Translate

07/11/2013

TINDAKAN KM MELAKA PERLU DICONTOHI OLEH KERAJAAN NEGERI LAIN

Melaka kaji semula syarat milikan harta warga asing

MELAKA: Kerajaan Melaka akan mengkaji semula syarat pemilikan harta bagi warga asing di negeri ini dalam usaha menambah pemilikan harta di kalangan warga tempatan terutama anak Melaka. 

Mengumumkan demikian hari ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata cadangan utama yang akan dilihat dalam kajian semula itu ialah menaikkan nilai harta yang dibenarkan untuk dimiliki warga asing daripada lebih RM250,000 pada masa sekarang kepada lebih RM500,000. 

Katanya, syarat pemilikan harta yang akan dinilai semula itu melibatkan pelbagai sektor antaranya pertanian seperti tanah dengan luas melebihi 1.6 hektar, perindustrian seperti kilang dan perumahan. 

"Sekiranya kita lihat tukaran wang asing RM250,000 itu kira-kira SGD97,000 sahaja agak murah bagi rakyat Singapura hartanah dengan harga begitu...jadi ramai warga Singapura beli rumah di Melaka...sampai harga jadi meningkat dan orang Melaka susah beli rumah. 

"Melaka tidak menghalang warga asing memiliki harta malah menggalakkan mereka supaya pelaburan asing sentiasa bertambah...kita lakukan ini supaya lebih ramai orang tempatan khususnya (rakyat) Melaka memiliki harta di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini. 

Jussteru, Idris berkata kajian semula itu akan dilakukan dengan teliti supaya syarat yang akan ditetapkan nanti tidak menghalang malah menggalakan pelaburan asing ke negeri ini - BERNAMA

Laporan Siasatan Salah Laku Penjawat Awam Perlu Didedah Kepada Umum

KUALA LUMPUR: Seorang anggota parlimen mencadangkan agar laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.
Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata perkara itu perlubagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selainmemastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiadakemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggappengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undangPerbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini, Rabu.
Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri NajibTun Razak berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh KetuaSetiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakantegas terhadap salah laku penjawat awam.
Membahaskan rang undang-undang sama, William @ Nyallau Anak Badak (BN-LubokAntu) pula membangkitkan isu pelancongan dengan mencadangkan agar usahameningkatkan sektor pelancongan di Sarawak dipergiat sempena dengan TahunMelawat Malaysia 2014.
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan disaran mengadakan program khasmembantu penduduk rumah panjang untuk mengendalikan inap desa.
Katanya program itu bukan sahaja dapat menjadi satu tarikan pelancong untukmengenali budaya masyarakat setempat dengan lebih dekat tetapi juga mampumembantu penduduk kampung menjana pendapatan yang lebih baik.
Beliau turut mencadangkan supaya Taman Negara Batang Ai di Lubok Antudibangunkan dengan membina lebih banyak kemudahan rekreasi dan infrastrukturmemandangkan kawasan itu merupakan habitat orang utan dan mampu menarikpelancong.
Bersetuju dengan pandangan William, Masir Anak Kujat (BN-Sri Aman) pulamencadangkan kepada kerajaan supaya Pesta Gawai Dayak atau Pesta Menuai Padi dinegeri itu dipromosi secara besar-besaran di peringkat kebangsaan danantarabangsa. Persidangan bersambung pada Khamis. - BERNAMA

06/11/2013

Hina Allah, Nabi: MJMM buat laporan polis

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan seorang pemilik akaun laman sosial Facebook (FB) yang didakwa menghina Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.

Pengerusinya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat terhadap pemilik akaun yang dikenali sebagai Adlin Abd. Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 10 pagi ini.

"Saya meminta pihak polis, pihak berkuasa sama ada Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melihat perkara ini dan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap individu itu.

"Kerajaan perlu ambil tindakan tegas terhadap individu itu kerana kenyataannya dalam laman sosial FB itu mengundang kemarahan seluruh umat Islam," katanya selepas membuat laporan itu bersama-sama 21 anggota MJMM.

Pemilik akaun itu memaparkan gambar babi panggang dengan tertera nama Allah dan Muhammad serta logo halal JAKIM pada 3 September lepas. - BERNAMA

05/11/2013

‘saham akhirat’ ustaz dari Kemboja membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan LEBUR

Foto
Shah Alam: Niat tegar sekumpulan individu berstatus jutawan dan hartawan memperoleh ‘saham akhirat’ dengan menyalurkan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000 kepada seorang ustaz dari Kemboja bagi membantu masyarakat Islam miskin di negara berkenaan, berakhir duka apabila diperdaya lelaki terbabit sejak lima tahun lalu.
Wajah sebenar ustaz berkopiah yang berpenampilan warak itu terbongkar apabila dia dikesan menyalahgunakan sumbangan termasuk wang tunai yang diberikan untuk kepentingan diri termasuk membina banglo miliknya di negara berkenaan.
“Kami yang mengharapkan ‘saham akhirat’ dengan memberikan sumbangan sejak lima tahun lalu juga boleh dianggap ‘terkantoi’ kerana terlalu meletakkan kepercayaan kepada ustaz terbabit bagi menguruskan pelbagai sumbangan bernilai lebih RM500,000.”

Itu antara luahan seorang daripada lima individu berstatus jutawan dan hartawan, yang ditipu ‘hidup-hidup’ oleh ustaz terbabit yang berubah sikap sejak tiga tahun lalu yang dipercayai berjaya mengumpulkan pelbagai kekayaan hasil penipuan.

Daripada sumbangan berbentuk wang ringgit, barangan keperluan harian sehingga membina semula sebuah sekolah agama, ustaz terbabit turut menerima sekitar RM1,200 setahun daripada seorang penyumbang di Malaysia sebagai upah mengajar kanak-kanak di Kampung Cham, Kemboja sejak 2011.

04/11/2013

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH TOK GAJAH


Tok Gajah Tamat Kemarau 21 Tahun, Muncul Juara Piala Malaysia 2013

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) -- Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

03/11/2013

TAHNIAH POLIS MERIN: TINDAKAN LEBIH TEGAS MEMBENTERAS SALAH GUNA LESEN BOT TEMPATAN


TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PASUKAN POLIS MERIN KEATAS PENGUSAHA BOT NELAYAN TEMPATAN MENYALAHGUNA LESEN DENGAN MEMAJAKNYA KEPADA NELAYAN ASING, PERLU DITERUSKAN.

SELAIN DARIPADA TINDAKAN DIAMBIL KE ATAS PERMIT LAUT DALAM YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERIKANAN DIMONOPOLI OLEH GOLONGAN VVIP DAN INDIVIDU BERPENGARUH KERANA 'WANG'

KUANTAN 1 Nov. - Tangkapan beberapa individu yang merasuah anggota penguat kuasa tidak mampu menyelesaikan masalah nelayan di negara ini jika masih ramai pengusaha bot nelayan tempatan menyalahgunakan lesen dimiliki dengan memajaknya kepada nelayan asing.

Nelayan turut mendakwa lesen atau permit laut dalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dimonopoli oleh golongan kenamaan (VVIP) dan individu berpengaruh menyebabkan nelayan asing yang menyewa bot daripada mereka ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan.

Amalan menyalahgunakan lesen itu memberi keuntungan lumayan kepada pemilik lesen bot tempatan kerana mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah RM50,000 sebulan apabila nelayan asing membayar RM5,000 bagi setiap bot yang dipajak tanpa perlu mereka menyediakan bot, menggaji pekerja dan bersusah-payah turun menangkap ikan ke laut.

02/11/2013

KEGIATAN PENIPUAN STESEN MINYAK TERBONGKAR

Stesen minyak kantoi menipu
KPDNKK PERLU MENGGERAKKAN PEGAWAINYA UNTUK MEMERIKSA KESELURUHAN STESEN MINYAK DISELURUH NEGARA BAGI MENENTUKAN KEGIATAN PENIPUAN KEPADA PENGGUNA DITANGANI SEGERA.

LESEN PERNIAGAAN PERLU DIBATALKAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI UJUD KEGIATAN PENIPUAN.

Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.
Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

01/11/2013

TAHNIAH SPRM - Bekas KP Imigresen kena 6 tahun

Bekas KP Imigresen  kena 6 tahun
Abdul Wahid dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM60,000.

Abdul Wahid didapati bersalah terima suapan RM60,000 

Kuala Lumpur: Dibebas dan dipenjarakan oleh hakim yang sama. Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dipenjara enam tahun dengan denda RM300,000 atau tambahan setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu. 

Hakim Rosbiahanin Ariffin, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh menerusi peguam belanya, Datuk V Sithambaran, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Wahid, 60, yang hadir dengan ditemani isterinya, kelihatan tenang sebaik Rosbiahanin membacakan keputusan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara mulai semalam. 

Terdahulu, hakim menolak permohonan Sithambaran, supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dan menangguhkan hukuman penjara, sementara menunggu rayuan. 

Rosbiahanin dalam penghakimannya, bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa keterangan pembelaan tertuduh adalah difikirkan kemudian dan bersifat rekaan serta penafian semata-mata. 

“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan berkenaan,” katanya. 

Wahid didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh. 

Kesalahan itu dilakukan di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, jam 10.15 malam pada 10 Julai 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. 

Pada 15 Oktober 2010, Rosbiahanin melepas dan membebaskan Wahid daripada tuduhan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan pihak pendakwaan selepas itu turut mengekalkan keputusan sama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...