Selasa, 9 Disember 2014

KJ SARAN TUBUHKAN POLIS STADIUM PULAK ???


Hai..hai...hai...KJ. Puluhan ribu peminat menyerbu pintu stadium, bagaimana yang cek rekod lampau pulak atau periksa IC setiap kali masuk ???? Ha..ha...ha..

Adakah mereka-mereka yang ditangkap itu mempunyai rekod kesalahan lampau bolasepak ???

PUTRAJAYA, 8 Dis (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengharamkan penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki stadium bagi mengekang kekecohan oleh samseng bola sepak, terutama dalam perlawanan penting.

Beliau turut menyarankan pihak polis mengenakan tindakan tegas termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu sebagai langkah memulihkan imej bola sepak negara.


"Insiden seperti yang berlaku di Stadium Shah Alam pada Ahad malam sudah banyak mencemar reputasi negara di peringkat Asia Tenggara. Malahan menerusi beberapa komen di laman sosial, ada pihak yang membuat kesimpulan bahawa ini (budaya samseng) adalah budaya orang Malaysia padahal hanya segelintir sahaja.

"Kita perlu pulihkan semula maruah kita dan saya harap menerusi siasatan cepat dan rapi oleh pihak polis, kita dapat tunjuk kepada pihak Vietnam bahawa kita ambil serius perkara ini (masalah samseng bola sepak)," katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Isnin.

Khairy berkata demikian ketika mengulas tindakan liar segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam berikutan kekalahan 2-1 skuad Harimau Malaya kepada Vietnam pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam.

Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim memaklumkan polis akan mencari dan mendakwa mereka yang terlibat dalam insiden serangan itu.

"Saya tidak hendak buat sebarang kenyataan yang mendahului siasatan dan kita serah kepada pihak polis untuk buat segala siasatan dan kenal pasti identiti mereka," katanya.

Khairy juga memaklumkan beliau telahpun menghubungi Duta Vietnam ke Malaysia Pham Cao Phong bagi menjelaskan insiden itu dan memberi jaminan siasatan segera akan dijalankan bagi mencari pelaku yang terlibat.

"Beliau meluahkan rasa kecewanya mengenai insiden semalam terutamanya tiada banyak bantuan diberikan kepada penyokong mereka yang cedera. Beliau mengharapkan ada tindakan pantas dan cepat berkenaan dengan siasatan (insiden itu)," katanya.

Khairy berkata Pham turut memberi jaminan pihak keselamatan Vietnam akan memastikan tahap keselamatan terbaik kepada pemain dan penyokong Malaysia yang ke sana bagi aksi timbal balik, Khamis ini.  

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...