Selasa, 16 Disember 2014

ANWAR BANTAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD??


Ketua Umum PKR @ KETUM, Anwar Ibrahim hari ini berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) 1993 berkaitan hukum Hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bermasalah kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di negeri itu.

Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda undang-undang Persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan (hudud),” kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin.

“Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan dalam kuasa mereka (kerajaan negeri). Oleh itu, terdapat banyak masalah,” tegas Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...