Translate

12/05/2014

PKR Tetap Akan Tolak Usul PAS Laksana Hudud


TOLAK TETAP TOLAK : ITU LAH KENYATAAN PKR MENGENAI PERLAKSANAAN HUKUMAN HUDUD.

PKR akan menolak usul hudud, jika PAS mahu meneruskan niat mengusulkannya sebagai usul persendirian di parlimen, tegas Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian.
Baru Bian dilaporkan theborneopost.com berkata PKR akan membuat keputusan itu sebaik sahaja PAS membentangkan usul itu di parlimen.
“Kami mahu membuat pendirian yang jelas bahawa kami tidak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud. Kami akan menunggu sehingga usul itu dibentangkan dan perhatikan reaksi penggubal undang-undang dari kedua-dua pihak.
“Pada hakikatnya, ia memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen sebelum ia boleh diluluskan.
“UMNO kini sedang ‘bermain’ dengan isu ini tidak lebih sebagai permainan politik mereka. Saya yakin Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Sabah dan Sarawak akan menolak hudud, ” kata Baru kepada pemberita di luar Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.
Beliau, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan usaha terbaru PAS itu akan memberi kesan terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke-14 kerana ia meletakkan pakatan antara DAP dan PKR dalam keadaan janggal.
Sementara itu, ALIRAN mencadangkan PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya parti itu meneruskan niat untuk melaksanakan hudud.
Pendapat ALIRAN disuarakan oleh Ronald Benjamin dalam artikel bertajuk “PKR, DAP should break off ties with Pas and form progressive alliance.”
Sumber: KLIK SINI
Isu Hudud ini sepatutnya memberi pengajaran kepada Umno dan Pas,jika mereka memang ikhlas memperjuangkan Islam .Keduanya seharunya sedar bahawa tiada guna nya bermaufakat dgn orang bukan Islam,kerana mereka selamanya tidak akan bersetuju dgn apa saja yg mahu di buat jika ianya utk kepentingan Islam.
Lebih-lebih yg patut insaf ialah Pas kerana ini adalah perjuangan utama mereka sejak dulu ,sehingga sanggup mengkafirkan Umno kerana gagal melaksankan Hudud,
Bagi saya Umno dan Pas memang tidak ikhlas,tapi Kerajaan Kelantan adalah lebih ikhlas.Itulah sebabnya saya bersangka baik kepada Kerajaan Kelantan kali ini,bukan kepada Pas.
Manakala di pihak Umno pula saya bersangka baik kepada DS Jamil Khair dan TS Muhayuddin,bukan kepada keseluruhan Umno.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...