Translate

03/12/2014

Kakitangan kerajaan juga perlu diremajakan


Ada lojiknya cakap Datuk Seri Shahidan Kassim ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri membangkitkan hal ini semasa menjawab soalan berkaitan kakitangan kerajaan di Dewan Negara pagi Isnin.

Beliau merujuk kepada langkah meremajakan UMNO untuk suntik semangat orang muda dalam parti yang berbangkit semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang Sabtu.

Menteri itu merasakan kakitangan kerajaan perlu juga diremajakan agar mereka dapat melaksanakan tugas khususnya kerja-kerja penguatkuasaan dengan berkesan seperti kawal pencerobohan tanah di Cameron Highlands.

Untuk rekod sudah menjadi lumrah bila timbul sesuatu isu melibatkan kakitangan kerajaan berfungsi dengan baik...selalunya persepsi negatif timpa atas kepala UMNO/BN.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...