Ahad, 9 November 2014

NIAT BUSUK LGE TERBONGKAR: CUBA MENGHALANG HADI MENJADI KETUA PEMBANGKANG


Menghalang Hadi dilantik menjadi Ketua Pembangkang adalah punca utama LGE mencari isu-isu agar Hadi disingkir atau diketepikan daripada Pakatan Rakyat.

Semua sudah tahu bahawa Anwar akan berihat di penjara bukan 5 tahun, mungkin lebih daripada yang dijangka.

Si baru LGE cuba dengan apa cara pun untuk mencapai matlamatnya bagi menggantikan tempat Ketua Pembangkang.


Kenyataan sinis dan terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kebelakangan ini mengenai PAS serta Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat seolah-olah seperti ada dendam.


Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, tindakan Guan Eng yang mempersoalkan kehadiran Abdul Hadi pada setiap mesyuarat PR juga sesuatu yang mengecewakan.

Menurutnya, Abdul Hadi bukanlah seperti yang didakwa kerana beliau seorang yang sangat tepati masa dan bertanggungjawab dengan amanahnya.

“Ketidakhadiran beliau ke mana-mana mesyuarat adalah sama ada beliau berkeuzuran, bertembung jadual dengan majlis penting atau lain keadaan yang tidak mengizinkan.


“Mereka yang mengenali peribadi Abdul Hadi secara dekat pasti tidak akan menafikan kenyataan saya ini. Tetapi saya lihat kenyataan Guan Eng berunsur dendam kesumat yang tidak kesampaian,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...