Translate

20/01/2014

BINATANG PUN SAYANG ANAK !!!



PETALING JAYA - Sepasang suami isteri bertindak kejam apabila sanggup menyembunyikan mayat anak bongsunya yang reput selama enam hari di kediaman mereka di Sri Manja Square 1, PJS 3, dekat sini.

Sorok mayat anak enam hari
Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ibu kepada rakan salah seorang anaknya datang ke rumah pagi semalam untuk bertanya khabar setelah kanak-kanak itu tidak hadir ke tadika sejak Jumaat lepas.

Kanak-kanak itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pasangan itu enggan membuka pintu rumah menyebabkan pengadu terpaksa meminta bantuan polis.

"Anggota yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam dipercayai menjadi mangsa bunuh," katanya.

TEMBELANG USTAS NUAR TERBONGKAR DI NEGARA MATAHARI TERBIT SALAH UMNO ???


HA...HA..HA..ORANG JEPUN PUN PANDAI MENILAI SESEORANG.

SHAH ALAM - Susulan kejadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang memasuki Jepun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan perkara itu menghina kedudukan ketua pembangkang tersebut.

Abdul Khalid  juga berkata, perkara itu dikesali berlaku kepada Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan negeri tersebut juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Jepun yang menjadi pelabur terbesar di Selangor.

"Kerajaan Selangor amat  kesal dengan kejadian yang menimpa  Anwar  di mana beliau telah dihalang daripada memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

18/01/2014

GURU BESAR BERZINA DALAM KERETA PERODUA KANCIL !!!!

Diarah bela diri atas tuduhan mukadimah zina

Mukadimah zina: Guru besar, guru diarah bela diri.


KOTA BHARU - Seorang guru besar dan guru sebuah sekolah rendah di Pasir Mas diarah Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam supaya membela diri atas tuduhan mukadimah zina, April lalu.

Perintah dibuat Hakim Syarie, Nik Najib Che Hassan terhadap guru besar berusia 54 tahun dari Kampung Perupok, Chetok, Pasir Mas, dan pasangan berusia 26 tahun dari Taman Lubok Jong, daerah sama.

Lelaki tersebut didakwa melakukan perbuatan mukadimah zina iaitu berada di atas tubuh seorang perempuan yang bukan isteri atau muhramnya dalam keadaan separuh bogel dalam sebuah kereta Perodua Kancil pada jam 8.30 malam, 28 April lalu.

Wanita tersebut pula didakwa atas tuduhan sama dalam keadaan separuh bogel dengan memakai t-shirt tetapi seluar ditanggalkan serta berada di bawah badan lelaki tersebut masa dan tarikh yang sama.

Perbuatan dilakukan dengan di tempat duduk hadapan dalam sebuah kereta yang dipakir di bahu Lebuh raya Pasir Mas-Rantau Panjang, Kampung Gaung, Pasir Mas.

Pada prosiding semalam, pihak pendakwaan berjaya menimbulkan prima facie kes pada keputusan pada akhir kes pendakwaan.

Peguam mereka, Yuslan Yusof bagaimanapun memohon tarikh lain berikutan kedua-dua anak guamnya belum bersedia untuk perintah itu. Nik Najib kemudian bersetuju dan menetapkan sebutan semula pada 27 Mac depan.


Kedua-dua ditahan dalam serbuan kakitangan Pejabat Agama daerah itu. Kes dikendalikan, Timbalan Pendakwa Syarie (Kanan), Norhasney Ridhwan Hassan.

Sumber:sinarharian

ADAKAH BENAR NAJIB GAGAL MEMBINCANG PERPADUAN DAN HADAPI PEMBERONTAKAN DALAMAN ???


Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.
Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya.
"Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.
Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

15/01/2014

SPRM Tumpu Kepada Pencegahan Rasuah Dalam Aktiviti Komersil



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil inisiatif untuk memerangi dalam aktiviti komersil di kalangan organisasi, menumpukan kepada tiga aspek -- pengesanan, pencegahan dan pendidikan.

Ketua Pesuruhjaya Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata inisiatif itu diambil berikutan peningkatan kes penipuan dalam aktiviti komersil terutamanya yang melibatkan projek yang dahulunya milik kerajaan yang telah diberikan kepada entiti swasta.

"Kes penipuan kebanyakannya terjadi berikutan faktor kemanusiaan seperti pemikiran di mana terdapat tanggapan di kalangan sektor korporat bahawa ia adalah sebahagian daripada sektor itu, seperti ia adalah satu budaya.

"Yang kedua, mereka menganggap ia adalah perlakuan yang diterima, amalan biasa, apabila terlibat dalam pemberian dan penerimaan rasuah," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Laporan Kaji Selidik Penipuan dan Rasuah KPMG 2013 di sini Isnin.

Abu Kassim juga menyentuh tentang isu salah faham dalam kalangan sektor korporat, di mana sesetengah syarikat bagai tidak tahu bahawa memberi rasuah adalah satu kesalahan yang sama serius seperti mereka yang menerimanya.

Beliau berkata setakat ini, terdapat 300 entiti korporat dalam sektor awam dan swasta yang telah menandatangani Ikrar Integriti Korporat, yang merupakan sebahagian daripada tiga langkah yang diambil oleh SPRM.

Sementara itu, rakan kongsi urusan KPMG Malaysia Johan Idris berkata kajian yang dilaksanakan oleh firma itu mendapati 89 peratus daripada responden merasakan penipuan telah meningkat sepanjang tiga tahun lepas, yang mana 94 peratus daripada mereka percaya penipuan kini semakin canggih.

Kajian kali kelima ini mendapati 83 peratus responden menyatakan bahawa penipuan adalah masalah besar bagi perniagaan tempatan, dan 80 peratus daripada mereka percaya rasuah telah meningkat sepanjang tiga tahun lepas.

Kira-kira 100 responden daripada syarikat tersenarai di Bursa Malaysia mengambil bahagian dalam kajian itu, yang dijalankan pada Januari 2010 hingga Disember 2012.

Rakyatnya terlalu matang dan berpengetahuan punca negara akan menuju kehancuran ???


ISA PATUT DIWUJUDKAN SEMULA DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA.

Parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) berkata usaha segelintir wakil kerajaan menyokong cadangan mewujudkan semula akta itu akan hanya menunjukkan kurangnya tekad dan komited kerajaan dalam membuat keputusan bijak memansuhkan akta tersebut.

Setiausaha Agungnya Datuk Donald Mojuntin berkata Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen dan rakyatnya matang dan berpengetahuan.

"Tiada tempat untuk undang-undang yang terlalu keras dan jelas tidak popular seperti Akta ISA," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Oleh itu, UPKO menentang sebarang cadangan untuk mewujudkan semula Akta ISA yang telah dimansuhkan pada 2011, katanya.

Mojuntin berkata undang-undang sedia ada adalah lebih daripada mencukupi bagi menjamin keamanan dan keselamatan dalam negara.

Khamis lepas, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan semula Akta ISA bagi mengawal tindakan puak pelampau minoriti yang beliau dakwa cuba menggugat kestabilan negara. BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...