Translate

09/06/2014

KEKALAHAN DYANA PUNCA LGE HILANG INGATAN BERKEKALAN



Cukai katil tidak masuk akal

Georgetown: Pelaksanaan cukai katil oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap pelancong yang bermalam di hotel di negeri ini, disifatkan bukan saja tidak relevan, malah langsung tidak rasional. 

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak, berkata kerajaan negeri sepatutnya menjelaskan terlebih dulu mekanisme kutipan cukai itu supaya ia telus dan difahami rakyat sebelum mula menguatkuasakannya 1 Jun lalu. “Rakyat perlu tahu kerana rakyat yang memberi mandat dan memilih kerajaan negeri. 

Jangan sesekali menjadikan rakyat sebagai liabiliti atau batu loncatan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Rahmad berkata, pihaknya tidak dapat menilai sejauh mana rasional dan relevan dasar cukai baharu itu, malah menyifatkannya sebagai satu bentuk paksaan kepada pengusaha hotel. 

Terpaksa akur 

“Sudah tentu semua pengusaha hotel terpaksa akur kerana bimbang lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh pihak berkuasa tempatan jika ingkar. 

“Apa yang lebih membimbangkan ialah cukai katil mungkin disusuli pelbagai cukai baharu lain yang boleh membebankan rakyat pada masa akan datang. 

Sumber:beritaharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...