Ahad, 14 Disember 2014

KELAJUAN MEMBAWA KECELAKAAN ?


Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan menghadkan KELAJUAN KENDERAAN AMBULAN. Telah banyak kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian PEMANDU AMBULAN.

TANJUNG MALIM: Seorang pemandu ambulans maut, dua jururawat wanita cedera dan seorang pembantu jururawat lelaki parah selepas ambulans yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 404 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Hulu Selangor dekat sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lima lagi mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam kemalangan berkenaan turut cedera membabitkan tiga mangsa dewasa dan dua kanak-kanak.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 4.04 petang dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati dua kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.

"Semua mangsa yang terbabit adalah sembilan orang dengan seorang pemandu ambulans maut, manakala lapan lagi cedera termasuk seorang parah.

"Difahamkan ambulans berkenaan adalah dari Hospital Kuala Lumpur dan ketika bomba sampai di tempat kejadian terdapat dua mangsa yang tersepit, namun berjaya dikeluarkan dengan peralatan penyelamat sebelum mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit diketuai Penguasa Bomba Kanan ll Jamil Mclouse dan operasi turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Sementara itu, jurucakap polis Tanjung Malim berkata, kes itu dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...