Translate

06/01/2014

PERKASA JANGAN TERLALU EMOSI SANGAT !!!

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berhubung tindakannya hadir menyokong perhimpunan penganut Kristian di Gereja Our Lady of Lourdes di Klang pada Ahad.
Menurutnya beliau tidak akan membuang masa untuk memberi komen balas yang dilemparkan terhadapnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut," katanya di sini pada Isnin.
Marina yang juga Ahli Lembaga Pengarah Sister in Islam (SiS) berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Sebelum ini Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris mempersoalkan tindakannya menghadiri perhimpunan menyokong penganut Kristian tersebut.
Menurut Irwan Fahmi, Marina sengaja mahu mencetuskan kontroversi dan mencari publisiti murahan ketika isu berkaitan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam hangat diperdebatkan.

Pencuri Sumbat Empat Ekor Lembu Dalam Proton Wira


KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini Ahad.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Chin Soo Song berkata, kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi Ahad iaitu kira-kira 15 kilometer dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.
"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisidi dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi pada Ahad.
Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Chin.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supt C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

05/01/2014

ALLAHHUAKHBAR !!! HADI LEBIH PENTINGKAN ISU KENAIKAN HARGA BARANG DARIPADA ISU KALIMAH ALLAH


MATI CEPAT LAGI BAIK LAH HADI..... JANGAN NAK MEMESONGKAN AKIDAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA NE !!!!

SHAH ALAM – Pas mengingatkan ahli, penyokong dan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan tindakan provokatif yang cuba ditimbulkan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah ALLAH.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sekiranya perkara ini digembar-gemburkan, dikhuatiri rakyat akan terlupa dengan isu kenaikan harga barang pada tahun ini yang kian membebankan golongan berpendapatan rendah.

“Pas berasa sangat dukacita sekiranya isu ini (kalimah ALLAH) diperhangatkan sehingga rakyat lupa kepada masalah keperitan hidup angkara kenaikan harga barang pada tahun 2014 ini.

“Isu penggunaan kalimah ALLAH ini perlu disantuni dengan ilmu Islam, berdasarkan disiplin ilmu yang berteraskan al-Quran dan as-Sunnah dan bukannya menerusi kekerasan apatah lagi menggunakan undang-undang yang dipaksakan semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

bersambung lagi dan KLIK DISINI

KERJA TAK IKUT 'SOP' INILAH JADINYA !!!!


Kalimah Allah: Jais Terlupa Maklumkan Mengenai Serbuan - boleh terlupa untuk memaklumkan kerja yang akan dilakukan ??? Apa nak jadi ni...serupa kanak-kanak baru nak belajar berjalan ke ??? atau TAK PANDAI BUAT KERJA ???

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memberitahu bahawa mereka terlupa untuk memaklumkan kepada jabatan-jabatan berkaitan dalam kerajaan negeri itu berhubung serbuan yang menyaksikan lebih 300 salinan bible dirampas di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM) pada Khamis.
Selepas pertemuan dengan pengarah Jais dan pengarah penguatkuasa yang melakukan serbuan itu, Exco Hal Ehwal Islam Selangor, Sallehen Mukhyi berkata, alasan yang diterima adalah Jais terlupa untuk memaklumkan pihaknya dan pejabat Menteri Besar berhubung serbuan pada pagi Khamis itu.
"Jais mendakwa bahawa mereka melakukan serbuan itu kerana merasakan ia melanggar Enakmen 1988 tentang penggunaan kalimah Allah," katanya pada Jumaat.
Sallehen turut meminta Pengarah Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad untuk menyediakan laporan berhubung serbuan itu.
Jelasnya lagi, beliau akan mengadakan pertemuan dengan wakil PBM pada Isnin sebelum menghantar kesemua maklumat relevan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Kami perlu mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak sebelum menghantar maklumat kepada Menteri Besar," katanya.
Beliau berkata, Khalid kemudiannya akan mendapat perkenan Sultan Selangor sama ada Jais telah bertindak di luar bidang kuasa mereka.
Difahamkan serbuan itu dilakukan selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang melarang penggunaan 'Kalimah Allah' di kalangan penganut bukan Islam.
Antara 350 salinan penerbitan Kristian yang dirampas termasuk Bible dalam Bahasa Malaysia atau Al-Kitab (310) dan versi Iban atau lebih dikenali sebagai Bup Kudus (10).
Beberapa pegawai penguatkuasa serbuan turut merampas 20 salinan Luke Gospel dalam Bahasa Malaysia.

04/01/2014

Azam untuk berubah bukan berpaksi kepada emosi

Kanak-kanak turut terlibat
Inilah contohnya
KUALA LUMPUR: Umat Islam perlu menanam azam dan tekad untuk sentiasa berusaha ke arah kebaikan dan prestasi lebih cemerlang dengan bersandarkan syariat dan bukan mengikut emosi.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad, berkata mereka yang mempunyai prestasi cemerlang pastinya akan lebih berjaya sekiranya menghalakan tindakan dan perbuatan mereka kepada perkara yang membawa kebaikan. 
"Apalah gunanya jumlah ramai, jika mempunyai minda yang lemah, kurang jati diri dan mudah dipengaruhi serta dimanipulasi musuh?," katanya ketika menyampaikan khutbah solat Jumaat yang pertama bagi 2014 di Masjid Negara, disini, hari ini. 

Dalam khutbah bertajuk '1 Azam, 1 Tekad' itu, Syaikh Ismail berkata umat Islam perlu bijak mengimbangi kecemerlangan dalam kedua-dua aspek duniawi dan ukhrawi, kerana peranan mereka bukan setakat ibadah khusus semata-mata, tetapi sebagai khalifah di dunia. 

"Bayangkan, bagaimana mungkin umat Islam mampu menjadi khalifah dan mentadbir sesebuah negara jika kita kurang cemerlang dan jauh ketinggalan berbanding golongan lain," katanya. 

Justeru, beliau berkata umat Islam bukan sahaja perlu cemerlang dalam aspek akidah, ibadah, akhlak dan kehidupan, tetapi juga dalam konteks pelaksanaan kerja yang diamanahkan serta hasil kerja yang dilakukan di dunia ini. - Bernama

ISU KALIMAH ALLAH ADALAH AGENDA "PENGKHIANAT NEGARA" ???

Kristian tidak terjejas jika tidak guna kalimah Allah

KUALA LUMPUR 2 Jan. - Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya di sini, semalam.

Dr. Mahathir berkata, sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan. - BERNAMA

03/01/2014

EXCO HAL EHWAL ISLAM SELANGOR MAIN TARIK TALI


Exco Agama Selangor Tidak Tahu Serbuan Jais.

PETALING JAYA: Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak mengetahui mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim di sini.
Menurut Sallehin, beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan tersebut dan hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi media.
"Saya tidak dimaklumkan mengenai serbuan ini dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya.
"Saya akan mendapatkan maklumat terpeinci...selepas itu nanti baru saya boleh memberi komen," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan 20 pegawai Jais melakukan serbuan terhadap PBM dan merampas lebih 300 Bible dalam Bahasa Melayu dan Iban.

Perhimpunan haram perjuang kenaikan harga barang hanya 'topeng' dan didalangi oleh 'Pengkhianat Negara'

Muka Barua Pengkhianat Negara
KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka malam ini adalah 'topeng' oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rashid berkata perhimpunan itu adalah permulaan bagi agenda yang lebih luas.
"Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk 'Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun' yang bersiaran secara langsung malam ini.
Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

02/01/2014

TAK PERLU MENGEJAR PUNCAK EVEREST DEMI SUKAN NEGERI TERENGGANU


BANYAK LAGI PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN ATAU DILAKUKAN DEMI UNTUK MEREALISASIKAN SLOGAN TERENGGANU KUASA SUKAN NEGARA. 

DISETIAP DAERAH APA YANG ADA UNTUK MERELISASIKAN SLOGAN TERSEBUT ?? 

MAJLIS SUKAN ATAU MAJLIS BELIA DAN SUKAN PERLU MENGKAJI DENGAN TELITI DENGAN TERPERINCI SEBELUM MELAKSANAKAN USAHA-USAHA KEARAH TUJUAN TERSEBUT.

Anak-Anak Terengganu Sasar Tawan Puncak Everest Pada 2015

KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) -- Selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara, kerajaan negeri Terengganu melancarkan projek Terengganu D'Everest untuk menawan puncak gunung Everest pada April 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek tersebut.

"Terengganu nelang (berani) dan Terengganu boleh," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa urusetia Terengganu De'Everest 2015 di sini hari ini.

Rozi berkata projek tersebut mendapat kerjasama Persatuan Kembara Malaysia dan negeri.

Katanya Mohd Rafi Qori, anak Terengganu pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu De'Everest.

Beliau berkata satu sesi pemilihan pendaki di kalangan rakyat Terengganu akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak pada 9.30 pagi, 11 Jan ini.

Rozi berkata untuk saringan awal, seramai 40 orang akan dipilih dan daripada jumlah itu cuma lapan orang sahaja akan dipilih untuk membawa misi kerajaan negeri itu.

Menurutnya antara syarat untuk menyertai pemilihan itu lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas serta berpengalaman dalam pendakian.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat MSNT dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. BERNAMA

01/01/2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

31/12/2013

Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan



PM perlu penasihat baharu - KLIK DISINI

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

TERDESAK SANGAT KE NAJIB ????


Yang terbaiknya BR1M tu dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan penurunan harga minyak Disel atau Patrol lagi menarik dan memberi munafaat kepada semua rakyat. Semua rakyat akan merasainya.

NAJIB SUDAH HABIS FIKIR KE DENGAN MENGUMUMKAN 11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Mulai 1 Jan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...