Translate

22/12/2014

MALAYSIA MENUJU KEHANCURAN JIKA PR MEMERINTAH ???


Melihat Melayu bangkit secara tiba-tiba, Anwar akan bermain wayang lagi dan cuba memulihkan sokongan dengan mengambil hati Melayu dan mula memberi kata dua kepada DAP. 

Di ketika ini, DAP akan membongkar semula kes liwat Anwar lengkap dengan segala bukti lalu menyumbat Anwar kembali ke penjara.

100 hari kemudian dan seterusnya Malaysia akan benar-benar huru-hara dengan penyokong Anwar yang merusuh dan bangsa Melayu yang marah.  Lalu Anwar akan mencuba sekali lagi meminta kuasa besar masuk campur sepertimana sebelumnya dengan harapan dia akan dilantik menjadi PM kembali jika berjaya bebas kembali.
   
Namun, hubungannya dengan kuasa besar terbatas kerana pemerintahan diktator dan chauvinis DAP tidak mungkin memberi kelonggaran dan keistimewaan kepadanya untuk berhubung dengan dunia luar dari dalam penjara sepertimana UMNO/BN.

Kerosakan dan kemusnahan yang berlaku dalam 100 hari pemerintahan PR dijangka terlalu teruk dan tidak mungkin dapat diperbaiki lagi dalam 100 tahun yang akan datang. 

Segala syarikat GLC akan diterajui oleh kaum Cina dan dalam masa 1 – 2 tahun kemudiannya, tidak akan ada satu pun bangsa Melayu yang menjawat walaupun jawatan Pengurus rendah di syarikat-syarikat tersebut.  

Kaum Melayu akan terpinggir dengan ketiadaan kuota bumiputera, hak istimewa dan Raja-raja.   Tanah-tanah Melayu akan dirampas dan Melayu akan dihalau ke pinggir hutan sepertimana slogan DAP ketika 13 Mei 1969.

Melayu PAS dan PKR yang buta tuli akan tetap bersorak gembira.  Melayu UMNO pula terpaksa membina semula landasan perjuangan nenek moyang dahulu kala.

Perjuangan yang pastinya lebih perit dan lebih sukar dari sebelumnya.  Anak-anak dan cucu kita pula tidak tahulah apa nasib mereka di tanah air sendiri di ketika itu. 

Inilah gambaran 100 hari pemerintahan PR di Malaysia.  Pejamkan mata, dan fikirkan secara terbuka.  Ia bukan mustahil malah ia berkemungkinan yang amat besar akan menjadi nyata.   Minta dijauhkan Allah S.W.T!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...