Translate

26/11/2013

SaveMe999 Untuk Liputan Seluruh Negara Ganti Aplikasi MyDistress


KUALA LUMPUR: Butang panik aplikasi telefon pintar MyDistress untuk penduduk Selangor akan digantikan dengan SaveMe999 bagi liputan di seluruh negara, kata Pengarah Logistik Bukit Aman, Datuk Zulkfli Abdullah pada Isnin.
SaveMe999, yang dilancarkan pada 9 September pada masa ini dikhaskan untuk orang kurang upaya (OKU) sahaja dan pengguna perlu mendaftar dengan nombor pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mereka.
MyDistress, yang dilancarkan pada Ogos 2011, merupakan satu aplikasi mudah alih yang menghantar isyarat kecemasan kepada polis apabila pengguna mengaktifkannya.
Sementara itu, polis memberi tempoh sebulan, bermula Isnin, bagi pemilik senjata tiruan yang tidak berlesen, termasuk untuk sukan paintball, supaya tampil ke ibu pejabat polis daerah terdekat.
"Tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati memiliki senjata berkenaan selepas tempoh yang diberikan ini," kata Zulkfli.

MENTADBIR NEGERI PUN TAK MAMPU, APATAH LAGI NEGARA ????


Perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu PAS mengakui kejayaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjalankan proses pilihan raya dengan telus dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) lalu.
Ketika ditemui di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini, Shahidan memberitahu Bernama, pada muktamar PAS yang berakhir semalam, walaupun jumlah perwakilan yang layak mengundi hanya 1,139 orang, Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS telah melakukan kesilapan apabila terdapat nama calon yang tercicir daripada kertas undi.
"Akibat daripada itu, proses pengundian ahli jawatankuasa PAS dihentikan serta-merta dan ditunda pada hari seterusnya," katanya.
Menurut Shahidan lagi, pihak pembangkang yang begitu lantang menuduh SPR melakukan penipuan gagal membuktikan mereka boleh menjalankan proses pemilihan dengan lebih telus tanpa sebarang masalah.
"Kini mereka tahu sebenarnya kerja SPR bukan mudah dan dengan lebih 13 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi pada PRU13 yang lalu, saya puji kejayaan SPR yang telah menjalankan tugas mereka dengan jayanya," katanya.
KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

25/11/2013

KETELUSAN KETUA PENGARAH IMGIRESEN PERLU DICONTOHI

jim_tangkap.jpg

SPRM Sahkan Siasat Kemasukan Pekerja Asing Tidak Ikut Prosedur

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa pihak Suruhanjaya ini telah menjalankan siasatan berhubung  isu kemasukan pekerja asing tanpa mengikut prosedur yang betul, sepertimana dakwaan yang dilaporkan di media.

Untuk makluman pihak SPRM telah menjalankan pemerhatian dan Pemantauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) sejak enam (6) bulan lalu. 
 

Pemerhatian dan pemantauan ini dibuat berdasarkan maklumat yang disalurkan sediri oleh Ketua Pengarah  Imigresen Malaysia, Dato’ Alias Hj Ahmad.

Maklumat tersebut disalurkan berikutan pihaknya  banyak  menerima aduan mengenai kemasukan pekerja asing tanpa melalui prosedur yang sepatutnya daripada orang awam.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen telah memohon bantuan dan kerjasama SPRM  bagi menyiasat perkara ini.

Siasatan telah pun selesai dan sedang dikemaskinikan. Ketua Pengarah Imigresen telahdimaklumkan status siasatan tersebut pada hari ini.

Sehubungan itu, SPRM  ingin mengucapkan terima kasih dan menghargai kerjasama yang diberikan oleh  Ketua Pengarah Imgiresen terhadap isu serius ini.

Dalam satu operasi yang di jalankan kira-kira jam 2.30 petang tadi, seramai enam (6) individu telah ditahan. Dua daripadanya merupakan agen pekerja asing warga Indonesia manakala empat lagi adalah pegawai imigresen. Kesemua mereka  bagi membantu siasatan.

SPRM memandang serius kes kemasukan pekerja asing yang tidak mengikut prosedur dan saluran yang betul kerana ia memberi kesan yang besar kepada isu keselamatan negara.

Sumber:portal SPRM

PADAN MUKA KURANG AJAR SANGAT !!!!

Kucing kurap: Kakitangan MPPP 'serang' Jeff Ooi di pasar

PULAU PINANG 24 Nov. - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang sedang melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.

Mohd. Rofi Osman, 58, dengan lantang mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.

Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ. - UTUSAN ONLINE

23/11/2013

Masjid Dilanda Taufan Haiyan



Orang terkuat dunia di Dataran Merdeka

Orang terkuat dunia di Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi yang pertama di Asia, terpilih sebagai tuan rumah Liga Juara-Juara Orang Terkuat Dunia (SCL) 2013.

Pertandingan yang akan berlangsung esok dan Ahad ini bakal menyaksikan pertarungan akhir 10 lelaki terkuat dunia setelah melalui 15 sirkuit pertandingan di negara-negara terkemuka dunia sepanjang tahun ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal berkata, menjadi satu kebanggaan buat warga kota kerana menjadi lokasi kemuncak acara sukan bertaraf dunia dan bakal menyaksikan pertabalan orang paling kuat dunia pada ta hun ini.

“Menerusi acara yang bakal dipancarkan secara langsung di 48 saluran televisyen seluruh dunia ini, secara tidak langsung, ia dapat mempromosikan Kuala Lumpur di mata dunia seiring dengan Program Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya pada sidang media SCL.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SCL Malaysia, Dr Sabina Topcic dan Pengarah SCL Malaysia, Enis Arnaut.

SCL 2013 berlangsung di Dataran Merdeka anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dan Strongman Champions League (SCL) Malaysia, manakala penyiar rasmi pertandingan ini adalah Eurosports dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pertandingan akhir itu juga menyaksikan kehadiran juara bertahan dari Lithuania, Zydrunas Savickas yang bertanding dalam lapan disiplin acara termasuk menarik treler, mengangkat kereta, melantun tayar seberat 400 kilogram dan mengangkat balak.

Bekas Penolong Pengarah MPSJ Dijel 60 Tahun Denda RM1.28 Juta

penjara_60tahun.jpg

SHAH ALAM, 12 November – Bekas Penolong Pengarah Jabatan Khidmat Masyarakat, Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Ahmad Faizal Azhar dihukum penjara 60 tahun dan denda RM1,280,600 kerana membuat tuntutan palsu pembekalan papan tanda dan tong sampah tiga tahun lalu.

Ahmad Faizal, 41, didapati bersalah terhadap 15 tuduhan yang dikenakan di bawah  Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Selain hukuman itu, Hakim Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Asmadi  Hussin juga menetapkan Ahmad Faizal perlu menjalani hukuman penjara tambahan selama 15 tahun bagi setiap pertuduhan sekiranya gagal membayar denda RM1,280,600.

Hukuman berjalan serentak mulai hari ini.

Tuduhan pertama: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM80,000

Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan tong sampah Zon Bersih ukuran 580(W) X 740 (D) sebanyak 80 unit Zon Bersih JKP 5 bernilai RM16,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun Mohd Basar selaku Pengarah Perancangan Korporat MPSJ melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121350 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 03221

Tuduhan kedua: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000

Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak 6 unit dan papan tanda kecil sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121353 yang mengandungi inbois perniagaan RG No. 32863

Tuduhan ketiga: Hukuman 4 tahun penjara dan denda RM90,000

Ahmad Faizal memalsukan butir matan mengenai pembekalan papan tanda besar sebanyak enam unit dan papan tanda kecil sebanyak 6 unit bagi Zon Bersih JKP Zon 5 bernilai RM18,000 yang sebenarnya pembekalan papan tanda itu tidak dilakukan. Kesalahan tersebut dilakukan pada bulan Januari 2011 di pejabat MPSJ dengan memperdayakan Hamizun melalui satu inbois Pesanan kerajaan (L.O) MPSJ No. 2010121345 yang mengandungi inbois Md Yazid bin Mian, No.20198

KLIK DISINI untuk artikel selanjutnya

Bekas presiden parti di Sabah dipenjara 30 bulan


KOTA KINABALU - Seorang bekas ahli politik Sabah dikenakan hukuman penjara berjumlah 30 bulan dan denda RM2.75 juta oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua tuduhan mengamalkan rasuah, lima tahun lepas.

Hakim Dean Wayne Daly menjatuhkan hukuman ke atas bekas presiden Parti Setia Sabah, Suaidin @ Suhaidin Langkab @ Langab, 63, selepas pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Bagi pertuduhan pertama, Suaidin dikenakan hukuman penjara 18 bulan dan denda RM2 juta atau setahun penjara kerana meminta suapan sebanyak RM400,000 daripada Chew Ai Wah sebagai dorongan kononnya sebagai bayaran kepada pegawai di Jabatan Tanah dan Ukur (JTU).

Bayaran tersebut didakwa adalah bagi mengurus proses pengeluaran geran untuk Lot Tanah PT 80231840-PT80231842 and PT 80231849-PT80231852 dalam daerah Pitas, Sabah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di Hotel Tang Dynasty di sini pada pukul 9.30 malam, 28 Ogos, 2008.

Bagi pertuduhan kedua, dia dikenakan hukuman senjara 12 bulan dan denda RM750,000 atau 10 bulan penjara kerana menerima suapan sebanyak RM150,000 daripada Chew untuk tujuan sama di Restoran Penyu, Hotel Nexus Karambunai Resort, dekat sini, pada pukul 9 malam, 19 Sept, 2008.

Mahkamah memerintah hukuman penjara itu berjalan serentak iaitu hukuman yang lebih berat, 18 bulan penjara.

Dalam penghakimannya, Daly berkata berdasarkan keterangan, alasan pihak pembelaan bahawa wang itu adalah wang cengkeram tidak dapat diterima serta kesalahan itu adalah serius dan boleh memberi imej buruk kepada JTU.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...