Jumaat, 14 November 2014

Bekas pegawai tinggi TLDM tak sedar diri ?


Ahli Parlimen PKR untuk kawasan Lumut, Perak, bekas Laksamana Pertama Haji Imran Hamid, jangan kerana sudah masuk dalam kandang pembangkang segala prinsip asas hendak dilempar ke dalam longkang.

Ini contoh apa yang dikatakan atas nama politik apa saja sanggup diputar untuk bakar sentimen demi undi.
Kalau orang lain mungkin agak kurang menghairankan namun cakap ini keluar dari seorang bekas pegawai tinggi TLDM.

Sekalipun sudah jadi Ahli Parlimen PKR untuk kawasan Lumut, Perak, bekas Laksamana Pertama Haji Imran Hamid sepatutnya cukup maklum mengenai aspek keselamatan dan SOP melibatkan kes orang tebusan.
Jangan kerana sudah masuk dalam kandang pembangkang segala prinsip asas hendak dilempar ke dalam longkang.
Bayangkan bekas pegawai tinggi TLDM ini turut serta mendesak kerajaan membayar wang tebusan RM6 juta yakni RM3 juta seorang untuk membebaskan dua rakyat Malaysia yang diculik oleh gerombolan dari Selatan Filipina.
Dua yang diculik ialah seorang penternak ikan Chan Sai Chiun pada 16 Jun dan anggota polis Zakiah Aliep pada 12 Julai tahun ini.
Lebih teruk Haji Imran dipetik cuba main sentimen mempersoalkan kenapa kerajaan tidak boleh bayar wang tebusan sedangkan berbilion ringgit dibelanjakan untuk tujuan lain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...