Translate

04/11/2013

TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH TOK GAJAH


Tok Gajah Tamat Kemarau 21 Tahun, Muncul Juara Piala Malaysia 2013

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) -- Pahang menamatkan penantian selama 21 tahun bagi menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam di sini, malam Ahad.

Penyerang import dari Argentina, Matias Ruben Conti muncul wira skuad Tok Gajah selepas menyumbat gol tunggal menerusi tandukan pada minit ke-58 selepas memanfaatkan hantaran daripada Azamuddin Mohd Akil.

Kemenangan itu merupakan kejayaan ketiga Pahang merangkul piala berprestij itu selepas tahun 1983 dan 1992.

Pada pertarungan antara pasukan gergasi Pantai Timur itu musim ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan seimbang dengan melancarkan serangan berbahaya namun gagal menyudahkan sebarang percubaan pada separuh masa.

Pemain tengah Kelantan, Indra Putra Mahayuddin gagal menggunakan peluang terhidang pada minit ke-18 apabila sepakan percuma daripada jarak 20 meter hanya sedikit melepasi pintu gol Pahang yang dijaga rapi oleh Khairul Azhan Khalid.

03/11/2013

TAHNIAH POLIS MERIN: TINDAKAN LEBIH TEGAS MEMBENTERAS SALAH GUNA LESEN BOT TEMPATAN


TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PASUKAN POLIS MERIN KEATAS PENGUSAHA BOT NELAYAN TEMPATAN MENYALAHGUNA LESEN DENGAN MEMAJAKNYA KEPADA NELAYAN ASING, PERLU DITERUSKAN.

SELAIN DARIPADA TINDAKAN DIAMBIL KE ATAS PERMIT LAUT DALAM YANG DIKELUARKAN OLEH JABATAN PERIKANAN DIMONOPOLI OLEH GOLONGAN VVIP DAN INDIVIDU BERPENGARUH KERANA 'WANG'

KUANTAN 1 Nov. - Tangkapan beberapa individu yang merasuah anggota penguat kuasa tidak mampu menyelesaikan masalah nelayan di negara ini jika masih ramai pengusaha bot nelayan tempatan menyalahgunakan lesen dimiliki dengan memajaknya kepada nelayan asing.

Nelayan turut mendakwa lesen atau permit laut dalam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan dimonopoli oleh golongan kenamaan (VVIP) dan individu berpengaruh menyebabkan nelayan asing yang menyewa bot daripada mereka ‘kebal’ daripada dikenakan tindakan.

Amalan menyalahgunakan lesen itu memberi keuntungan lumayan kepada pemilik lesen bot tempatan kerana mereka mampu memperoleh pendapatan mencecah RM50,000 sebulan apabila nelayan asing membayar RM5,000 bagi setiap bot yang dipajak tanpa perlu mereka menyediakan bot, menggaji pekerja dan bersusah-payah turun menangkap ikan ke laut.

02/11/2013

KEGIATAN PENIPUAN STESEN MINYAK TERBONGKAR

Stesen minyak kantoi menipu
KPDNKK PERLU MENGGERAKKAN PEGAWAINYA UNTUK MEMERIKSA KESELURUHAN STESEN MINYAK DISELURUH NEGARA BAGI MENENTUKAN KEGIATAN PENIPUAN KEPADA PENGGUNA DITANGANI SEGERA.

LESEN PERNIAGAAN PERLU DIBATALKAN SERTA MERTA JIKA DIDAPATI UJUD KEGIATAN PENIPUAN.

Dalam bahasa mudah, pengguna sepatutnya menerima 70 liter petrol untuk RM100, tetapi sebaliknya hanya menerima 65 liter sahaja.
Itu penipuan yang berlaku di tiga stesen minyak sekitar Silibin dan Chemor didapati mengubah suai pam pengagih minyak (pump dispenser) bagi mengaut keuntungan dengan cepat sejak beberapa bulan lalu.

Daripada tiga stesen diserbu, hanya satu daripadanya disita secara keseluruhannya kerana kesemua 26 pam pengagih minyak telah diubah suai dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan Metrologi Corporation Malaysia (MCM) Sdn Bhd.

01/11/2013

TAHNIAH SPRM - Bekas KP Imigresen kena 6 tahun

Bekas KP Imigresen  kena 6 tahun
Abdul Wahid dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam atas tuduhan menerima rasuah RM60,000.

Abdul Wahid didapati bersalah terima suapan RM60,000 

Kuala Lumpur: Dibebas dan dipenjarakan oleh hakim yang sama. Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, dipenjara enam tahun dengan denda RM300,000 atau tambahan setahun penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam, selepas didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 lima tahun lalu. 

Hakim Rosbiahanin Ariffin, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati pembelaan tertuduh menerusi peguam belanya, Datuk V Sithambaran, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 

Wahid, 60, yang hadir dengan ditemani isterinya, kelihatan tenang sebaik Rosbiahanin membacakan keputusan memerintahkan dia menjalani hukuman penjara mulai semalam. 

Terdahulu, hakim menolak permohonan Sithambaran, supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dan menangguhkan hukuman penjara, sementara menunggu rayuan. 

Rosbiahanin dalam penghakimannya, bersetuju dengan hujah pendakwaan bahawa keterangan pembelaan tertuduh adalah difikirkan kemudian dan bersifat rekaan serta penafian semata-mata. 

“Selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan terhadap pertuduhan berkenaan,” katanya. 

Wahid didapati bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian, sebagai bayaran upah mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh. 

Kesalahan itu dilakukan di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, Off Jalan Duta, jam 10.15 malam pada 10 Julai 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. 

Pada 15 Oktober 2010, Rosbiahanin melepas dan membebaskan Wahid daripada tuduhan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie. Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar rayuan pihak pendakwaan selepas itu turut mengekalkan keputusan sama.

31/10/2013

SUDAH KETERLALUAN - DIBERI BETIS, HENDAK PEHA PULAK !!!

SELAGI ADA SOKONGAN KUAT DARI PEMIMPIN TERTINGGI DINEGARA INI, SELAGI ITU LAH MEREKA BERANI MENYUARAKAN KEMAHUANNYA.

SHAH ALAM - "Mereka benar-benar melampau, ibarat diberi betis, hendak paha!”

Demikian komen Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan, Datuk Zainal Abidin Sakom berhubung beberapa isu yang dibangkitkan dalam Semakan Berkala Universal (UPR) termasuk tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) mengenai prestasi hak asasi negara seliaan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland.

Zainal Abidin berkata, tuntutan Comango dilihat tidak mempunyai diplomasi, berbanding layanan  yang diberikan kepada mereka.

30/10/2013

ISTERI DERHAKA : USTAZA MEE SEGERA

Abby

ITU LAH CARA YANG DIIKUTI OLEH USTAZA MEE SEGERA DALAM PAS (PARTI AJARAN SYIAH) ???

TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24.

Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai.

Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya.

29/10/2013

Pembangkang Ketandusan Idea Sanggup Guna Gambar Palsu

Calon PAS PRK Kg. Sg. Limau bersama PM
YAN: PAS sudah ketandusan isu hingga sanggup guna gambar palsu dalam risalah kempen pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata Barisan Nasional (BN) sama sekali tidak akan melakukan perkara seumpama itu dalam siri kempen mana-mana pilihan raya semata-mata mahu meraih undi. "Ini tandanya pembangkang ketandusan idea untuk tarik pengundi," katanya selepas menyampaikan ceramah dalam siri kempen menjelang PRK DUN Sungai Limau di Pusat Daerah Mengundi Sungai Limau di sini, malam Isnin.
Turut hadir calon BN DUN Sungai Limau Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.
Ahmad berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran risalah kempen PAS yang memaparkan gambar calonnya untuk PRK itu Mohd Azam Abd Samat kononnya bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...