Translate

28/02/2014

ANWAR Tersenarai Bilionair Malaysia Yang Baharu ???



BACA DULU BARU TAU.....
KUALA LUMPUR: Seramai tiga belas individu disenaraikan sebagai bilionair Malaysia yang baharu, menyertai Tan Sri Robert Kuok yang berpangkalan di Hong Kong yang berada pada kedudukan teratas selama sembilan tahun menerusi senarai terkini Individu Terkaya Malaysia oleh Forbes.
Kuok, 90, membina sebuah empayar perniagaan besar-besaran yang merangkumi minyak sawit, perkapalan, media, hotel dan hartanah, mempunyai aset bernilai AS$11.5 bilion (RM37.7 bilion).
Pemaju Kumpulan Kuok itu menduduki tangga teratas sejak 2006, walaupun nilainya sedikit menurun sebanyak AS$1.1bilion (RM3.28 bilion) pada tahun lepas.
Jutawan telekomunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan juga kekal di tempat kedua, dengan nilai bersih AS$11.2 bilion (RM36.07 bilion).
Ananda, yang mempunyai empayar yang terdiri daripada syarikat telekomunikasi Maxis Communications Bhd, stesen TV berbayar dan penjanaan kuasa, turut menyaksikan sedikit penurunan dalam kekayaan berbanding sebelumnya bagi tahun ini iaitu AS$11.7 bilion (RM38.38 bilion).

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...