Isnin, 17 November 2014

BANJIR DI KAJANG : YB SIBUK DENGAN TOK LAKI ???

Tok Laki didahulukan dan rakyat ditinggalkan ???

Baguslah undi lagi JIJAH KIPAS.... dan padan muka!!

Kajang ni dah selalu sangat banjir... boleh kata asal hujan lebat saja mesti banjir kilat, bukan baru sejak 2009 lagi, sudah lebih lima tahun, persoalan kepada penduduk sekitar Kajang kini... apa YB buat, tak kan dok tengok saja.
ADUN Kajang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tak boleh 'cuci tangan' kata dia YB baru... ini kerana YB sebelum ini di Kajang pun YB PKR, yang mana beliau merupakan orang nombor satu parti yang perintah Selangor.
Ramai peniaga yang geleng kepala... asyik datang melawat saja tak selesai masalah, apa perancangan YB hendak selesai masalah ini banjir ini?
Pada Rabu, hujan lebat yang melanda pusat bandar Kajang dan beberapa kawasan di sekitar daerah itu sekali lagi menyebabkan berlaku banjir kilat.
Hujan hampir tiga jam itu bermula kira-kira 2 petang, mengakibatkan paras air di Sungai Jelok melimpah dan longkang tersumbat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...