Translate

02/12/2013

KES PEMBUNUHAN MENYAYAT HATI

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

Polis: Kematian 3 beradik bukan tragedi biasa

ALOR SETAR - Misteri kehilangan tiga beradik sejak Jumaat lalu, terjawab apabila kesemua mereka ditemui meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati di dua lokasi berasingan.

Noor Syafikah Nadia, 14, ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang berhampiran kawasan bendang di Kampung Alor Senibong, Langgar, semalam.

Manakala dua adiknya Nur Izzati Husna, 12, dan Putri Nurul Akmal, 3, ditemui kira-kira jam 3 petang, hari ini dalam keadaan terapung dalam tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, dekat sini.

Dalam kejadian berkenaan, Noor Syafikah, anak sulung kepada pasangan Rusdi Rani, 38, dan Siti Aishah Ariffin, 40, keluar rumah bersama dua adiknya di Jalan Datuk Kumbar, di sini, kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu.

Tiga beradik itu ke rumah seorang kawannya yang terletak di Kampung Gelam kira-kira 15 minit dari rumah mereka.

Bagaimanapun mereka tidak pulang ke rumah walaupun sudah lewat malam membuatkan pasangan berkenaan membuat laporan polis berhubung kehilangan anak mereka di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 pagi, Sabtu.

Pencarian mereka membawa kepada penemuan motosikal yang dinaiki ketiga-tiga mangsa berada dalam keadaan baik di pondok menunggu bas dalam keadaan berkunci.

Penemuan mayat Noor Syafikah terus menimbulkan keresahan keluarga kerana dua adiknya lagi masih gagal dikesan.

Bagaimanapun selepas kira-kira sejam selepas jenazah Noor Syafikah dikebumikan, hari ini, keluarga terbabit dikejutkan dengan penemuan mayat dua lagi anak mereka yang merungkai kehilangan tiga beradik itu.

Sementara itu, Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim menyifatkan kejadian berkenaan bukanlah tragedi biasa.

Untuk berita selanjutnya sila KLIK DISINI

01/12/2013

KUCING KURAP JEFF OOI PATUT DIAJAR !!!

Kucing Kurap Jeff Ooi Mohon Maaf Secara Terbuka kerana KARPAL SINGH ???

GEORGE TOWN: Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi Chuan Aun pada Ahad membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menggunakan gelaran 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 16 November lepas.
Beliau membuat permohonan maaf itu pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang yang berlangsung di sini setelah digesa berbuat demikian oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh semasa menyampaikan ucapan pada konvensyen itu.
Sejurus selepas Karpal Singh selesai berucap, Ooi tiba-tiba berdiri dan berkata beliau dengan ikhlas membuat permohonan maaf kerana telah melukakan hati beberapa pihak.
"Saya akan ikut apa sahaja yang diminta Karpal Singh, 'the Lead Tiger said dan the Little Tiger will follow" (Bapak Harimau suruh, Anak Harimau ikut sajalah)," katanya.
Ooi kemudiannya bersalaman dengan Karpal Singh dan disambut dengan tepukan dan sorakan daripada 659 perwakilan yang hadir pada konvensyen bertemakan 'Terus Meneraju, Mendakap Masa Depan' itu.
Pada 24 November lepas, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada beberapa pegawai MPPP pada 16 November atas alasan kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.
"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')... kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," kata Ooi.
Terdahulu, Karpal Singh dalam ucapannya telah menggesa Ooi membuat permohonan maaf kerana gelaran 'kucing kurap' merupakan satu penghinaan.
"Kucing kurap itu suatu penghinaan, apa maknanya...seorang insan yang tidak berguna, saya rasa itu yang dimaksudkannya, mesti hormat dan tiada sesiapa pun yang boleh dipandang rendah," katanya. - BERNAMA

KHALID JANGAN LUPA PULAK ELAUN PENASIHAT PKR ????

Khalid Akan Buat Kenyataan Bersama Anwar
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan kenyataan rasmi bersama mengenai isu kenaikan gaji melampau speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri itu.
"Kita (beliau dan Anwar) sama-sama buat kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perkahwinan perdana Belia Peringkat Negeri Selangor 2013 di sini, Sabtu, apabila diminta mengulas mengenai kritikan pelbagai pihak mengenai kenaikan gaji itu.
Pada Khamis lepas Abdul Khalid mengumumkan kenaikan gaji dan elaun antara 87 peratus hingga 373.3 peratus bagi menteri besar, exco, speaker, timbalan speaker dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor berkuat kuasa 1 Januari depan.
Pindaan gaji kali terakhir dilakukan pada 2011.
Abdul Khalid dalam halaman tweeternya pada Jumaat turut berkata kenyataan bersamanya dengan Anwar mengenai isu gaji wakil rakyat Selangor akan dikeluarkan dalam masa terdekat. - BERNAMA

PULAU BATU PUTIH ADALAH HAK MUTLAK MALAYSIA

Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil baru bagi membincangkan penandaan sempadan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin - kelompok batu yang muncul di laut kedua-dua negara.
Ini dipersetujui pada Mesyuarat ketujuh Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) berhubung pelaksanaan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Putih, Terumbu Karang Tengah, dan Terumbu Karang Selatin, di Singapura selama dua hari mulai Khamis.
Perkara ini terkandung dalam kenyataan bersama oleh Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Singapura, K. Shanmugam, yang dikeluarkan di sini Sabtu.

26/11/2013

SaveMe999 Untuk Liputan Seluruh Negara Ganti Aplikasi MyDistress


KUALA LUMPUR: Butang panik aplikasi telefon pintar MyDistress untuk penduduk Selangor akan digantikan dengan SaveMe999 bagi liputan di seluruh negara, kata Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkfli Abdullah pada Isnin.
SaveMe999, yang dilancarkan pada 9 September pada masa ini dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) sahaja dan pengguna perlu mendaftar dengan nombor pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka.
MyDistress, yang dilancarkan pada Ogos 2011, merupakan satu aplikasi mudah alih yang menghantar isyarat kecemasan kepada polis apabila pengguna mengaktifkannya.
Sementara itu, polis memberi tempoh sebulan, bermula Isnin, bagi pemilik senjata tiruan yang tidak berlesen, termasuk untuk sukan paintball, supaya tampil ke ibu pejabat polis daerah terdekat.
"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati memiliki senjata berkenaan selepas tempoh yang diberikan ini," kata Zulkfli.

MENTADBIR NEGERI PUN TAK MAMPU, APATAH LAGI NEGARA ????


Perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.
"Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa PAS dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya," katanya.
Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.
"Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya," katanya.
KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...