Translate

12/01/2014

SPAD TANGKAP IKAN BILIS SAJA YANG BESAR BAGAIMANA ???


KENDERAAN BERAT YANG BERMAHARAJA LELA MELAKUKAN KESALAHAN TIDAK DIAMBIL TINDAKAN KENAPA ????


MUATAN YANG BERLEBIHAN, WAKTU BERGERAK PADA HARI-HARI KELEPASAN DIMANA PEGAWAI PENGUATKUASA TIDAK BERTUGAS. TERUTAMA LORI-LORI YANG MEMBAWA MUATAN BIJIH BESI KE PELABUHAN KUANTAN ATAU KE DISTINASI TERTENTU.

MEMBAWA MUATAN BERLEBIHAN SERTA MEROSAKAN JALANRAYA YANG MERBAHAYAKAN KESELAMATAN NYAWA ORANG LAIN.

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen dua pemandu teksi di sini selama sebulan sejak 6 Januari lepas kerana tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang berlebihan.
Menurut kenyataan SPAD hari ini, pemandu teksi terbabit juga dilarang memandu atau memberi perkhidmatan teksi sepanjang tempoh itu.

Kenyataan itu juga menyebut syarikat pengendali berkenaan turut diberi surat amaran kerana tidak memantau pemandu mereka yang melakukan kesalahan itu.

Tindakan itu diambil susulan siasatan terperinci selepas SPAD menerima dua aduan berbentuk video melalui akaun Twitternya, @aduanSPAD.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata SPAD berharap orang ramai terus membantu suruhanjaya itu menangani masalah pemandu teksi yang enggan menggunakan meter.

"Sikap negatif ini secara langsung akan menjejaskan imej dan reputasi industri teksi dan negara, lebih-lebih lagi ketika berlangsungnya Tahun Melawat Malaysia 2014," katanya.

Beliau berkata SPAD memerlukan maklumat tertentu bagi memastikan pemprosesan aduan berjalan lancar.

Ini termasuk maklumat berkaitan pemandu, nombor pendaftaran kenderaan, tarikh dan lokasi kejadian atau bahan sokongan lain yang boleh mengukuhkan kes selain menjadi bahan bukti. - BERNAMA

10/01/2014

Dua Pegawai Kanan Wisma Putra Ditahan SPRM


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu penggunaan kenderaan dan urusan logistik semasa Sidang Kemuncak APEC 2011 di Hawaii, Amerika Syarikat.

Nilai tuntutan dianggarkan AS$126,000 (RM378,000.00).

Dua pegawai berusia lingkungan 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya jam 3.30 petang hari ini bagi membantu siasatan membabitkan kesalahan di bawah Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Kesalahan dilakukan oleh kedua-dua mereka ketika bertugas di Kedutaan Malaysia di Washington.

Penahanan mereka disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Pesuruhjaya Datuk Mustafar Ali.

Bekas Pengerusi dan Ahli PERKIM Didenda RM20,000 dan 6 Bulan Penjara Kerana Menipu RM3.612 Juta Sebagai Pemegang Amanah PERKIM

perkim_didenda_sprm.jpg

SHAH ALAM -Naib Yang Dipertua 2,Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Profesor Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi, 77 tahun dan dua bekas ahli PERKIM; Datuk Baharin bin Baba, 61 tahun dan Abas bin Adam, 63 tahun disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen 418 Kanun Keseksaan akibat perbuatan mereka menipu sebagai Pemegang Amanah kepada Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 1) berjumlah RM3.612 juta.

Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah Khas(Rasuah) 5, Tuan M.Bakri bin Abdul Majid menjatuhkan hukuman tersebut  setelah ketiga-tiga tertuduh mengaku bersalah di atas pertuduhan pilihan Seksyen 418 Kanun Keseksaan pada Jumaat

Ariffin, Baharin dan Abas telah menipu ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia, (PERKIM) Damansara Utama,  dengan meninggalkan untuk memaklumkan bahawa mereka telah menerima wang pendahuluan seperti yang terkandung di dalam  Lampiran A, daripada Syarikat Rira Bina Sdn. Bhd., pihak Usahasama bagi Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015.

Sebaliknya, ketiga-tiga mereka sebagai Pemegang Amanah tidak menggunakan wang pendahulan tersebut untuk tujuan sedemikian dengan mengetahui bahawa dengan jalan yang demikian itu, menyebabkan kehilangan salah kepada dana Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia Damansara Utama untuk Projek Menaikkan Taraf Laluan B9/ FT015 dari Lapangan Terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh (Fasa 11).

Ketiga-tiganya didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Perkim Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya dekat sini antara 1 April 2002 dan 22 April 2004.

Sekyen 418 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga tempoh tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Ketiga-tiga mereka telah dijatuhkan hukuman denda RM20,000 dan sekiranya gagal boleh dikenakan hukuman pemenjaraan sehingga 6 bulan.

Mereka memilih membayar denda RM20,000 setiap seorang hari ini.

Tertuduh diwakili tetuan Akberdin, Rafie dan Azhan bagi pihak pembelaan manakala Tuan Anthony Kevin Morais menjalankan pendakwaan bagi pihak SPRM.

Sumber:portalSPRM

09/01/2014

Adus sayang..macam2 berlaku MENGAKU TUHAN LA, MENGAKU SULTAN MELAKA LA.....

Post Pic

SHAH ALAM: Individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka menawarkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin untuk menjadi mufti dalam 'kerajaan yang bakal dibinanya' kelak.
Tawaran itu dibuat Raja Noor Jan Shah melalui akaun Twitternya selepas Dr Asri mempersoalkan kewujudan 'sultan baru' itu.
 
"Kenapa nak jadi sultan sangat? 
 
"Cukuplah dengan Sultan Sultan yang dah ada, tak payah sesiapa nak jadi sultan tambahan pula. Yang ada pun dah tinggi kosnya," demikian status Twitter Dr Asri.
 
Raja Noor Jan kemudian membalas tweet tersebut dengan mengatakan beliau menanggung kos sara hidup beliau sendiri.
 
"Bukan beta yang nak jadi sultan, negeri Melaka yang perlukan beta?" ujar individu itu.
 
Tweet tawaran itu kemudiannya mengundang reaksi dari pelbagai pengikut di laman sosial tersebut dan mendapat 301 retweet dan 26 kegemaran sehingga jam 6 petang hari ini.

Teruskan membacanya dan KLIK DISINI

08/01/2014

Lawrence perlu hormat keputusan mahkamah

Tun Dr Mahathir Mohamad

PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meminta pengarang majalah mingguan Katolik 'The Herald', Paderi Lawrence Andrew supaya menghormati keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah ALLAH dalam kitab Injil berbahasa Melayu.

Beliau menegaskan paderi itu perlu menghormati sensitiviti masyarakat Islam di negara ini sebagaimana umat Islam menghormati agama lain.

"Yang rujuk kes ini ke mahkamah adalah mereka tapi bila mahkamah buat keputusan mereka tak peduli. Apa jadi kalau masyarakat tak hormat keputusan mahkamah?

"Penggunaan kalimah ALLAH di Sabah dan Sarawak telah lama, tak apalah, tapi di sini apa sebab tiba-tiba nak gunakan?" soal Dr Mahathir ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucap tama pada seminar Pengarah-pengarah Korporat Tabung Haji (TH) di Kelana Jaya di sini.

Beliau mengulas kenyataan Lawrence 27 Dis lepas bahawa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah ALLAH dalam perhimpunan mingguannya dalam bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Kenyataan beliau telah menimbulkan bantahan pelbagai pihak dan umat Islam terutama di Selangor dan semalam Lawrence menegaskan tidak akan memohon maaf seperti yang didesak oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Umno Selangor dan Perkasa atas pendiriannya itu.

Dr Mahathir mengingatkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang aman walaupun mempunyai rakyat pelbagai agama serta kaum, dan ini perlu dikekalkan dengan mengelak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama lain.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai bantahan pengwujudan cawangan Hard Rock Cafe di Putrajaya, bekas perdana menteri itu berkata, tidak timbul sebarang masalah jika premis hiburan diwujudkan di Putrajaya kerana ia bukan bandar keagamaan tetapi sebuah bandar pentadbiran.

"Manusia ini berkehendakkan hiburan. Kalau kata tak boleh minum arak dalam Putrajaya saya pun tak ada apa-apa, tapi sampai tak ada hiburan ini susahlah," katanya.

Media melaporkan kemungkinan cawangan Hard Rock Cafe dibuka di Putrajaya, bandar pentadbiran cetusan ilham Dr Mahathir, susulan perbincangan mengenainya antara Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan ahli perniagaan Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir.

Ditanya sama ada beliau bersetuju jika Hard Rock Cafe diwujudkan di Putrajaya, Dr Mahathir menjawab: "Bukan bersetuju Hard Rock Cafe tu. Saya bersetuju supaya ada hiburan di situ. Tapi kalau kita nak larang jual arak itu terpulang kepada mereka (pihak berkenaan)."

Aseh bagaimanapun dilaporkan sebagai menjelaskan tiada permintaan rasmi dikemukakan mengenai cadangan pembukaan pusat hiburan itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Dr Mahathir berkata TH adalah sebuah entiti unik yang tiada tandingan di dunia dalam soal mengumpul wang rakyat untuk membolehkan mereka menunaikan ibadat haji.  - Bernama

07/01/2014

SPAD PERLU DIBUBARKAN 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'

SPAD ‘cuci tangan’

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak berpendirian berikutan membenarkan ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri.
Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof mendakwa tindakan SPAD itu tidak lebih sebagai ‘cuci tangan’ kerana mahu melepaskan diri daripada isu kenaikan tambang bas sekolah hingga mengeruhkan hubungan antara ibu bapa dan pengusaha. 

06/01/2014

PERKASA JANGAN TERLALU EMOSI SANGAT !!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung tindakannya hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang pada Ahad.
Menurutnya beliau tidak akan membuang masa untuk memberi komen balas yang dilemparkan terhadapnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut," katanya di sini pada Isnin.
Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Sebelum ini Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan tindakannya menghadiri perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut.
Menurut Irwan Fahmi, Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti murahan ketika isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam hangat diperdebatkan.

Pencuri Sumbat Empat Ekor Lembu Dalam Proton Wira


KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi Ahad iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisidi dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...