Translate

29/06/2014

ZIZANG... MUNG JANGANG EGONG !!!



Selepas empat tahun mengacara program hiburan popular, Melodi, Zizan Razak khabarnya akan mengundur diri dan tempatnya digantikan dengan pengacara wanita.

Siapakah orangnya? Haa... yang Sha dapat tahu, dua nama disebut-sebut. Kemungkinan besar pengumuman mengenai Zizan bukan lagi pengacara Melodi dibuat hujung bulan ini. 


Kebetulan kontrak Zizan tamat dan tidak akan diperbaharui. Sebab musababnya pun kurang pasti tapi Sha dengar ia ada kaitan dengan bayaran tinggi yang diminta jika mahu mengekalkan pelakon dan pelawak ini sebagai hos program itu. 


Sha tak tahu sama ada harga itu diletakkan Zizan atau pengurusan barunya.



Kebetulan pula TV3 baru menyambut ulang tahun ke-30 dan mahu buat pembaharuan pada Melodi. Jadi sesuai sangat jika mereka tampilkan wajah baru sebagai hos program itu. Setakat ini dengarnya nama Awal Ashaari masih dikekalkan sebagai pengacara.


Tak mengapalah, hilang satu, ada tiga lagi projek besar menanti Zizan. Namanya disebut-sebut akan mengacarakan semua program itu. Kalau benar, meletuplah Zizan tahun ini.

Kita tengok saja nanti siapa yang akan menggantikan Zizan mengacarakan program Melodi. Kalau ada hos undangan hari ini dan beberapa minggu berikutnya, makna-nya betullah tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...