Translate

20/04/2014

SHAHIDAN KASSIM BUAT HAL LAGI ??? SIAPA MENTERI DALAM NEGERI SKG ???


ZAHID HAMIDI KAN ADA !!!. Jangan lah nak buat 'CARCA MARBA' ??

KOTA KINABALU, 20 April (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyarankan supaya diwujudkan tiga jawatan timbalan ketua pengarah untuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Katanya tiga jawatan itu untuk diisi oleh wakil agensi utama dalam Esscom iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"(Jawatan ketua pengarah) Esscom itu sendiri mungkin dinaikkan tarafnya. Sekarang ialah (peringkat) Jusa B, mungkin boleh ditingkatkan," katanya yang ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kot Kinabalu hari ini.

Terdahulu beliau melawat Beaufort dan mengagihkan bantuan wang ihsan banjir bagi penduduk yang terjejas bencana itu pada Februari lepas.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata setiap agensi terbabit mempunyai peranan masing-masing namun dalam konteks Esscom, tugas utama mereka ialah mengekang pencerobohan.

"Yang penting dalam Esscom tugas ketiga-tiga agensi ini diselaraskan," katanya.

Mengenai wang ihsan banjir, Shahidan berkata hanya mangsa banjir di Tenom belum menerima sumbangan itu.

Beliau turut meminta mangsa banjir yang tercicir daripada senarai wang ihsan agar merujuk pejabat daerah di kawasan masing-masing untuk dipertimbangkan.  BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...