Khamis, 13 November 2014

AZMIN ALI LETAK JAWATAN MB SELANGOR ???


Baru Azmin tahu susah senang jadi MB Selangor

Ada beza bercakap sebagai dari kerusi Menteri Besar dan dari kerusi ADUN PKR biasa sahaja... itu pengajaran yang Mohamed Azmin Ali kena akui sejak dua tiga minggu ini.
Bermula dari kisah rampasan Bible, Lebuhraya Kidex, dan terbaru isu air.
Sekali pandang Azmin macam orang lain sebab sebelum ini beliau bukan main galak kritik bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ketiga-tiga isu ini.
Akhirnya... dari kerusi Menteri Besar barulah Azmin tahu payah rupanya hendak 'bermain dengan kuasa' ini jadi terpaksalah ikut saja apa yang diwarisi dari Abdul Khalid.
Pada Rabu beliau bersetuju  dengan pembelian saham Pengurusan Air Selangor (PNSB) dengan Puncak Niaga Holdings Bhd dengan alasan memudahkan Kerajaan Selangor melalui Air Selangor mengambil alih dan menyusun semula operasi kedua-dua syarikat berkenaan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...