Translate

21/08/2014

Rakyat sudah muak dengan permasalahan politik di Selangor

Pimpinan PR Diminta Hormati Keputusan PAS
AIDCNews – 20/8/14 – Semua Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) diminta menghormati keputusan PAS pusat berhubung dengan isu politik Selangor.
Dalam kenyataan Ketua Penerangan PAS Selangor YB Haji Zaidy Abdul Talib kepada media hari ini, beliau berkata PR tidak boleh memandang serong terhadap keputusan mesyuarat PAS pusat 17 Ogos lalu, kerana ia adalah resoluli toleransi paling tinggi dalam usaha memperkukuhkan hubungan PR.

“PAS Selangor menyeru semua pihak agar lebih menumpukan kepada gerak kerja berkhidmat kepada rakyat daripada terlampau berpolitik. Rakyat sudah semakin muak dengan permasalahan politik yang bagai tiada penghujungnya.
“Sifat mendesak, mengutuk dan mempertikaikan komitmen PAS adalah suatu yang sepatutnya dijauhkan sedangkan dalam masa yang sama PAS sentiasa membuktikan setiakawan dan sokongan dalam memperkukuhkan Pakatan Rakyat.
Kurangkan ketegangan, rapatkan saf dan jangan terus menyalahkan dan mempertikaikan kesetiaan PAS dan rakan komponen PR yang lain apatah lagi melakukannya dalam keadaan yang terbuka.
“Oleh itu, kita menasihati semua pimpinan Pakatan Rakyat supaya lebih menghormati PAS dan sesama rakan Pakatan Rakyat dalam perbezaan pendapat sekaligus berusaha untuk mencapai persetujuan bersama,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...