Translate

31/10/2014

VIRUS "KY" SANGAT MERBAHAYA MENULAR DI UM ??

Siapa Virus Anwarinas Di UM ?
Baru-baru ini kami mendapat email dari seorang mahasiswa UM yang memaklumkan kepada kami mengenai ‘petualang-petualang’ yang menyebabkan terjadinya insiden rempuhan di Universiti Malaya baru-baru ini.

Berikut adalah petualang sebenar dalam insiden di UM baru-baru ini. Secara ringkasnya ada beberapa nama, pertama pegawai khas NC, Mohd Naufal Omar (Sumber), seorang pro-pembangkang, yang memberi nasihat supaya pihak keselamatan UM melakukan tindakan tutup pagar dan tutup lampu. Ini semua dilakukan bagi menggambarkan kepada pihak luar, bahawa UM mendapat tekanan dari pihak kementerian. Sebab pada akhirnya, mereka buka lampu.

Kedua, TNC Akademik dan Antarabangsa, Prof Hamdi, pro pembangkang dan Anwar sympathiser, bekas Hizbi UK, totok PAS. Beliau yang memberi laluan kepada pelajar untuk menentang pentadbir UM, khususnya TNC HEPA. Sebab itu kita dapat lihat banyak banner anti HEP digantung sekeliling kampus terutama bila nak dekat Pilihanraya Kampus.
Dan yang paling nyata Pegawai khas Prof Hamdi, Mahadi Sibon, yang merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan, yang banyak memberi nasihat agar terjadi backfire kepada pentadbiran UM sekaligus kerajaan akan dipersalahkan. Tanpa mereka ini, mana mungkin mahasiswa pro pembangkang bertindak kurang ajar dan melampaui batas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...