Translate

19/08/2014

DI SELANGOR PKR / DAP KENCING PAS, TAPI SEBALIKNYA DI PAHANG ???


BOSAN NAK CERITA TENTANG PAS ke, PKR ke atau DAP.

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis di Pahang meningkat dari tahun 2011 hingga 2013, persidangan Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas Pahang, Datuk Norol Azali Sulaiman berkata kes dicatat di seluruh negeri tahun lepas ialah 277 berbanding 163 pada 2012 dan 135 pada tahun sebelumnya.

Beliau berkata antara daerah yang mencatat kes tertinggi ialah Kuantan, Jerantut, Lipis, Pekan, Maran dan Temerloh.

Kes kematian yang berpunca daripada penyakit tersebut juga meningkat tahun lepas iaitu lima kes berbanding sifar pada tahun sebelumnya, dan satu kes pada 2011, katanya menjawab soalan Lee Chin Chen (DAP-Ketari) di persidangan Dewan Undangan Negeri.

"Kerajaan negeri mengambil pelbagai tindakan bagi mengelak penyakit Leptospirosis dari terus merebak, antaranya melalui aktiviti pendidikan kesihatan yang dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan dan hospital," katanya.

Norol Azali berkata kerajaan negeri turut mengeluarkan garis panduan mengenai pengurusan pusat rekreasi sungai dan air terjun bagi mengelak sebarang penyakit berjangkit bawaan air.

"Jabatan Kesihatan Negeri juga telah mengadakan kursus pengurusan Leptospirosis kepada anggota kesihatan dan perubatan yang terlibat dalam pengendalian penyakit bagi meningkatkan kefahaman mengenainya," katanya. –  Bernama, 18 Ogos, 2014.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...