Translate

13/09/2014

TERKINI : TG HAJI ABDUL HADI HANYA BONEKA PAS ?


Apapun keputusan yang dicadang dan dibuat oleh TG Haji Hadi Awang tetap mendapat bantahan atau tidak diterima oleh segelintir pemimpin PAS masa kini.

Ini adalah ekoran daripada pergolakkan yang berlaku membabitkan Isu MB Selangor dan rancangan sekumpulan yang cuba untuk menjatuhkan kepimpinan serta kepercayaan pengikut setia PAS terhadap TG Haji Hadi Awang.

Presiden mahukan penduduk tempatan di Pengkalan Kubor dan bukannya berasal dari Kedah ?

TUMPAT - Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob hari ini menafikan perselisihan faham antara kepimpinan Pas negeri dengan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai pemilihan calon parti itu bagi PRK Dun Pengkalan Kubor.


Beliau berkata, pemilihan Wan Rosdi Wan Ibrahim telah dipersetujui pucuk pimpinan parti.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berkata, calon itu diumumkan olehnya beliau tanpa kehadiran Abdul Hadi kerana pemimpin itu berada di luar negara.

"Sepatutnya presiden (Pas) yang umumkan calon itu tetapi disebabkan kelewatan penerbangan, beliau tidak sempat untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Pemimpin bersama Masyarakat Siam di Wat Machimaran di sini, hari ini.

PRK Dun Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar dari BN pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan penamaan calon pada esok manakala 25 September sebagai hari mengundi. - Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...