Translate

09/10/2014

SAH KHALID SAMAD BERSEKONGKOL KELUAR LESEN "OCTOBERFEST 2014" ??


Kerajaan negeri Selangor tidak pernah memberikan permit atau kelulusan terhadap mana-mana pihak dalam penganjuran festival minuman keras 'Octoberfest 2014' yang dijangka berlangsung selama 3 hari bermula Jumaat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Ean Yong Hian Wah dalam kenyataannya hari ini berkata pengeluaran permit bagi acara sedemikian adalah bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

"Penganjur boleh memohon kepada PBT yang berkaitan dan kelulusannya adalah tertakluk kepada beberapa syarat yang ditetapkan antaranya memasang papan tanda 'Melayu/Islam dilarang masuk", memastikan tiada pengunjung di bawah umur, mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia, dan acara hendaklah dilakukan di lokasi tertutup," katanya.
'Oktoberfest' atau festival arak yang dianjurkan sebuah syarikat pengeluar minuman keras itu bermula sejak 24 September, di beberapa lokasi termasuk di sebuah hotel di Subang dan Kuala Lumpur.
Kemuncak pesta tersebut pula akan diadakan pada Jumaat hingga Ahad ini di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.
Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan dalam kenyataannya hari ini berkata pemasangan papan iklan promosi 'Octoberfest' dilakukan tanpa kelulusan dan kebenaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Bagaimanapun, katanya, iklan berkenaan dipasang di papan iklan milik sebuah syarikat pengiklanan dan bukan milik MBSA.
Katanya, MBSA menurunkan papan iklan berkenaan dan syarikat pengiklanan berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya. – Bernama, 8 Oktober, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...