Translate
31/12/2014
29/12/2014
BARU SEHARI KEHILANGAN PESAWAT QZ8501 SUDAH SIBUK DENGAN TUNTUTAN INSURAN ?
Dicopy dari harianjogja Direktur Teknik dan
Luar Negeri Jasindo Syarifudin mengatakan perseroan menanggung aviation hull insurance Air Asia dengan penutupan bersama (co-insurance)
perusahaan lain.
“Kami tentu saja akan
langsung melakukan penyelesaian klaim dimaksud setelah sebelumnya ada clearance tentang
hilangnya pesawat dimaksud serta langkah berikutnya proses penelitian
atas policy liability serta penilaian dari international
loss adjusters yang ditunjuk,” jelasnya kepada Jaringan
Informasi Bisnis Indonesia (JIBI) melalui pesan pendek ponsel,
Minggu (28/12/2014).
28/12/2014
KERAKUSAN OMBAK DAN MANUSIA PUNCA PERKARA INI TERJADI ???
MARANG - Rintihan pemilik Restoran
LEMPENG sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar juga untuk membuat
penghadang sementara daripada rembatan ombak yang ganas terus menerjah bagi menggelakkan
hakisan terus berlaku, jarak lebih kurang 10 kaki saja daripada restorannya.
Namun begitu beliau juga menyatakan
bahawa apa yang dilakukannya ini adalah semata-mata untuk menyelamatkan
kedainya daripada ditelan ombak ganas.
Pada tahun 2013 JPS telah mengeluarkan perbelanjaan besar bagi
mengatasi masalah hakisan ini. Tapi hanya bertahan satu tahun saja, dimana tiga
bahagian penghadang hakisan dibina disepanjang pantai Rusila dengan melibatkan
tiga kontraktor berlainan.
Tapi apa yang berlaku adalah
sangat-sangat mengecewakan. Wang rakyat dihabiskan begitu saja dalam tempoh 1
tahun dengan nilaian yang besar.
Sehingga semalam, kira-kira 10 rumah
penduduk termasuk kedai terjejas berikutan keadaan ombak besar dan angin kuat
yang kini bukan sahaja berdepan masalah hakisan teruk, tetapi risiko ditelan
ombak.
26/12/2014
Sistem Telekomunikasi Di Pantai Timur Masih Berfungsi
KEMAMAN:
Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata sistem telekomunikasi di kawasan terjejas banjir masih berfungsi dan
hanya berlaku gangguan sementara.
Beliau berkata sebagai persediaan
menghadapi banjir, Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia (SKMM) telah meminta
semua syarikat telekomunikasi meninggikan kedudukan kotak alat elektronik di
setiap pencawang bagi mengelakkan ia ditenggelami air.
25/12/2014
GARA-GARA SELFIE DOKTOR DIPECAT ?
Biro Kesihatan Xi'an mengumumkan pemecatan tiga
pegawai hospital selepas gambar sekumpulan pakar bedah mencetus kontroversi
apabila mereka mengambil selfie bersebelahan pesakit yang sedang dirawat.
Tiga yang dipecat itu ialah timbalan presiden, dekan dan ketua jururawat di jabatan anestesiologi Hospital Xi'an Fengcheng.
Tiga yang dipecat itu ialah timbalan presiden, dekan dan ketua jururawat di jabatan anestesiologi Hospital Xi'an Fengcheng.
Ketua
pegawai eksekutif dan pekerja perubatan di dalam gambar berkenaan juga
dikenakan demerit dalam rekod mereka - satu daripada hukuman dalam pentadbiran
di China.
23/12/2014
MANUSIA APAKAH INI ??? BENAM KUCING DALAM MANGKUK TANDAS ?
KUALA LUMPUR,
22 Disember: Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki MELAYU memegang kucing lalu
merendamkannya ke dalam mangkuk tandas tersebar di laman media sosial,
Facebook.
Video berdurasi 53 saat itu dimuat naik oleh Friends
Of BN – Barisan Nasional yang dalam statusnya meminta Polis Diraja Malaysia
(PDRM) segera mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit mendapat lebih 50,000
tontonan, 3,600 likes dan 2,388 komen serta 3,328 perkongsian.
“Diminta Polis Diraja Malaysia mengambil tindakan
terhadap lelaki dalam video ini.
“Kami di Friends of BN – Barisan Nasional tidak mahu
melihat perbuatan membuli binatang seperti ini berleluasa di Malaysia,” menurut
status di laman Facebooknya.
Majoriti pengguna-pengguna media sosial meluahkan rasa
marah dan mengutuk tindakan keji lelaki terbabit.
Ahmad Maslan: Anak Melayu lebih gemar melastik burung dan mandi parit ???
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) menganggap cadangan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tidak
beretika kerana mahu tempoh pengajaran mata pelajaran Geografi dipendekkan.
Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah berkenaan akan menyebabkan guru Geografi marah kerana masa pengajaran mereka diambil untuk subjek lain.
"Ini tak kena kerana (mata pelajaran) masing-masing adalah subjek peperiksaan. Takkan kita hendak potong masa orang lain?
Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, langkah berkenaan akan menyebabkan guru Geografi marah kerana masa pengajaran mereka diambil untuk subjek lain.
"Ini tak kena kerana (mata pelajaran) masing-masing adalah subjek peperiksaan. Takkan kita hendak potong masa orang lain?
22/12/2014
MALAYSIA MENUJU KEHANCURAN JIKA PR MEMERINTAH ???
Melihat Melayu bangkit
secara tiba-tiba, Anwar akan bermain wayang lagi dan cuba memulihkan sokongan
dengan mengambil hati Melayu dan mula memberi kata dua kepada DAP.
Di
ketika ini, DAP akan membongkar semula kes liwat Anwar lengkap dengan segala
bukti lalu menyumbat Anwar kembali ke penjara.
100 hari kemudian dan
seterusnya Malaysia akan benar-benar huru-hara dengan penyokong Anwar yang
merusuh dan bangsa Melayu yang marah. Lalu Anwar akan mencuba sekali lagi
meminta kuasa besar masuk campur sepertimana sebelumnya dengan harapan dia akan
dilantik menjadi PM kembali jika berjaya bebas kembali.
21/12/2014
UMNO memperlekehkan peranan Rakan Radio Amatur Terengganu ???
Radio amatur banyak bantu operasi Pas
KUALA
TERENGGANU - Ahli Jawatankuasa Operasi Banjir Pas Terengganu disaran
mendapatkan lesen radio amatur bagi meluaskan rangkaian komunikasi dalam
membantu dan menyelamat mangsa banjir.
Pengerusinya,
Dr Azman Ibrahim berkata, penggunaan radio amatur cukup berkesan sekiranya
hubungan komunikasi terputus ketika bencana, sebagaimana berlaku di Kemaman
pada musim tengkujuh tahun lalu.
Justeru
katanya, kira-kira 100 ahli jawatankuasa terbabit sudah mempunyai lesen itu
bagi memudahkan urusan sepanjang operasi banjir.
19/12/2014
HUDUD: HADI DAN GUAN ENG SAMA SEPENDAPAT ???
Kenyataan Guan Eng pasal hudud tiada bezanya dengan kajian UMCEDEL yang
menyatakan hanya 18% orang bukan Islam menyokong hudud.
Guan eng menyatakan masanya belum sesuai untuk membawa agenda hudud sebab
rakyat umum masih tidak dapat menerimanya terutama orang bukan Islam.
Ia juga satu petanda jelas bahawa dakwah PAS pada bukan Islam berkenaan
hudud semenjak Enakmen hudud dilulus di Terengganu 2002 masih menemui
kegagalan.
Sepatutnya PAS muhasabah diri sendiri dari memaki dan menyerang DAP.
18/12/2014
BETINA MATA BATU KEMBALI MENGUGAT KEHARMONIAN NEGARA ???
PPP: Dakwa Ambiga, semai kebencian hari Natal.
Pemimpin Parti Progresif Penduduk (PPP) mahukan bekas presiden
Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan didakwa di mahkamah kerana menggesa
pihak berkuasa berhenti mengganggu orang Kristian di Malaysia.
Naib
Presiden PPP Datuk A Chandrakumanan berkata, kenyataan Ambiga itu menanam
kebencian terhadap kerajaan menjelang Hari Natal tidak lama lagi.
"Saya
cadangkan Ambiga disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana mencetuskan
ketidakharmonian, perpecahan dan kebencian di kalangan rakyat dengan niat
jahat," kata Chandrakumanan ( kiri ).
Dalam
kenyataannya hari ini, Chandrakumanan mendakwa kenyataan itu dibuat dengan
sedar bahawa ia boleh mencetuskan ketegangan dan menunjukkan Ambiga tidak
peduli dengan keadaan negara ini dan rakyatnya.
"Kenyataan
jenis ini menimbulkan kemarahan dan memberikan imej negatif kepada kerajaan,
menjadikannya seolah-olah pihak berkuasa sengaja bertindak terhadap orang
Kristian.
"Perkara
ini tidak masuk akal dan tidak boleh diterima," katanya.
17/12/2014
USM GAH DENGAN NAMA TAPI APA DAH JADI ???
NIBONG TEBAL: Walaupun
mendapat geran beratus-ratus juta daripada kerajaan, Universiti Sains Malaysia
(USM) tidak mampu untuk menghidupkan status Program Pemacuan Untuk
Kecemerlangan (Apex).
Pusatnya penyelidikannya di sini yang sudah berusia tiga tahun, sebuah projek yang menelan belanja RM21 juta hampir tidak digunakan kerana kemudahan yang terhad.
Sebuah lagi pusat penyelidikan lain yang bernilai RM14 juta yang sepatutnya siap pada Ogos terhenti pembinaannya selama dua tahun dan hanya diambil alih oleh pemaju baharu pada akhir tahun lepas.
Pusatnya penyelidikannya di sini yang sudah berusia tiga tahun, sebuah projek yang menelan belanja RM21 juta hampir tidak digunakan kerana kemudahan yang terhad.
Sebuah lagi pusat penyelidikan lain yang bernilai RM14 juta yang sepatutnya siap pada Ogos terhenti pembinaannya selama dua tahun dan hanya diambil alih oleh pemaju baharu pada akhir tahun lepas.
16/12/2014
ANWAR BANTAH PERLAKSANAAN HUKUM HUDUD??
Ketua Umum PKR @ KETUM, Anwar Ibrahim hari
ini berkata rancangan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan mahu meminda Rang
Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (EKJS II) 1993 berkaitan
hukum Hudud di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan bermasalah kerana ia tidak
mempunyai bidang kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam di
negeri itu.
“Akan ada banyak masalah kerana anda perlu meminda
undang-undang Persekutuan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan
(hudud),” kata Anwar ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
Isnin.
“Katakan mereka buat juga. Siapa yang akan membuat
tangkapan? Siapakah yang akan membawa mereka (suspek) ke penjara? Ia bukan
dalam kuasa mereka (kerajaan negeri). Oleh itu, terdapat banyak masalah,” tegas
Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.
15/12/2014
ADAKAH NGO PERKASA BENAR2 MENYELAMATKAN MARUAH MELAYU ATAU ????
Adakah NGO PERKASA selama ini benar2 menjiwai semangat orang Melayu terutama anak-anak Muda ??
Atau sebagai FLATFORM untuk bertanding dalam pilihanraya ?
Perkasa sebagai parti politik, bukanlah masalah
pada UMNO dan orang Melayu sebab biasanya perpecahan di kalangan orang Melayu
akibat wujud parti-parti orang kecewa macam ini hanya
menguntungkan parti-parti pembangkang macam PAS dan PKR, bukan Perkasa pun.
Kalau benarlah Perkasa
nak jadi parti politik pun, penulis lihat tidak ada apa masalah kepada UMNO dan
BN sebab ini bukan pertama kali UMNO berhadapan dengan parti pro Melayu, dulu
pun (akhir 80-an, awal 90-an) kita dah pernah lawan dengan parti yang iras
Perkasa hari ini – Semangat46 (S46)
Tak bawa ke mana dan tak
jadi apa pun, samalah juga S46 tu.
14/12/2014
KELAJUAN MEMBAWA KECELAKAAN ?
Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan yang lebih berkesan menghadkan KELAJUAN KENDERAAN AMBULAN. Telah banyak kemalangan berlaku berpunca daripada kecuaian PEMANDU AMBULAN.
TANJUNG
MALIM: Seorang pemandu ambulans maut, dua jururawat wanita cedera dan seorang
pembantu jururawat lelaki parah selepas ambulans yang dinaiki terbabit dalam
kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 404 Lebuhraya PLUS arah
utara, dekat Hulu Selangor dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lima lagi
mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam
kemalangan berkenaan turut cedera membabitkan tiga mangsa dewasa dan dua
kanak-kanak.
13/12/2014
JAZLAN PERLU LETAK JAWATAN ?
Nur Jazlan tak kisah karier politik, cabar PM dan puji
Adam Adli
“Saya sudah
tidak kisah dengan kedudukan politik saya lagi.” Ungkapan JAZLAN yang lupa
beliau adalah dipilih oleh rakyat untuk membantu serta menyelesaikan masalah
dikawasannya. Tapi setelah duduk tinggi diatas, telah lupa tanggungjawab
sebagai Wakil Rakyat.
Nur Jazlan berkata, tindakannya untuk berdepan pencabar
atau mereka yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan adalah perubahan yang
mahu dicipta untuk partinya.
12/12/2014
TG ADNAN NAMPAK PETALING STREET AJE KE, BAGAIMANA DG PLAZA LOW YAT ??
KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Menteri Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap pemilik
lesen perniagaan di Petaling Street di sini, yang dikatakannya 'rakus'
meraih pendapatan dengan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.
Beliau berkata
dalam pemantauan yang dilakukannya sendiri ke Petaling Street baru-baru ini,
ada peniaga yang menyewakan lesen sehingga mencecah RM8,000 hingga
RM9,000 sebulan.
"Saya sedih
ada juga anak muda Cina nak berniaga, tapi sewa terlalu tinggi, kerana mereka
(pemilik lesen) suka sewakan kepada bangsa asing," katanya dalam sidang
akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Persatuan Telugu
Malaysia Ke-40 di sini, pada Ahad.
11/12/2014
AWAS: GULA-GULA DAP CUKUP MENYAKINKAN RAKYAT ???
Menambat hati rakyat JOHOR !!! untuk PRU 14.
DAP akan terus membantu rakyat untuk
mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meskipun sering
menggembar-gemburkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat itu sebagai
‘gula-gula politik’ Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching
ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini berkata, di Johor
jentera parti itu sentiasa memberikan bantuan untuk perkhidmatan
mengisi borang BR1M.
10/12/2014
KEUNTUNGAN DI TELAN, PEKERJA/KELUARGA MATI KEBULURAN ???
KENAPA ADUN atau WAKIL UMNO tidak memperjuangkan hak-hak pekerja PERWAJA yang tertindas. Adakah tidak tahu atau buat-buat tak tahu ???
Sekarang
apa yang telah berlaku di PERWAJA KEMAMAN (Klik) dan
PERWAJA GURUN.
Ribuan
pekerja tidak bekerja terutama ‘ORANG MELAYU’ menjadi mangsa dan menggangur serta di PAKSA mengambil CUTI TANPA GAJI selama
beberapa bulan oleh majikan atas alasan tiada pengeluaran. Yang jelasnya masalah PENGURUSAN SERTA PENYELEWENGAN YANG BEGITU KETARA ???
APAKAH INI SEMUA BOLEH DITERIMA OLEH
PEKERJA-PEKERJA ????
Pekerja
bertungkus lumus untuk menguntungkan Majikan, tapi sebaliknya berlaku.
Telah berlarutan diawal tahun 2014 sehingga kini. Berlebih-lebih
lagi jangka tempoh menjelangnya Ramadhan dan Syawal yang lalu dan sekarang menghampiri naik persekolahan anak-anak tahun 2015.
Selain daripada keperluan harian termasuk sewa rumah, membayar sewa kenderaan, makan/minum, persekolahan anak2 dan sebagainya adakah diambil kira oleh majikan ???
Selain daripada keperluan harian termasuk sewa rumah, membayar sewa kenderaan, makan/minum, persekolahan anak2 dan sebagainya adakah diambil kira oleh majikan ???
Pihak
kerajaan perlu bertanggungjawab menyelesaikan perkara ini daripada berterusan
yang mengakibatkan rakyat menjadi mangsa.
Orang-orang
tertentu termasuk TAN SRI PHENG serta kuncu-kuncunya memperolehi kekayaan berlipat
ganda.
ADA
KAH PERLU SI BANGSAT SEPERTI INI DIBENARKAN BERADA DALAM GLC ?????
Kos siasatan kes penyelewengan Perwaja Steel paling tinggi dalam
sejarah: SPRM ( KLIK )
Perwaja Steel diperintah bayar tunggakan hutang RM146j kepada Petronas ( KLIK )
09/12/2014
KJ SARAN TUBUHKAN POLIS STADIUM PULAK ???
Hai..hai...hai...KJ. Puluhan ribu peminat menyerbu
pintu stadium, bagaimana yang cek rekod lampau pulak atau periksa IC setiap
kali masuk ???? Ha..ha...ha..
Adakah mereka-mereka yang ditangkap itu mempunyai rekod kesalahan lampau bolasepak ???
PUTRAJAYA, 8 Dis (Bernama) -- Menteri Belia
dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)
mengharamkan penyokong yang mempunyai rekod kesalahan lampau daripada memasuki
stadium bagi mengekang kekecohan oleh samseng bola sepak, terutama dalam
perlawanan penting.
Beliau turut menyarankan pihak polis mengenakan tindakan tegas termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu sebagai langkah memulihkan imej bola sepak negara.
Beliau turut menyarankan pihak polis mengenakan tindakan tegas termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan itu sebagai langkah memulihkan imej bola sepak negara.
08/12/2014
PANGKAT TAK PENTING....YANG PENTING JAWATAN ???
Encik Anwar samakan dengan FIRAUN ???
KAJANG - Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, pangkat dan gelaran bukan sesuatu yang penting kepadanya.
Menurut laporan The Star Online, Anwar
berkata, Tuhan tidak kisah mengenai kuasa atau kedudukan seseorang.
"Tuhan tidak melihat kepada kuasa.
Dia tidak melihat kepada jawatan kita pegang tetapi amalan baik ? yang kita buat
atas nama-Nya," katanya semasa berucap di hadapan sekumpulan penganut
Katolik di Church of The Holy Family di sini, hari ini.
07/12/2014
ANWAR NAIB PRESIDEN US YANG BARU ??
Dah tak ada tempat lain untuk mu "NUAR" !!!
BANGKOK: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah membatalkan
kehadirannya di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di sini minggu ini atas
nasihat peguamnya.
Anwar tidak akan ke Bangkok minggu ini,
oleh itu acara pada 3 Disember dibatalkan, umum FCCT pada Isnin.
06/12/2014
7 JUTA PENERIMA BR1M - ADAKAH MASIH DIANGGAP GULA-GULA PRU 14 ??
BR1M: Beri Atau Tidak Atau Masih Releven Atau Boleh Bertahan Sehingga PRU
14 Atau Boleh Menambat Hati Remaja/Pemuda ???
Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang akan menolak pemberian
percuma. Lagi-lagilah jika wang percuma. Sesiapa yang
berbuat demikian mungkin sudah terlalu kaya ataupun kurang siuman.
Tidak ada juga kerajaan di dunia ini yang mahu dilabel
sebagai kurang siuman kerana tidak memberikan apa-apa ‘bentuk pemberian’ kepada
rakyatnya.
Sebagaimana subsidi-subsidi yang lain, BR1M juga
mempunyai baik buruknya.
05/12/2014
AMBIK KAU...DLM PENJARA TAK BOLEH BAWA MASUK DARJAH KEBESARAN TAU ??
Sultan Selangor tarik balik gelaran Datuk Seri yang diberi kepada Anwar.
Beri dia darjah kebesaran yang baru "KETUM" atau USTAS AL-JUBURI
SHAH ALAM 4 Dis. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik gelaran Datuk Seri yang dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim berkuatkuasa 3 November lepas.
Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan memberitahu, gelaran itu ditarik balik berikutan tindakan dan perlakuan Ketua Pembangkang itu sejak akhir 2013 mempersoalkan kuasa dan kewibawaan Sultan Selangor dan institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar.
Anwar dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A) yang membawa gelaran Datuk Seri pada 1992. - UTUSAN ONLINE
Langgan:
Catatan (Atom)