Translate

28/09/2014

PADA PRINSIPNYA DAP ANTI ORANG MELAYU DAN ISLAM ???


PAS DAH TAHU segala-galanya, kenapa masih lagi menjadikan PAS sebagai LEMBU CUCUK HIDUNG ??

Maruah dan harga diri PEMIMPIN ISLAM tergadai !!

PETALING JAYA: PAS mengecam tindakan kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP menggantung tugas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim yang dipercayai berhubung kritikannya terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tindakan itu jelas bertentangan dengan hak demokrasi dan prinsip kebebasan bersuara yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Malah katanya, keputusan kerajaan negeri pimpinan Lim itu disifatkan seperti meniru gaya kepimpinan parti PAP diSingapura (Klik) dengan memberi tekanan terhadap pihak yang mengkritik kepimpinannya.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.

"Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah umat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...