Translate

26/12/2014

Sistem Telekomunikasi Di Pantai Timur Masih Berfungsi


KEMAMAN: Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata sistem telekomunikasi di kawasan terjejas banjir masih berfungsi dan hanya berlaku gangguan sementara.

Beliau berkata sebagai persediaan menghadapi banjir, Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia (SKMM) telah meminta semua syarikat telekomunikasi meninggikan kedudukan kotak alat elektronik di setiap pencawang bagi mengelakkan ia ditenggelami air. 


Syarikat terbabit juga diminta menambah bekalan kuasa elektrik alternatif untuk setiap pencawang terbabit, katanya kepada pemberita pada Khamis.

Beliau berkata syarikat terbabit turut menempatkan beberapa transmitter bergerak di beberapa lokasi strategik yang terjejas banjir di Pantai Timur ketika ini.

"Diakui berlaku sedikit gangguan telekomunikasi di Kuala Krai dan Gua Musang (di Kelantan) namun atas beberapa inisiatif pembekal telekomunikasi, gangguan hanya berlaku sementara.

"Kita tidak boleh jamin sejauh mana ia boleh bertahan (di kawasan terjejas). Ketika ini tiada (khidmat) telekomunikasi terputus secara total cumanya akan hadapi 'congestion' (kesesakan talian) berikutan terdapat kemungkinan masalah wayar terputus dan sebagainya ketika waktu banjir sebegini," katanya. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...