Translate

26/10/2013

#PRK SG LIMAU: PROFIL CALON BN DAN PAS ???

PROFIL CALON YANG DISIARKAN AKHBAR TEMPATAN PUN NAMPAKNYA MENYEBELAHI BARISAN NASIONAL.


ANUAR TOLAK GST TAPI TERIMA LGBT ???


KUALA LUMPUR: Pembangkang menentang sekeras-kerasnya perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan pada 1 April 2015.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sistem percukaian tersebut dilihat akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
"Anda tidak fokus kepada isu asas pentadbiran yang baik jadi anda menghukum rakyat dengan memperkenalkan sistem percukaian baharu kerana anda tiada pilihan lain.
"Oleh kerana anda bertanggungjawab menggunakan wang rakyat anda perlu memperkenalkan sistem cukai itu dan kami menentang sekeras-kerasnya cadangan tersebut," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen pada Jumaat.

25/10/2013

NONYA NURUL PERLU DI AMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM TERLAMBAT !!!


NURUL IZZAH menerima hak SOGI (Sexual Orientation & Gender Identity) yang bermakna menerima hubungan atau ‘perkahwinan’ golongan seks sejenis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekali gus menghapuskan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang berkaitan dengan jenayah liwat. Comango turut membantah pusat-pusat aktiviti LGBT diserbu pihak berkuasa.

Tidak bahayakan negara

tu komen Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ketika diminta mengulas tindakan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) menuntut pindaan dalam Perlembagaan dan undang-undang negara berkaitan hak asasi yang dibentang pada sesi Semakan Berkala Sejagat (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Siwtzerland, hari ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, laporan yang dikemukakan Comango pasti dipantau wakil Kerajaan Malaysia.

"Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) juga ada di sana dan Kerajaan Malaysia akan secara aktif menjawab segala pendirian yang diambil oleh wakil NGO tersebut. Tugas kerajaan adalah untuk bertegas mempertahan kedaulatan agama daripada cuba dipersoalkan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Lobi Parlimen, semalam.

Tuntutan Comango antara lain turut menyentuh kedudukan Islam di negara ini apabila gabungan berkenaan mahu setiap warganegara ini diberi kebebasan untuk menentukan pegangan agama masing-masing termasuk hak untuk murtad (keluar Islam) tanpa sebarang sekatang undang-undang atau campur tangan kerajaan.

24/10/2013

AGENSI PENGAWAL KESELAMATAN TANGKAP MUAT AMBIL PEKERJA ???

Kementeri Dalam Negeri dan pihak berkuasa berkaitan perlu mengambil tindakan serious keatas Agensi Pengawal Keselamatan di negara ini yang mengambil pekerjanya tidak mengikut SOP dan ditapis dengan teliti pihak Polis. 


Klik DISINI untuk membaca entri terbabit.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis sedang menyiasat samada suspek itu warga asing menggunakan kad pengenalan palsu.  Pendapat peribadi saya, melalui pengalaman, kebarangkalian itu ada. Berkemungkinan besar, nama Ardi Hamza itu juga tidak wujud atau milik individu lain. KLIK SINI

ROMPAKAN BANK MELIBATKAN PENGAWAL KESELAMATAN

Saspek ARDI BIN HAMZA, 37 th, Jalan Apas, Batu 2, No. 70, Tawau, Sabah
Kejadian rompakan bersenjata oleh pengawal keselamatan sendiri di Ambank no.5&7, Jalan USJ Sentral 2 Subang Jaya. 

Mangsa seorang perempuan bekerja sebagai operation officer ambank nama Norazita bt Abu Talib u/37 thn. telah bertugas selama 16 thn dengan Ambank.
Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818 hrs di bilik kebal bank tersebut, telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza umur 37 thn beralamat Jalan Apas Batu 2 no 70 Tawau, Sabah. 

senjata yang digunakan jenis pumpgun dengan melepaskan 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan melarikan wang dlm jumlah yang tidak diketahui.

Saspek kemudian telah melarikan diri dengan menggunakan sebuah m/sikal sedang di kesan.

Semasa kejadian seramai 5 staf berada ditempat kejadian termasuk saspek. Polis sedang jalankan siasatan.

23/10/2013

Najib ajak anggota Umno bersatu

Senyum gak sikit Tok Yahya
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak semua anggota Umno bersatu mengukuhkan parti dan berusaha membina Malaysia ke arah yang lebih baik.

Presiden Umno itu dalam entri terbaharu beliau di Facebook juga mengucapkan tahniah kepada semua calon yang memenangi jawatan naib presiden, anggota Majlis Tertinggi dan Bahagian pada pemilihan parti Sabtu lepas.

"Kemenangan ini adalah amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas dengan ikhlas serta jujur demi bangsa, agama dan negara," katanya.

Pada pemilihan itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengekalkan gandingan mereka sebagai naib presiden Umno untuk penggal 2013-2016.

Sementara itu, 10 muka baharu termasuk dua wanita antara 25 yang dipilih menganggotai MT untuk tempoh tiga tahun akan datang.  

Najib turut melahirkan rasa syukur kerana Umno berjaya mencatat sejarah menggunakan sistem pemilihan yang lebih terbuka dan demokratik.

"Semoga amalan ini terus menjadi tunjang parti yang kita sayangi ini," katanya. – Bernama

22/10/2013

JANGAN MENUDING JARI KEPADA ORANG LAIN ???


Mesyuarat Agong Perwakilan UMNO Bahagian Marang 2013 serta Pemilihan Naib Presiden serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO telahpun selesai.

Namun begitu suara-suara gatal dan memalukan diri sendiri berkumandang di media-media serta dikedai-kedai kopi, menuding jari kepada orang lain.

Apa yang dapat diperhatikan semasa ahli-ahli perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Agong di Dewan SMK Seberang Marang, rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati diatas cara penyusunan serta urusan pendaftaran kehadiran peserta yang diatur.

20/10/2013

JADI WAKIL RAKYAT UMPAMA TUNGGUL KAYU ???


HANYA KESILAPAN MELETAKAN GELARAN YANG BERBAHAGIA DAN BUKAN YANG BERHORMAT KEPADA WAKIL RAKYAT AHLI PARLIMEN DUNGUN MEMBUAT BANTAHAN ???

Ini menunjukkan Wakil Rakyat berkenaan tidak melaksanakan tugas atau tidak menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat selepas PRU 13 yang lalu.

KUALA TERENGGANU - Empat wakil rakyat Pas akan menghantar notis bantahan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Pejabat Daerah Dungun dalam masa terdekat berhubung kesilapan Pejabat Daerah Dungun meletakkan gelaran ‘yang berbahagia’ dan bukan ‘yang berhormat’ sebagaimana sepatutnya.

Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli berkata, perkara itu penting untuk diambil tindakan memandangkan pihak terlibat seolah-olah menafikan mereka sebagai wakil rakyat.

Beliau mendakwa, kesilapan gelaran itu berlaku melalui salinan surat berhubung pelupusan kertas undi PRU13 yang diterima daripada Pejabat Daerah Dungun melibatkan beliau dan tiga Adun Pas lain iaitu Adun Rantau Abang; Alias Harun, Adun Sura; Wan Afandi Wan Nik dan Adun Paka, Satiful Bahri Mamat.

Bagaimanapun beliau berkata, hanya wakil rakyat BN iaitu Adun Bukit Besi, Roslee Daud yang diletakkan gelaran ‘yang berhormat’ dalam salinan surat yang diterima kelmarin.

KLIK SINI  untuk berita selanjutnya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...