PETALING JAYA - Sepasang suami isteri bertindak kejam apabila sanggup
menyembunyikan mayat anak bongsunya yang reput selama enam hari di kediaman
mereka di Sri Manja Square 1, PJS 3, dekat sini.
Perbuatan pasangan itu terbongkar selepas ibu kepada rakan salah seorang
anaknya datang ke rumah pagi semalam untuk bertanya khabar setelah kanak-kanak
itu tidak hadir ke tadika sejak Jumaat lepas.
Kanak-kanak itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.
Kanak-kanak itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
berkata, pasangan itu enggan membuka pintu rumah menyebabkan pengadu terpaksa
meminta bantuan polis.
"Anggota yang membuat pemeriksaan menemui mayat seorang kanak-kanak
perempuan berusia lima tahun ditemui dalam keadaan terlentang di atas tilam
dipercayai menjadi mangsa bunuh," katanya.
Menurutnya, kejadian berpunca
dari tindakan pasangan itu yang mahu membunuh diri bersama keluarganya
disebabkan bebanan hutang.
Arjunaidi berkata, suspek yang mempunyai dua orang anak pernah melakukan tiga cubaan bagi membunuh ahli keluarganya itu.
“Dalam cubaan pertama pada 11 September lalu, pasangan itu membakar
arang di dalam bilik utama bagi membolehkan semua ahli keluarganya mati kerana
menyedut asap namun tidak berjaya. Mereka kemudian meneruskan niatnya itu pada
keesokan hari menyebabkan salah seorang (anak bongsunya) meninggal
dunia.
"Pada 13 September, pasangan itu bertindak mencari tempat
membunuh diri bersama seorang lagi anak lelaki mereka berusia tujuh tahun di
sekitar Klang namun membatalkan hasrat tersebut kerana tidak menjumpai tempat
yang sesuai.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM) untuk proses bedah siasat.
Tambahnya, abang mangsa itu kini berada di bawah jagaan waris terdekat.
Arjunaidi berkata, pasangan itu mempunyai masalah kewangan yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Arjunaidi berkata, pasangan itu mempunyai masalah kewangan yang mendorong mereka melakukan perbuatan itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber:sinarharian