Translate

13/01/2014

MENANG AJK BAHAGIAN PUN SYOK SENDIRI !!!!

PEMIMPIN BN SYOK SENDIRI TAK PE JUGAK, NE BARU AJK BAHAGIAN DAH MENDONGAK KE LANGIT....

Dalam menangani pelbagai isu sejak kebelakangan ini, Pemuda UMNO dikatakan kurang bermaya dan lesu hingga ada yang membandingkan Pemuda zaman dahulu, lebih taring dengan peranan sebagai kumpulan pendesak. Apakah dakwaan itu tepat? 

Wartawan: Dalam mendepani pelbagai isu berbangkit sejak sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Pemuda UMNO dikatakan agak lesu, kurang bermaya berbanding Pemuda UMNO zaman dahulu yang dilihat memainkan peranan berkesan sebagai kumpulan pendesak. Apa komen YB.

Tunggu jawapannya dalam akhbar BH Ahad

KOTA KINABALU JADI BANDARAYA COWBOY ???

Kota Kinabalu: “Saya yang sedang duduk di lobi hotel manakala pengawal keselamatan berada di pintu hadapan terkejut apabila dinding kaca hotel tiba-tiba pecah ditembak sekumpulan individu yang menaiki kenderaan,” kata pekerja hotel, Helmi Yuslee, 25, sebelum menyedari tempat bekerja menjadi sasaran tembakan sekumpulan 'budak nakal', di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Helmi mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan dan hanya menyedari dinding kaca retak sejurus selepas sebuah kenderaan melintasi premis terbabit.
Terdahulu, dalam kejadian antara jam 11.40 malam sehingga 1 pagi, sebanyak 31 premis sekitar bandar raya dan Penampang 'diserang' sekumpulan lelaki menaiki tiga kenderaan dengan menggunakan senapang angin yang berpelurukan guli.


Menurut Helmi, ketika kejadian dia sedang bertugas syif malam dan mengaku melihat sebuah kenderaan tetapi gagal mengenal pasti jenisnya berikutan cuaca gelap.
“Saya tidak mendengar sebarang bunyi tembakan tetapi percaya ia disebabkan tembakan berikutan kesan lubang pada dinding kaca hotel.

“Sebaik sahaja melihat dinding kaca berderai, saya segera memaklumkan perkara itu kepada polis kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang lagi saksi Nuriah Kassim, 47, berkata dia terkejut apabila melihat pintu kaca pusat beli belah pecah ketika mahu memulakan kerja.
“Saya yang tiba pada jam 7 pagi dan mahu memulakan tugas menyapu sampah terkejut melihat kaca bertaburan di lantai.

TERLALU BERI MUKA, INI LAH DIA JADINYA !!!!

Foto

Pekerja Nepal ketuai himpunan ditahan

ALOR SETAR: Polis menahan tiga pekerja lelaki warga Nepal dipercayai kerana mengetuai himpunan protes terhadap majikan selepas rakan mereka didapati mati mengejut di asrama sebuah kilang papan di Pokok Sena dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9 malam tadi kira-kira 100 hingga 200 orang pekerja berhimpun di hadapan kilang berkenaan untuk meminta majikan mereka supaya segera mengambil tindakan untuk menyelamatkan rakan mereka yang sesak nafas.
Bagaimanapun tindakan mereka berhimpunan menyebabkan majikan mereka bimbang untuk mengdakan pertemuan. 

Difahamkan kumpulan pekerja terbabit bertindak demikian kerana sebelum sudah tiga orang rakan mereka mati secara mengejut di asrama berkenaan.

Difahamkan dalam masa sebulan tiga pekerja Nepal didapati mati mengejut menyebabkan rakan mereka mula bimbang dengan keadaan di asrama terbabit.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, Mat Akhir Jaafar, ketika ditemui semalam mengesahkan polis menahan tiga warga Nepal untuk diambil keterangan berikutan tindakan itu.

Beliau berkata, tiada rusuhan atau sebarang bentuk keganasan berlaku kerana pekerja terbabit hanya berhimpun di situ untuk mendapatkan bantuan dari majikan mereka.

"Ada kematian membabitkan rakan pekerja Nepal terbabit menyebabkan mereka cemas dan berhimpun.

"Perhimpunan ini mungkin untuk meminta tolong majikan mereka kerana sebelum ini ada tiga rakan mereka ditemui mati mengejut," katanya

INILAH DIA AKIBAT MINUM ALKOHOL

Foto

Lelaki mabuk pecah 7 mesin ATM

Ipoh : Berang kerana kad pengeluaran wangnya ditelan mesin pengeluaran wang automatik (ATM), seorang lelaki mabuk bertindak memecahkan tujuh mesin ATM menggunakan sebilah pisau di sebuah bank di pekan baru Menglembu, di sini malam tadi
Dalam kejadian kira-kira jam 10.10 malam itu, lelaki berusia 34 tahun dipercayai berasal dari Taman Pinji Mewah Lahat, dekat sini, diberkas ketika memecahkan mesin ATM di bank itu. 
"Ketika diberkas lelaki berkenaan dalam keadaan mabuk dan marah memecahkan tujuh mesin ATM menggunakan pisau di bank berkenaan. 

"Dia kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

12/01/2014

SPAD TANGKAP IKAN BILIS SAJA YANG BESAR BAGAIMANA ???


KENDERAAN BERAT YANG BERMAHARAJA LELA MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK DIAMBIL TINDAKAN KENAPA ????


MUATAN YANG BERLEBIHAN, WAKTU BERGERAK PADA HARI-HARI KELEPASAN DIMANA PEGAWAI PENGUATKUASA TIDAK BERTUGAS. TERUTAMA LORI-LORI YANG MEMBAWA MUATAN BIJIH BESI KE PELABUHAN KUANTAN ATAU KE DISTINASI TERTENTU.

MEMBAWA MUATAN BERLEBIHAN SERTA MEROSAKAN JALANRAYA YANG MERBAHAYAKAN KESELAMATAN NYAWA ORANG LAIN.

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dua pemandu teksi di sini selama sebulan sejak 6 Januari lepas kerana tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang berlebihan.
Menurut kenyataan SPAD hari ini, pemandu teksi terbabit juga dilarang memandu atau memberi perkhidmatan teksi sepanjang tempoh itu.

Kenyataan itu juga menyebut syarikat pengendali berkenaan turut diberi surat amaran kerana tidak memantau pemandu mereka yang melakukan kesalahan itu.

Tindakan itu diambil susulan siasatan terperinci selepas SPAD menerima dua aduan berbentuk video melalui akaun Twitternya, @aduanSPAD.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata SPAD berharap orang ramai terus membantu suruhanjaya itu menangani masalah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter.

"Sikap negatif ini secara langsung akan menjejaskan imej dan reputasi industri teksi dan negara, lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

Beliau berkata SPAD memerlukan maklumat tertentu bagi memastikan pemprosesan aduan berjalan lancar.

Ini termasuk maklumat berkaitan pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, tarikh dan lokasi kejadian atau bahan sokongan lain yang boleh mengukuhkan kes selain menjadi bahan bukti. - BERNAMA

10/01/2014

Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak APEC 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.

Nilai tuntutan dianggarkan AS$126,000 (RM378,000.00).

Dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.30 petang hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesalahan dilakukan oleh kedua-dua mereka ketika bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington.

Penahanan mereka disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali.

Bekas Pengerusi dan Ahli PERKIM Didenda RM20,000 dan 6 Bulan Penjara Kerana Menipu RM3.612 Juta Sebagai Pemegang Amanah PERKIM

perkim_didenda_sprm.jpg

SHAH ALAM -Naib Yang Dipertua 2,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, 77 tahun dan dua bekas ahli PERKIM; Datuk Baharin bin Baba, 61 tahun dan Abas bin Adam, 63 tahun disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan akibat perbuatan mereka menipu sebagai Pemegang Amanah kepada Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 1) berjumlah RM3.612 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Khas(Rasuah) 5, Tuan M.Bakri bin Abdul Majid menjatuhkan hukuman tersebut  setelah ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan pilihan Seksyen 418 Kanun Keseksaan pada Jumaat

Ariffin, Baharin dan Abas telah menipu ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, (PERKIM) Damansara Utama,  dengan meninggalkan untuk memaklumkan bahawa mereka telah menerima wang pendahuluan seperti yang terkandung di dalam  Lampiran A, daripada Syarikat Rira Bina Sdn. Bhd., pihak Usahasama bagi Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015.

Sebaliknya, ketiga-tiga mereka sebagai Pemegang Amanah tidak menggunakan wang pendahulan tersebut untuk tujuan sedemikian dengan mengetahui bahawa dengan jalan yang demikian itu, menyebabkan kehilangan salah kepada dana Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Damansara Utama untuk Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 11).

Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.

Sekyen 418 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman denda RM20,000 dan sekiranya gagal boleh dikenakan hukuman pemenjaraan sehingga 6 bulan.

Mereka memilih membayar denda RM20,000 setiap seorang hari ini.

Tertuduh diwakili tetuan Akberdin, Rafie dan Azhan bagi pihak pembelaan manakala Tuan Anthony Kevin Morais menjalankan pendakwaan bagi pihak SPRM.

Sumber:portalSPRM

09/01/2014

Adus sayang..macam2 berlaku MENGAKU TUHAN LA, MENGAKU SULTAN MELAKA LA.....

Post Pic

SHAH ALAM: Individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka menawarkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menjadi mufti dalam 'kerajaan yang bakal dibinanya' kelak.
Tawaran itu dibuat Raja Noor Jan Shah melalui akaun Twitternya selepas Dr Asri mempersoalkan kewujudan 'sultan baru' itu.
 
"Kenapa nak jadi sultan sangat? 
 
"Cukuplah dengan Sultan Sultan yang dah ada, tak payah sesiapa nak jadi sultan tambahan pula. Yang ada pun dah tinggi kosnya," demikian status Twitter Dr Asri.
 
Raja Noor Jan kemudian membalas tweet tersebut dengan mengatakan beliau menanggung kos sara hidup beliau sendiri.
 
"Bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta?" ujar individu itu.
 
Tweet tawaran itu kemudiannya mengundang reaksi dari pelbagai pengikut di laman sosial tersebut dan mendapat 301 retweet dan 26 kegemaran sehingga jam 6 petang hari ini.

Teruskan membacanya dan KLIK DISINI

08/01/2014

Lawrence perlu hormat keputusan mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

"Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

"Penggunaan kalimah ALLAH di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?" soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Lawrence 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Lawrence menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata, tidak timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

"Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah," katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: "Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan)."

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.  - Bernama

07/01/2014

SPAD PERLU DIBUBARKAN 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'

SPAD ‘cuci tangan’

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak berpendirian berikutan membenarkan ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri.
Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof mendakwa tindakan SPAD itu tidak lebih sebagai ‘cuci tangan’ kerana mahu melepaskan diri daripada isu kenaikan tambang bas sekolah hingga mengeruhkan hubungan antara ibu bapa dan pengusaha. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...