Translate

10/11/2013

LESEN BESAR : Warga Bangladesh maut lori dipandu terbabas

Gambar hiasan
MACAM MANA WARGA BANGLADESH DIBENARKAN MEMANDU M/LORI ???

JEMPOL 9 Nov. - Seorang pemandu lori warga Bangladesh maut manakala kelindannya cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbalik dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di simpang Lui Selatan malam tadi.

Kemalangan pukul 8.45 malam di Kilometer 30, Jalan Bahau-Kemayan itu menyebabkan Md. Taizuddin Khan, 41, maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah di badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Tukiman Seriman berkata, kelindan lori itu merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Jempol.

Katanya, kemalangan berlaku apabila lori dipandu mangsa dari arah Kemayan dipercayai cuba memotong sebuah lori.

"Selepas memotong kenderaan itu mangsa cuba masuk ke laluan asal namun bahagian belekang kenderaannya bergesel dengan lori dipotongnya lalu terbabas ke bahu jalan kiri dan hilang kawalan.

"Lori itu kemudian terbalik dan masuk ke laluan bertentangan. Ketika itu muncul sebuah lori lain dan bertembung dengan lori mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS KE ATAS TASKA ATAU SEKOLAH PONDOK HARAM

Gambar hiasan
Sebelum perkara-perkara yang lebih buruk berlaku, kerajaan perlu bertindak tegas keatas TASKA serta SEKOLAH PONDOK HARAM yang membiak tanpa dikawal di negara kita.

Samalah juga seperti 'OPS CANTAS KHAS' yang dilaksanakan oleh PDRM bagi membendung kegiatan jenayah kekerasan yang membiak begitu cepat. Namun dapat diatasi dengan jayanya.

TASKA serta SEKOLAH PONDOK HARAM jika tidak dikawal akan membawa padah kepada negara dimasa depan. Bidang pendidikan yang diajar disekolah-sekolah tersebut tidak mengikut piawaian yang ditetapkan.  Berkemungkinan juga  didikan yang diajar adalah semata-mata untuk memburuk-burukkan pemerintah serta menanam sikap tidak puas hati kepada kerajaan.

BERTINDAK LAH SEGERA SEBELUM TERLAMBAT. 

Punca lepasan Al-Azhar jadi fanatik.

Fanatik, progresif atau aktif seseorang individu itu adalah bergantung kepada latar belakang keluarga, pendidikan dan pendedahan. Apabila ditinjau dan dikaji kedudukan dan sistem yang dilaksanakan oleh sekolah-sekolah agama rakyat, maka setiap individu akan memahami faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar dari sekolah tersebut berfikiran sempit dan kurang mampu untuk memahami perubahan masa dan proses globalisasi yang boleh menghilangkan identiti agama dan umat Islam.


09/11/2013

KHAIRY TIDAK BERMINAT DENGAN JAWATAN MENTERI BELIA DAN SUKAN ??

Khairy berdendam?

Bekas kapten negara hairan gelagat menteri berterusan hentam wibawa FAM
Kuantan: Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang berterusan menghentam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) secara terbuka di media termasuk menyifatkan badan induk itu masih berada di zaman purba dibidas Datuk Jamal Nasir Ismail semalam. 

Jamal berkata, sebagai bekas kapten skuad kebangsaan dan ahli jawatankuasa FAM sebelum ini, hatinya terguris apabila ada pihak, apa lagi menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan negara, mengkritik secara melulu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam badan induk itu. 

“Saya tidak faham kenapa Khairy sejak akhir-akhir ini terlalu nampak kelemahan FAM sedangkan sebelum ini ketika beliau menjadi timbalan presiden FAM selama tiga tahun (2007-2010), masalah ini tidak timbul.

KLIK DISINI untuk pautan selanjutnya.

08/11/2013

APMM ada Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah !!!

Organisasi yang begitu lengkap perlu mempertingkatkan lagi keberkesanannya dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan, terutamanya kes-kes penyeludupan, pencerobohan nelayan warga asing dan lain2 kesalahan yang melibatkan keselamatan diperairan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Operasi rondaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sentiasa dipertingkat bagi mengesan kegiatan jenayah maritim termasuk penggunaan lesen pengusaha bot nelayan tempatan oleh nelayan asing.
Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Datuk Zulkifili Abu Bakar berkata, tumpuan turut diberikan terhadap kegiatan penggunaan pukat tunda ganding oleh nelayan asing sehingga merosakkan hidupan laut. 
"Penggunaan lesen pengusaha bot nelayan tempatan yang digunakan oleh nelayan asing merupakan satu kesalahan dan perlu dibanteras, begitu juga dengan penggunaan pukat tunda ganding (diharamkan di Malaysia). 

"Kita lakukan pemeriksaan di laut sama ada kapal-kapal kita disewa atau dipajak (kepada nelayan asing)," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

07/11/2013

TINDAKAN KM MELAKA PERLU DICONTOHI OLEH KERAJAAN NEGERI LAIN

Melaka kaji semula syarat milikan harta warga asing

MELAKA: Kerajaan Melaka akan mengkaji semula syarat pemilikan harta bagi warga asing di negeri ini dalam usaha menambah pemilikan harta di kalangan warga tempatan terutama anak Melaka. 

Mengumumkan demikian hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata cadangan utama yang akan dilihat dalam kajian semula itu ialah menaikkan nilai harta yang dibenarkan untuk dimiliki warga asing daripada lebih RM250,000 pada masa sekarang kepada lebih RM500,000. 

Katanya, syarat pemilikan harta yang akan dinilai semula itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pertanian seperti tanah dengan luas melebihi 1.6 hektar, perindustrian seperti kilang dan perumahan. 

"Sekiranya kita lihat tukaran wang asing RM250,000 itu kira-kira SGD97,000 sahaja agak murah bagi rakyat Singapura hartanah dengan harga begitu...jadi ramai warga Singapura beli rumah di Melaka...sampai harga jadi meningkat dan orang Melaka susah beli rumah. 

"Melaka tidak menghalang warga asing memiliki harta malah menggalakkan mereka supaya pelaburan asing sentiasa bertambah...kita lakukan ini supaya lebih ramai orang tempatan khususnya (rakyat) Melaka memiliki harta di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. 

Jussteru, Idris berkata kajian semula itu akan dilakukan dengan teliti supaya syarat yang akan ditetapkan nanti tidak menghalang malah menggalakan pelaburan asing ke negeri ini - BERNAMA

Laporan Siasatan Salah Laku Penjawat Awam Perlu Didedah Kepada Umum

KUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata perkara itu perlubagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selainmemastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiadakemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggappengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh KetuaSetiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakantegas terhadap salah laku penjawat awam.
Membahaskan rang undang-undang sama, William @ Nyallau Anak Badak (BN-LubokAntu) pula membangkitkan isu pelancongan dengan mencadangkan agar usahameningkatkan sektor pelancongan di Sarawak dipergiat sempena dengan TahunMelawat Malaysia 2014.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan disaran mengadakan program khasmembantu penduduk rumah panjang untuk mengendalikan inap desa.
Katanya program itu bukan sahaja dapat menjadi satu tarikan pelancong untukmengenali budaya masyarakat setempat dengan lebih dekat tetapi juga mampumembantu penduduk kampung menjana pendapatan yang lebih baik.
Beliau turut mencadangkan supaya Taman Negara Batang Ai di Lubok Antudibangunkan dengan membina lebih banyak kemudahan rekreasi dan infrastrukturmemandangkan kawasan itu merupakan habitat orang utan dan mampu menarikpelancong.
Bersetuju dengan pandangan William, Masir Anak Kujat (BN-Sri Aman) pulamencadangkan kepada kerajaan supaya Pesta Gawai Dayak atau Pesta Menuai Padi dinegeri itu dipromosi secara besar-besaran di peringkat kebangsaan danantarabangsa. Persidangan bersambung pada Khamis. - BERNAMA

06/11/2013

Hina Allah, Nabi: MJMM buat laporan polis

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Pengerusinya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai Adlin Abd. Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 10 pagi ini.

"Saya meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat perkara ini dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu itu.

"Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap individu itu kerana kenyataannya dalam laman sosial FB itu mengundang kemarahan seluruh umat Islam," katanya selepas membuat laporan itu bersama-sama 21 anggota MJMM.

Pemilik akaun itu memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Muhammad serta logo halal JAKIM pada 3 September lepas. - BERNAMA

05/11/2013

‘saham akhirat’ ustaz dari Kemboja membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan LEBUR

Foto
Shah Alam: Niat tegar sekumpulan individu berstatus jutawan dan hartawan memperoleh ‘saham akhirat’ dengan menyalurkan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000 kepada seorang ustaz dari Kemboja bagi membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan, berakhir duka apabila diperdaya lelaki terbabit sejak lima tahun lalu.
Wajah sebenar ustaz berkopiah yang berpenampilan warak itu terbongkar apabila dia dikesan menyalahgunakan sumbangan termasuk wang tunai yang diberikan untuk kepentingan diri termasuk membina banglo miliknya di negara berkenaan.
“Kami yang mengharapkan ‘saham akhirat’ dengan memberikan sumbangan sejak lima tahun lalu juga boleh dianggap ‘terkantoi’ kerana terlalu meletakkan kepercayaan kepada ustaz terbabit bagi menguruskan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000.”

Itu antara luahan seorang daripada lima individu berstatus jutawan dan hartawan, yang ditipu ‘hidup-hidup’ oleh ustaz terbabit yang berubah sikap sejak tiga tahun lalu yang dipercayai berjaya mengumpulkan pelbagai kekayaan hasil penipuan.

Daripada sumbangan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian sehingga membina semula sebuah sekolah agama, ustaz terbabit turut menerima sekitar RM1,200 setahun daripada seorang penyumbang di Malaysia sebagai upah mengajar kanak-kanak di Kampung Cham, Kemboja sejak 2011.

04/11/2013

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH TOK GAJAH


Tok Gajah Tamat Kemarau 21 Tahun, Muncul Juara Piala Malaysia 2013

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) -- Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...