Translate

05/11/2014

PANAS !!!! LIM GUAN ENG LETAK JAWATAN ?


BUKAN LETAK JAWATAN KETUA MENTERI, TAPI LETAK JAWATAN PEMEGANG AKAUN PPS....HAAA.

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang sebagai sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dalam satu kenyataan hari ini berkata pengisytiharan yang dibuat semalam (3 November) itu mengikut Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata peruntukan di bawah Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] adalah berkaitan kuasa menteri dalam mengisytiharkan sesebuah pertubuhan sebagai menyalahi undang-undang.


"PPS Pulau Pinang merupakan pertubuhan yang menjalankan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam negara," katanya.

Berikutan pengisytiharan itu, katanya, tiada sesiapa boleh menggunakan semula nama, simbol, lambang atau logo PPS Pulau Pinang sebagai pertubuhan berdasarkan peruntukan Seksyen 7 (3) Akta Pertubuhan 1966.

Mohamad Khalid berkata segala akaun, aset, harta PPS Pulau Pinang juga akan diserahkan dan digulungkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Beliau berkata pengisytiharan itu juga menyebabkan tiada sesiapa boleh memegang jawatan, menjalankan kerja sebagai seorang anggota, membenarkan sesuatu mesyuarat dalam bangunan, menyiar dan bertindak bagi pihak atau wakil pasukan itu.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...