feb depan untuk sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Nithia manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...