Ahad, 28 Disember 2014

KERAKUSAN OMBAK DAN MANUSIA PUNCA PERKARA INI TERJADI ???


MARANG - Rintihan pemilik Restoran LEMPENG sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar juga untuk membuat penghadang sementara daripada rembatan ombak yang ganas terus menerjah bagi menggelakkan hakisan terus berlaku, jarak lebih kurang 10 kaki saja daripada restorannya.

Namun begitu beliau juga menyatakan bahawa apa yang dilakukannya ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan kedainya daripada ditelan ombak ganas.


Pada tahun 2013 JPS  telah mengeluarkan perbelanjaan besar bagi mengatasi masalah hakisan ini. Tapi hanya bertahan satu tahun saja, dimana tiga bahagian penghadang hakisan dibina disepanjang pantai Rusila dengan melibatkan tiga kontraktor berlainan.

Tapi apa yang berlaku adalah sangat-sangat mengecewakan. Wang rakyat dihabiskan begitu saja dalam tempoh 1 tahun dengan nilaian yang besar.

Sehingga semalam, kira-kira 10 rumah penduduk termasuk kedai terjejas berikutan keadaan ombak besar dan angin kuat yang kini bukan sahaja berdepan masalah hakisan teruk, tetapi risiko ditelan ombak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...