Translate

02/11/2014

TAHNIAH: LIM GUAN ENG DITUDUH DI MAHKAMAH ???


Polis Pulau Pinang masih menunggu arahan daripada Pejabat Peguam Negara sama ada akan mendakwa 157 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang yang ditahan pada 31 Ogos lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata pihaknya menyiapkan kertas siasatan kes berkenaan dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
"Memang mereka (ahli PPS - Sumber) diberi jaminan kedua oleh polis pada Rabu lepas dan sebenarnya tidak timbul isu polis tidak cukup bukti atau sebagainya kerana menyambung jaminan tersebut.

"Sebaliknya polis mengikut prosedur yang sepatutnya iaitu memberi lanjutan jaminan sehingga Pejabat Peguam Negara memberi arahan untuk mendakwa semua ahli PPS berkenaan," katanya.
Rahim bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Inisiatif Whitening Black Spot di kawasan Bukit Gedung, Pulau Pinang hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang dilaporkan berkata lanjutan tempoh jaminan untuk kali kedua sehingga 1 Disember ini terhadap ahli PPS itu menunjukkan bahawa peguam negara dan polis tidak ada bukti kukuh semasa menangkap ahli PPS.
Lim turut dilaporkan berkata bahawa tindakan menangkap mereka adalah sesuatu yang tidak berasas langsung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...