Translate

08/12/2014

PANGKAT TAK PENTING....YANG PENTING JAWATAN ???


Encik Anwar samakan dengan FIRAUN ???

KAJANG - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, pangkat dan gelaran bukan sesuatu yang penting kepadanya.

Menurut laporan The Star Online, Anwar berkata, Tuhan tidak kisah mengenai kuasa atau kedudukan seseorang.

"Tuhan tidak melihat kepada kuasa. Dia tidak melihat kepada jawatan kita pegang tetapi amalan baik ? yang kita buat atas nama-Nya," katanya semasa berucap di hadapan sekumpulan penganut Katolik di Church of The Holy Family di sini, hari ini.


Menurut laporan portal berita itu, Anwar turut memberikan contoh iaitu individu paling berkuasa di zaman Mesir purba, Firaun dibenci Tuhan walaupun memiliki kuasa, jawatan dan kekayaan.

Khamis lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran 'Datuk Seri' yang diberi kepada Anwar pada 1992 kerana mempersoalkan integriti sultan dan institusi diraja semasa krisis kerusi Menteri Besar Selangor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...