Translate

19/12/2013

Peperiksaan Radio Amatur - "RAE 2/2013


Peperiksaan Radio Amatur - RAE 2/2013 berlangsung pada hari ini 19/12/2013 di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu bagi kawasan Zon Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. 

Peperiksaan bermula jam 2.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang yang dihadiri lebih kurang 250 orang.


Namun begitu kehadiran rakan-rakan HAM dari ketiga-tiga buah negeri adalah amat membanggakan, bagi menceriakan suasana serta memberikan semangat kekitaan dari rakan-rakan.


Disamping itu juga penjualan berbagai-bagai peralatan radio telah diadakan diperkarangan UMT dengan harga yang sangat berpatutan.

Bagi mendapatkan gambaran selanjutnya sila KLIK DISINI

18/12/2013

PENCURI MAYAT


JAKARTA 15 Dis. - Misteri kes pencurian mayat di sebuah tanah perkuburan di Cilacap, Jawa Tengah terbongkar apabila polis menangkap suspek yang disyaki melakukan aktiviti itu, semalam.

Penangkapan Resi Rookiswana atau lebih dikenali sebagai Pamungkas meredakan keresahan masyarakat setempat selepas beberapa tanah kubur didapati diceroboh dan mayat pula dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Pelaku ditangkap di pinggir jalan di Cilacap Tengah awal pagi ini selepas polis mengawasi pergerakannya sejak malam Sabtu," kata jurucakap polis, Agus Puryadi kepada wartawan.

Kata Agus, suspek berusia 27 tahun itu merupakan seorang penjenayah dan terlibat dalam kes mencuri motosikal serta pernah dipenjarakan sebanyak dua kali sebelum ini.

Polis turut mendapati beberapa peralatan yang digunakan Pamungkas untuk menggali tanah kubur ketika dia ditahan.

DALANG PEROSAK ANAK BANGSA DITANGKAP

Tiga Pegawai KASTAM ditahan

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM14 juta dalam serbuan berasingan di KLIA dan Nilai pada 14 hingga 16 Disember.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, seramai 11 orang ditahan termasuk tiga pegawai kanan agensi penguatkuasa.
"Empat warga Nigeria, 1 warga India dan empat warga tempatan termasuk tiga pegawai dan anggota agensi penguatkuasa. 

"Selain dadah, kita juga merampas senjata api yang digunakan ahli sindiket," katanya.

Mohd Bakri berkata, sindiket antarabangsa ini beroperasi sejak setahun lalu dan menggunakan modus operandi tidak mengambil bagasi di KLIA sebaliknya menggunakan perkhidmatan penghantaran dipercayai bagi mengelakkan mereka ditahan pihak berkuasa.

17/12/2013

'Bayar tol lebih untuk masuk dalam traffic jam'


KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- Pergerakan Pemuda Umno hari ini meminta kerajaan supaya mengemukakan kajian terperinci kepada umum berkenaan kenaikan kadar tol lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata kajian merangkumi jumlah trafik, unjuran kenderaan masa hadapan dan keuntungan syarikat konsesi perlu diambil kira sebelum sebarang persetujuan kenaikan dicapai.

"Malah ada sesetengah lebuh raya yang kini bukan lagi dianggap sebagai laluan alternatif kepada pengguna malah menjadi kewajipan laluan harian mereka sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

"Dengan bahasa kasarnya 'bayar tol untuk masuk dalam traffic jam' dan kalau dinaikkan tambang akan mengundang kemarahan kepada pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita ketika mengulas isu itu.

JAKIM KAN ADA PEGAWAI PENGUATKUASA....KAN DAH LAMA UJUD KUMPULAN SYIAH ??

Jamil Khir Baharom

APABILA KDN ATAU POLIS MENYERAHKAN BUKTI KEPADA JAKIM, KENAPA PULAK BANYAK ALASAN....??? ATAU NAK TUNGGU SEHINGGA POLIS SYARIAH DITUBUHKAN ???

BANYAK CAKAP DARIPADA KERJA !!!!

PUTRAJAYA - Jabatan agama perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk melakukan pendakwaan terhadap pengikut fahaman Syiah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
  
Ini kerana katanya perkara sedemikian tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
 
Dakwaan hanya boleh dilakukan menerusi pengakuan individu itu sendiri selain memerlukan saksi bagi menguatkan pendakwaan, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pencegahan Jenayah Syariah, di sini hari ini.
 
Sehubungan itu, Jamil Khir meminta semua pihak agar tidak mengukur tindakan yang diambil oleh jabatan agama terhadap pengikut Syiah hanya bersandarkan bilangan kes yang diselesaikan.
 
"Jabatan agama sangat serius mengenai soal akidah ini.
  
"Di Selangor sahaja, mahkamah syariah menerima sejumlah 251 kes berkaitan fahaman Syiah bagi tempoh 2010 hingga 2013. Perkara ini mungkin tidak dihebahkan di media massa menyebabkan ramai yang tidak tahu mengenainya," katanya.
  
Beliau juga menegaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan agensi berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri dan polis bagi memerangi kegiatan Syiah di negara ini. - Bernama

16/12/2013

PENGUATKUASA JABATAN AGAMA ISLAM DIBUBARKAN GANTI POLIS SYARIAH ??

SEMUA TANGGUNGJAWAB HENDAK DIBEBANKAN KEPADA PIHAK POLIS. DS JAMIL KENA LAH FIKIR TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL OLEH PDRM.

KUALA LUMPUR 14 Dis. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyokong penubuhan sebuah pasukan polis khas yang mengendalikan hal berkaitan syariah.

Menurut beliau, dengan adanya pasukan itu maka tumpuan khusus dapat dilakukan terhadap tindakan-tindakan yang perlu diambil apabila membabitkan kes-kes berkaitan syariah.

"Saya berbincang dengan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung satu jawatankuasa berkaitan syariah. Kita amat mengalu-alukan langkah itu supaya nanti akan ada satu kelompok yang lebih memberikan tumpuan terhadap tindakan berkaitan syariah.

"Kita akan cuba melihat penubuhan itu secepat mungkin supaya lebih membantu majlis agama Islam (negeri-negeri) dalam melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Pelancaran Karnival Zakat, Sistem Talian Zakat (I-zakat) dan Pembayaran Zakat Syarikat-syarikat di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali.

Tambah Jamil Khir, perbincangan lanjut berhubung penubuhan pasukan polis khas tersebut akan dilakukan secepat mungkin bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Artikel penuh: KLIK SINI

MELAYU BANGSAT - KERANA ROTI KELUAR PARTI


INILAH DIA SEBENARNYA SIKAP ORANG MELAYU YANG MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. SIKAP BEGINILAH YANG PERLU DINYAHKAN DARIPADA PARTI BUAT SELAMA2NYA

KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu sebenarnya tidak lebih daripada 40 orang.

Mereka dikatakan daripada Cawangan Umno Tanah Putih Baru, di sini.

15/12/2013

TAHUN 2014 ADALAH TAHUN MENCABAR UNTUK RAKYAT


MINYAK NAIK, TOL PUN NAIK.  LAGI APA YANG NAK NAIK KITA TUNGGU SAJA !!!!!!


KUALA LUMPUR: Kenaikan kadar tol yang dijangka berlaku tahun hadapan tidak dapat dielakkan memandangkan perkara itu terkandung dalam perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata telah tiba masanya untuk kadar tol dinaikkan, memandangkan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011.
"Bagaimanapun kadar itu tidak dinaikkan dan kerajaan membelanjakan RM400 juta untuk membayar pampasan untuk mengekalkan kadar sedia ada, yang boleh digunakan untuk perkara lain.
"Telah tiba masanya untuk mengotakan perjanjan yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah pertandingan mewarna dan melukis sambutan ulang tahun ke-50 Bangunan Parlimen di dataran Parlimen di sini, Sabtu.
Abdul Wahid juga memberitahu kenaikan itu pada tahun hadapan, dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan secara mendadak yang lebih membebankan rakyat, apabila masa untuk menyemak semula kadar baharu tiba.

13/12/2013

CAWANGAN KHAS PDRM MAMPU MENANGANI ISU SYIAH

Cadangan tubuh pasukan “Polis Syariah” diperhalusi, kata Zahid Hamidi

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bagi membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata cadangan itu antara lain akan membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Untuk itu, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
"Ada cadangan daripada sebuah NGO (badan bukan kerajaan) untuk tubuhkan pasukan polis Syariah, banteras ajaran sesat. Ini akan dibincangkan dengan terperinci.  

MAT SABU KANTOI !!!!

KDN kemuka 10 bukti Mat Sabu terlibat Syiah

PUTRAJAYA 12 Dis. - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengemukakan 10 bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan fahaman Syiah.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang akhbar khas hari ini berkata, antaranya Mat Sabu pernah menggesa umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Ayatollah Khomeini melalui tulisannya bertajuk `Teladan pemerintahan Nabi Yusuf, Khomeini' dalam ruangan Fikrah akhbar Harakah keluaran 15 Julai 2008.

Pemimpin Pas itu juga menyatakan kekagumannya terhadap kepimpinan dan perjuangan Khomeini yang banyak mencorakkan pemikirannya dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden Pas pada 13 Jun 2011. - UTUSAN ONLINE.

Maklumat lanjut mengenai perkara berkaitan sila KLIK DISINI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...