JAKARTA 15 Dis. - Misteri kes pencurian mayat di sebuah tanah perkuburan di Cilacap, Jawa Tengah terbongkar apabila polis menangkap suspek yang disyaki melakukan aktiviti itu, semalam.
Penangkapan Resi Rookiswana atau lebih dikenali sebagai Pamungkas meredakan keresahan masyarakat setempat selepas beberapa tanah kubur didapati diceroboh dan mayat pula dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Pelaku ditangkap di pinggir jalan di Cilacap Tengah awal pagi ini selepas polis mengawasi pergerakannya sejak malam Sabtu," kata jurucakap polis, Agus Puryadi kepada wartawan.
Kata Agus, suspek berusia 27 tahun itu merupakan seorang penjenayah dan terlibat dalam kes mencuri motosikal serta pernah dipenjarakan sebanyak dua kali sebelum ini.
Polis turut mendapati beberapa peralatan yang digunakan Pamungkas untuk menggali tanah kubur ketika dia ditahan.