Translate

02/01/2014

TAK PERLU MENGEJAR PUNCAK EVEREST DEMI SUKAN NEGERI TERENGGANU


BANYAK LAGI PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN ATAU DILAKUKAN DEMI UNTUK MEREALISASIKAN SLOGAN TERENGGANU KUASA SUKAN NEGARA. 

DISETIAP DAERAH APA YANG ADA UNTUK MERELISASIKAN SLOGAN TERSEBUT ?? 

MAJLIS SUKAN ATAU MAJLIS BELIA DAN SUKAN PERLU MENGKAJI DENGAN TELITI DENGAN TERPERINCI SEBELUM MELAKSANAKAN USAHA-USAHA KEARAH TUJUAN TERSEBUT.

Anak-Anak Terengganu Sasar Tawan Puncak Everest Pada 2015

KUALA TERENGGANU, 1 Jan (Bernama) -- Selaras dengan hasrat untuk merealisasikan slogan Terengganu kuasa sukan negara, kerajaan negeri Terengganu melancarkan projek Terengganu D'Everest untuk menawan puncak gunung Everest pada April 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat berkata Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) telah dilantik sebagai urusetia projek tersebut.

"Terengganu nelang (berani) dan Terengganu boleh," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa urusetia Terengganu De'Everest 2015 di sini hari ini.

Rozi berkata projek tersebut mendapat kerjasama Persatuan Kembara Malaysia dan negeri.

Katanya Mohd Rafi Qori, anak Terengganu pertama yang berjaya menawan gunung Everest pada 2007 telah dilantik sebagai ketua jurulatih Terengganu De'Everest.

Beliau berkata satu sesi pemilihan pendaki di kalangan rakyat Terengganu akan diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak pada 9.30 pagi, 11 Jan ini.

Rozi berkata untuk saringan awal, seramai 40 orang akan dipilih dan daripada jumlah itu cuma lapan orang sahaja akan dipilih untuk membawa misi kerajaan negeri itu.

Menurutnya antara syarat untuk menyertai pemilihan itu lelaki dan perempuan berumur 18 tahun ke atas serta berpengalaman dalam pendakian.

Borang permohonan boleh didapati di pejabat MSNT dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu. BERNAMA

01/01/2014

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2014

31/12/2013

Beruk dihutan disusukan, anak dipangkuan mati kelaparan



PM perlu penasihat baharu - KLIK DISINI

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pulai (BN), Nur Jazlan Mohamed hari ini menyarankan agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil penasihat baru,bagi memberikan idea baharu terhadap kepimpinan PM.

Jelas Nur Jazlan yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),  kepercayaan terhadap penasihat-penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN, selain melantik konsultan asing untuk memberikan imej positif kepada kerajaan juga baginya perlu diketepikan sama sekali.

“PM perlu menghimpunkan penasihat-penasihat baharu beliau bagi memberikan idea baharu supaya lebih memahami denyut nadi rakyat.

“…kepercayaan terhadap penasihat lama terbukti gagal memberikan keputusan lebih baik kepada BN dalam PRU13 yang lalu, sekaligus memberikan imej negatif kepada BN.

TERDESAK SANGAT KE NAJIB ????


Yang terbaiknya BR1M tu dihapuskan sama sekali dan digantikan dengan penurunan harga minyak Disel atau Patrol lagi menarik dan memberi munafaat kepada semua rakyat. Semua rakyat akan merasainya.

NAJIB SUDAH HABIS FIKIR KE DENGAN MENGUMUMKAN 11 Langkah Kurangkan Perbelanjaan Sektor Awam Mulai 1 Jan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Januari.
Tindakan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Beliau berkata, kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak limahingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C(Jusa C) ke atas.
Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.
Najib berkata, kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.
Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.
Perdana menteri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.
Beliau berkata, cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.
Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.
Najib berkata, kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.
Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya. - BERNAMA

30/12/2013

Empat Bahagian Di Sarawak Dilanda Banjir

KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir pada Ahad.
Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter. Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahansementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri. Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meternamun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapatdipastikan.
Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk RumahPanjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga),Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung MelayuBaru (14 keluarga).
Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialahKampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapatdipastikan.-BERNAMA

29/12/2013

Detik kematian Saddam didedahkan


BAGHDAD 27 Dis. - Bekas Penasihat Keselamatan Kebangsaan, Mowaffak al-Rubaie yang menyaksikan hukuman gantung ke atas Saddam Hussein mendedahkan, bekas Presiden Iraq itu kelihatan tenang sehingga detik-detik terakhir kematian dan tidak sedikit pun menunjukkan kekesalan.

Menurut Mowaffak, berbeza dengan individu lain yang takut berdepan kematian, Saddam sebaliknya tidak merayu supaya hukumannya dibatalkan atau pun meminta pengampunan Tuhan.

"Saya menyambutnya di pintu masuk. Ketika itu dia memakai jaket dan baju T berwarna putih. Dia kelihatan tenang dan langsung tidak nampak gentar," katanya menceritakan detik-detik terakhir Saddam yang dihukum gantung tujuh tahun lalu.

Saddam yang memerintah Iraq selama lebih dua dekad, dihukum gantung selepas disabit kesalahan melakukan jenayah menentang kemanusiaan dalam pembunuhan 148 penduduk kampung di Dujail.

Mowaffak berkata, Saddam ketika itu digari dan memegang satu naskhah al-Quran.

GENG "PALEMBANG" MASIH BERGERAK AKTIF MELAKUKAN JENAYAH PECAH KERETA


Padah tinggal barang dalam kereta

KUANTAN - Perbuatan meninggalkan barang berharga atau sebaliknya dalam kereta antara penyumbang berlaku kes pecah kereta dan curi kerana barangan tersebut umpan penjenayah untuk bertindak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, penjenayah bertindak secara rambang tanpa mengira barangan yang ditinggalkan dalam kereta itu bernilai tinggi atau sebaliknya.

Menurutnya, penjenayah berlangkah kanan sekiranya barangan itu sesuatu yang berharga manakala pemiliknya terpaksa menanggung kerugian yang besar.

“Banyak kes dilaporkan berhubung kejadian pecah kereta ini menyebabkan mangsa kehilangan telefon, komputer riba, dokumen penting dan wang tunai ribuan ringgit.

Padah tinggal barang dalam kereta

“Setidak-tidaknya pemilik kereta terpaksa mengeluarkan kos ganti cermin kereta walaupun tiada kehilangan barang berharga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 500 warga emas yang dirai sempena Program Amal dan Kempen Cegah Jenayah anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF ) Pahang dan Persatuan Che Kuan Khor sempena Krismas di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi MCPF Pahang, Datuk Seri Johny Ch’ng dan ahli Jawatankuasa Persatuan Che Kuan Khor.

Dalam pada itu, beliau turut meminta warga emas mengingatkan ahli keluarga tentang ancaman jenayah ini.

“Warga emas juga perlu berhati-hati kerana mereka antara yang berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Secara keseluruhan katanya, kes jenayah di Pahang masih terkawal namun tidak dinafikan berlaku kes ragut, curi motosikal, pecah kereta dan sebagainya.

“Kes jenayah yang disebutkan itu berlaku, namun masih terkawal malah kita berjaya tingkatkan kadar pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Johny Ch’ng berkata, MCPF Pahang mengambil kesempatan sempena program amal bersama warga emas itu untuk menyelitkan aktiviti berkaitan kesedaran pencegahan jenayah khusus untuk warga emas.

28/12/2013

Datuk Aziz jangan nak mengajar itek berenang !!!!!


SEDAP MULUT BERSUARA.  PDRM LEBIH MENGETAHUI CARA TINDAKAN YANG BERSESUAI MENGIKUT PERUNDANGAN.

Kuala Lumpur: Segera tahan dalang perhimpunan haram yang dirancang pada malam 31 Disember ini.

Menyuarakan gesaan itu, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz, menegaskan tiada sebab polis tidak mampu bertindak proaktif menghalang perhimpunan di Dataran Merdeka itu kerana penganjurnya sudah dikenal pasti. 


“Kalau sudah kenal pasti, mengapa tak tangkap? Sepatutnya, sudah kenal pasti, cepatlah tangkap. Jangan tunggu sampai nasi jadi bubur baru nak bertindak. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti bertindak cepat menghalang. Rakyat juga nak lihat kerajaan bertindak tegas terhadap orang seperti ini.

“Jangan biarkan ia berlaku. Mereka yang nak berhimpun itu tak hormat demokrasi negara. Mengapa perlu guling kerajaan?” katanya kepada BH, semalam sambil meminta orang ramai tidak terpengaruh menyertai perhimpunan itu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Mohamad menegaskan, rakyat sudah bosan dengan demonstrasi jalanan yang kononnya bagi memperjuangkan hak kebebasan dan demokrasi, tetapi hakikatnya menyebabkan kerosakan di sekitar lokasi mereka berhimpun dan menjejaskan imej negara dari perspektif rakyat asing.

“Dulu kerajaan kita berjuang menentang gerakan subversif dan komunis, sekarang terpaksa buang masa menentang demonstrasi jalanan oleh pihak yang sengaja tak mahu faham bahawa kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah,” katanya.

Di Johor Bahru, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Jamali Bahrom turut menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dikhuatiri mencetuskan keadaan huru hara di negara ini.

70 cedera diserang ikan karnivor


BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya 70 orang yang sedang mandi-manda di pantai Argentina cedera termasuk tujuh kanak-kanak hilang sebahagian anggota badan apabila putus jari tangan dan kaki selepas diserang sekumpulan ikan karnivor. 


Pengarah pengawal keselamatan pantai, Federico Cornier, berkata ribuan pengunjung sedang bersantai di Sungai Parana, dekat Rosario, semalam, tiba-tiba diserang ikan palometas iaitu sejenis piranha yang besar, rakus dengan gigi tajam. 

Paramedik Alberto Manino berkata, bantai berkenaan ditutup serta-merta namun akibat cuaca panas mencecah sehingga 100 darjah celsius, pengunjung kembali semula ke pantai. - AP 

27/12/2013

Ops Bali - Pengarah Syarikat Perikanan Di Denda RM 200,000


KUALA LUMPUR - Pengarah sebuah syarikat perikanan yang dituduh memberi rasuah kepada penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Oktober lalu, dikenakan denda RM 200,000 dan penjara sehari setelah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Choh Chaw Khiang, 41, Pengarah Syarikat Gabungan Mesra Sdn Bhd mengaku bersalah pada tiga pertuduhan pilihan dibawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang dihadapkan kepadanya.

Pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa telah memberikan wang tunai RM 100,000.00 kepada seorang individu kononnya untuk diberikan kepada pegawai APMM, Putrajaya.

Suapan tersebut diberikan tertuduh dalam dua transaksi berbeza pada tarikh yang sama iaitu pada 8 Jun 2013.

Pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa telah memberikan wang tunai RM 50,000.00 pada 23 Mei 2013 kepada seorang individu kononnya untuk diberikan kepada Pegawai Atasan APMM, bagi melepaskan dua bot yang ditahan.

Perbuatan tersebut dilakukan di Restoran Melting Pot, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

MUSANG BERBULU AYAM DALAM PDRM PERLU DIHAPUSKAN SEGERA????


SPRM Sahkan Pegawai Tinggi Polis Bergelar 'Datuk' Beri Keterangan


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis mengesahkan seorang pegawai tinggi polis bergelar 'Datuk' telahpun memberi keterangan, dipercayai berhubung kes pengubahan wang haram RM6 juta.
Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafa Ali berkata, pegawai polisberkenaan memberi keterangan di Putrajaya, Selasa lepas.
"Sebenarnya pegawai polis yang kita panggil itu adalah untuk mengambil keterangan dia, rakam percakapan.
"Dia telah memberi kerjasama yang baik dan keterangan telah diambil. Tidak ada tangkapan dibuat," katanya ketika ditemui pada sidang media Panel Penilaian Operasi (PPO) di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di sini.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berkaitan kes itu serta dakwaan penemuan wang tunai di rumah pegawai polis berkenaan serta pegawai lain akan dipanggil untuk membantu siasatan.
Akhbar pada Khamis melaporkan pegawai tinggi itu dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan SPRM terhadap tiga pegawai polis berhubung kegiatan pengubahan wang haram RM6 juta.
Akhbar itu juga, pada November lepas, melaporkan bahawa tiga pegawai terbabit yang masing-masing berpangkat Deputi Superintenden, Asisten Superintenden serta Sarjan, ditahan berasingan dan ketika ditahan, SPRM turut menemui wang tunai lebih setengah juta, tiga jam tangan berjenama Rolex selain sejumlah barang kemas.
Siasatan awal suruhanjaya itu mendapati kegiatan pengubahan wang haram inimembabitkan nilai jutaan ringgit.
Dua daripada pegawai yang ditahan bertugas di Johor manakala seorang lagi di Seremban, Negeri Sembilan.
Seorang daripada mereka disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM1.7 juta manakala seorang lagi RM4.3 juta.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...