Khamis, 20 November 2014

SELEPAS BANJIR SEMUANYA LUPA ATAU BUAT-BUAT LUPA ???



Selepas banjir semua nya lupa atau buat-buat lupa untuk mengambil sebarang tindakan yang diutarakan serta masalah yang dialami oleh penduduk di seluruh Negeri Terengganu akibat banjir.

Punca utama masalah banjir di Negeri Terengganu adalah sistem perparitan yang sangat JIJIK, jika dibandingkan ditempat-tempat lain.

PUNCA BANJIR DI TERENGGANU: Ketiadaan sistem perparitan yang sistematik di laluan ke Paya Dadih, di sini, sering mengundang masalah air bertakung sekiranya hujan lebat beberapa jam sekali gus menyukarkan penduduk yang menggunakan jalan tersebut.

Di fahamkan, terdapat lebih 40 keluarga melalui laluan berkenaan setiap hari memandangkan ia adalah salah satu jalan utama di kampung tersebut.


Tinjauan Sinar Harian kelmarin dapati paras air atas laluan tersebut hampir mencecah 0.5 meter dan ia dijangka meningkat sekiranya hujan berterusan.

Penduduk, Mazlan Mohd, 44, berkata, laluan itu adalah jalan asal di kampung tersebut dan permasalahan berkenaan mula berlaku sejak tahun lalu tetapi keadaannya tidak seteruk beberapa hari belakangan ini akibat hujan lebat.

“Parit tanah sudah ada di sini, tapi ia bukan sahaja dipenuhi pelbagai objek termasuk pasir, malah tidak mempunyai aliran air keluar.

“Keadaan ini menyebabkan air di kawasan laluan ini bertakung sekiranya hujan lebat berterusan dalam tempoh beberapa jam sahaja,” katanya.

Kata Mazlan, menunggu paras air surut pastinya memakan masa beberapa hari dan dalam keadaan musim tengkujuh sekarang membuatkan keadaan semakin serius.

“Saya cadangkan agar longkang dapat dibina sekali gus memastikan sistem perparitan lebih sistematik,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Bukit Tokbat, Tuan Razilah Said Mohd berkata, permasalahan tersebut sudahpun dimaklumkannya kepada pihak berkaitan dan beliau berharap respons positif diterima berhubung perkara itu.

“Jalan ini juga jadi laluan untuk ke pusat pemindahan banjir di kampung ini yang dibina Mei lalu melalui peruntukan kerajaan negeri berjumlah lebih RM400,000.

“Kampung ini tidak terkecuali dilanda banjir dan sebelum ini mangsa dipindahkan ke Dewan Sivik Batu 24 yang jaraknya 700 meter dari kawasan perumahan penduduk. Pusat pemindahan banjir baru  yang siap awal bulan ini terletak dalam kampung ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...