Sabtu, 6 Disember 2014

7 JUTA PENERIMA BR1M - ADAKAH MASIH DIANGGAP GULA-GULA PRU 14 ??

BR1M: Beri Atau Tidak Atau Masih Releven Atau Boleh Bertahan Sehingga PRU 14 Atau Boleh Menambat Hati Remaja/Pemuda ???

Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang akan menolak pemberian percuma. Lagi-lagilah jika wang percuma. Sesiapa yang berbuat demikian mungkin sudah terlalu kaya ataupun kurang siuman.

Tidak ada juga kerajaan di dunia ini yang mahu dilabel sebagai kurang siuman kerana tidak memberikan apa-apa ‘bentuk pemberian’ kepada rakyatnya.

Sebagaimana subsidi-subsidi yang lain, BR1M juga mempunyai baik buruknya.


RM4.5 bilion setahun adalah jumlah yang banyak. Tidak lama lagi, jumlah ini akan menjadi RM9 bilion setahun. Jika penjimatan daripada program rasionalisasi subsidi lebih rendah daripada angka pemberian BR1M, kita boleh mengucapkan selamat tinggal kepada usaha untuk mengurangkan kadar defisit negara.

'Malangnya BR1M tidak benar-benar membantu dari segi undi semasa pilihan raya. Mungkin ia agak berkesan di kawasan-kawasan tertentu tetapi secara keseluruhannya BR1M tidak membantu parti pemerintah.

Wang BR1M hanya boleh membawa kesan gandaan optimum apabila kurangnya pelaburan sektor swasta ke dalam ekonomi negara.

Sebagaimana subsidi yang lain, BR1M lambat laun akan menjadi seperti candu yang mana akan menyebabkan ketagihan rakyat. Dan kita semua tahu apabila sudah ketagih, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk menarik balik ‘candu’ ini.

Memberi itu mudah tetapi untuk mengambil kembali adalah ibarat membunuh diri.

Sesungguhnya kita tidak perlu mendabik dada dengan mengatakan lebih tujuh juta rakyat kita adalah penerima BR1M.

Bukankah dengan berkata begitu bermakna tujuh juta rakyat Malaysia sebenarnya tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi sehingga menyebabkan mereka perlu menerima wang BR1M?

Nukilan dari: Mat Rodi atau Radzi Tajuddin penulis bebas pengajian di peringkat ijazah sarjana di Manchester School of Architecture. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...