Translate

18/08/2014

Dun Selangor Dijangka Bubar 25 Ogos - tak dapat lah Jijah Kipas duduk kerusi MB ??


Sebelum ini Khalid Ibrahim amat yakin bahawa beliau memperolehi sokongan majoriti dari Adun-Adun Selangor. Namun kenyataan Wan Azizah hari ini telah “mengoncang” pendirian beliau. 

Oleh itu menurut sumber-sumber dalaman SUK, Khalid Ibrahim akan membubarkan Dun Selangor pada 25 Ogos 2014 sekiranya beliau gagal memdapat sokongan penuh daripada PAS. 

Menurut perancangan yang telah dibuat oleh Khalid Ibrahim, beliau memilih tarikh 25 Ogos tersebut berdasarkan kepada tarikh Sultan Selangor pulang dari bercuti iaitu 23 Ogos 2014. Oleh itu, Khalid Ibrahim akan mengadap Sultan Selangor pada 24 Ogos 2014. 


Sekiranya Sultan Selangor memperkenankan hasrat Khalid Ibrahim untuk membubarkan Dun Selangor, maka surat akan dihantar kepada speaker Dun pada tengahari itu juga.

Sebelum ini Wan Azizah telah mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS telah menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dua Adun PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) kononnya telah menyatakan sokongan mereka kepada Wan Azizah bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR. Oleh itu kononnya Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN sahaja.

Namun kita perlu ingat bahawa sejarah PKR sebelum ini selalu menjadikan Sidang Akhbar untuk “menipu” rakyat sepertimana yang telah mereka lakukan semasa isu “16 September”. 

Sejauh mana kebenaran kenyataan Wan Azizah tersebut sebenarnya masih amat diragui. Tambahan pula, Khalid Ibrahim ini juga amat faham dengan “permainan” Wan Azizah dan Anwar Ibrahim. Sama-samalah kita tunggu penamat kepada episod Menteri Besar Selangor ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...