Translate

19/10/2013

KENAPA PERLU IKUT TELUNJUK TAMBY SURENDRAN ???

PDRM TIDAK PERLU IKUT TELUNJUK NAIB PRESIDEN PKR P. SURENDRAN. JIKA DIBENARKAN, AKAN LEBIH MERUMITKAN PDRM UNTUK MENJALANKAN TUGAS DEMI UNTUK KESELAMATAN NEGARA.

PENJENAYAH SEMAKIN GANAS SEBELUM DARIPADA INI, AKIBAT SOKONGAN DAN DOKONGAN DARIPADA PUAK-PUAK YANG BERKELAKUAN SEBEGINILAH.

PDRM PERLU BERHATI-HATI DIATAS KELICIKAN MEREKA-MEREKA INI UNTUK MEMPERBODOHKAN SERTA MEMPERMAIN-MAINKAN UNDANG-UNDANG DI NEGARA KITA INI.

SHAH ALAM - Ketua Polis Negara digesa agar menimbang semula keengganan untuk bertanggungjawab atas keselamatan Naib Presiden PKR, N Surendran, kata peguam PKR.

“Pada 16 Oktober, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Mazlan Mansor telah memaklumkan Surendran dan saya sebagai penasihat undang-undangnya.

“...bahawa syarat indemniti perlu ditandatangani sebelum Surendran sertai operasi polis yang melibatkan penjenayah bersenjata,” kata R Sivarasa dalam satu kenyataan, hari ini.

Surendran yang juga Ahli Parlimen Padang Serai itu dikatakan sudah bersetuju dengan hampir semua syarat yang dikenakan oleh pihak polis.

Namun, pihaknya menggesa agar dua syarat yang dikemukakan polis dapat dipertimbangkan melibatkan keselamatan.

“Kami minta polis pertimbangkan semula dua syarat yang ditentukan PDRM. Syarat itu ialah polis tidak bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan yang berlaku ke atas Surendran ketika operasi.

“Dan, Surendran tidak boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan, PDRM, IGP dan atau mana-mana pegawai polis yang terlibat dalam operasi tersebut,” katanya.

KLIK SINI untuk berita selanjutnya

OPS CANTAS PEMUTIHAN DALAM PDRM PERLU DIPERKEMASKAN

Ops Cantas Khas: Anggota polis antara 4 diberkas

TEMERLOH 18 Okt. Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, dalam serbuan Ops Cantas Khas dan Ops Tapis pada pukul 8.50 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol, gari dan lapan butir peluru hidup daripada anggota polis berkenaan.

"Polis turut menemui pelbagai jenis dadah selain lapan pedang samurai, sepucuk senapang angin dan lima pistol mainan, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mereka yang ditahan anggota kumpulan kongsi gelap.

"Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan penemuan barangan seperti tujuh jam tangan dan 19 telefon bimbit," katanya.

Menurutnya semua suspek yang berusia antara 21 dan 27 tahun terbabit tidak mempunyai rekod lampau, namun kesemua mereka positif dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut beberapa seksyen Akta Senjata 1960 selain Akta Dadah Berbahaya.

"Anggota polis yang ditahan turut akan disiasat mengikut Akta Polis 1967," katanya. - BERNAMA

18/10/2013

Dua Lagi Dituduh Beri Rasuah Lindungi Sindiket Pukat Tunda

bt_pukat_tunda2.jpg
TAHNIAH SPRM DIATAS TINDAKAN YANG DIAMBIL, MEMBERI KESAN YANG POSITIF TERHADAP NELAYAN PANTAI DENGAN KERAKUSAN BOT-BOT PUKAT TUNDA MERANAPKAN HASIL TANGKAPAN PARA NELAYAN.

Dua lagi individu yang terbabit dalam sindiket pukat tunda dalam aktiviti perikanan di perairan negara ini, dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah 9 Kuala Lumpur hari ini atas kesalahan menawar dan memberi suapan kepada anggota penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) bagi melindungi bot nelayan Vietnam  yang menangkap ikan di perairan negara.

Pengusaha bot, Law Chark Huat, 42 dan rakannya  Muhammad Nooraizuddin Mohammed Yusoff, 28  dituduh melakukan tiga kesalahan di bawah Seksyen 17(b) ASPRM 2009 dan satu kesalahan di bawah Seksyen 16(b)(B) ASPRM 2009.

Tiga pertuduhan yang dikenakan membabitkan kesalahan menawar suapan RM 168,000 kepada anggota penguatkuasa APMM.

KEJATUHAN PAS SEMAKIN KETARA ????

* HUSAM BERLAGA PIMPINAN BARU, BIBIT KEJATUHAN PAS KELANTAN?

* NIK AZIZ TIDAK IZINKAN PEMIMPIM PAS TERDIRI DARIPADA BUKAN ULAMA
* KEJATUHAN HAJI HADI SEBAGAI PRESIDEN PAS SEMAKIN JELAS

Peristiwa pertembungan bekas Exco kerajaan negeri Kelantan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dengan pimpinan baru kerajaan negeri Kelantan merimaskan banyak pihak di Kelantan.
Apa yang berlaku dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu merisaukan mereka jika ia menjadi bibit kejatuhan kerajaan yang dibina oleh PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 23 tahun lalu itu.
Husam membangkitkan banyak perkara penting dalam sidang itu yang kebanyakannya dengan cara menyerang pimpinan kerajaan negeri yang baru. Ini termasuk isu pembalakan di Machang, kenaikan tarif air dan perlantikan Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) Kelantan.
Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini, pelbagai persoalan muncul. Antaranya ialah:
1) Mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan daripada partinya sendiri?
2) Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?
3) Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri?
4) Adakah beliau sedang mensabotaj kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?"
Empat persoalan ini dibangkitkan oleh Profesor Datuk Dr Muhamad Agus Yusof, penganalisis politik daripada Univerisiti Kebangsaan Malaysia melalui Facebooknya.
KLIK SINI untuk berita selanjutnya

17/10/2013

PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU ???



"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu", turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.


14 AJK Wanita Umno Kalabakan Letak Jawatan.

TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini pada Rabu yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

16/10/2013

PERTINGKAT PEMANTAUAN dan PERKETAT PROSES PENGAMBILAN


Insiden tragis melibatkan seorang anggota polis yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum membunuh diri baru-baru ini di Ledang, Johor, menunjukkan soal tekanan mental yang dialami anggota keselamatan tidak boleh dipandang remeh.

Tekanan jiwa yang dihadapi mereka, baik dalam soal peribadi mahupun profesion wajar diberi perhatian bagi memastikan mereka tidak mengalami stres kritikal sehingga mengambil tindakan di luar jangkaan.

Ini apabila membabitkan mereka dalam pakaian seragam biru, akibatnya sangat berbahaya memandangkan mereka memegang senjata api.

NIK ABDUH MEMBERI TEKANAN KEPADA MAT SABU UNTUK MEMPERTAHAN JAWATAN TIM PRESIDEN??

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan undur diri daripada Dewan Pemuda Pas dalam pemilihan barisan kepimpinan parti, bulan hadapan.

Pengunduran itu, katanya, bagi memberi ruang kepada pemimpin lebih muda, berkaliber dan berkelayakan mengisi kekosongan tempat ditinggalkan beliau kelak.

“Tahun ini, genap 10 tahun penglibatan saya dalam Dewan Pemuda Pas. Dengan umur saya jauh melewati rakan-rakan lain dalam sayap parti yang gagah, saya fikir sudah tiba masanya untuk berundur.

“Saya sudah maklumkan (pengunduran) ini menerusi Facebook saya dan dalam satu program Pemuda Pas di Johor baru-baru ini,” katanya ketika diminta mengulas sama ada beliau bakal mempertahan jawatan disandangnya kini.

Sebelum ini, beberapa blog hangat memperkatakan isu pengunduran Nik Abduh berdasarkan Facebook milik beliau.

Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau ‘meninggalkan’ Pemuda Pas dalam keadaan baik.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.

15/10/2013

NEGARA TERSELAMAT DARIPADA PERTEMPURAN DARAH ???

Foto

The Herald dilarang guna kalimah Allah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. Dua lagi hakim ialah Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. 

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pihak Roman Katolik adalah dibatalkan. 

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan perkataan Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

14/10/2013

BIAR SAMSENG JANGAN JADI BAPOK !!!!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak pihak-pihak yang mempertikai tugasnya sehingga menggelar beliau samseng berikutan tindakan tegas terhadap kumpulan kongsi gelap.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukannya semata-mata untuk menjaga dan menegakkan hak asasi rakyat negara ini.

"Saya bukannya 'samseng' cuma tegas, kerja betul dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab saya.

"Saya perlu menegakkan hak asasi manusia. Anggota polis yang kena tembak misalnya tiada siapa (pembangkang) yang membela keluarga itu, sebaliknya penjenayah pula disokong oleh mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengarahkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman memantau aktiviti perjudian dan pelacuran di kawasan Bagan Datoh dan Simpang Empat.

Jelas beliau, tindakan itu bagi mengekang penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala negatif tersebut.

"Saya akui di Simpang Empat memang ada tempat berjudi dan pelacuran dan yang menjadi 'babu' (pembantu) orang Melayu beragama Islam.

"Saya tidak boleh berkompromi dengan anak-anak kita yang beragama Islam ini yang membantu kongsi gelap melalui aktiviti tersebut. Perkara ini harus diatasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada polis untuk melaksanakan tugas mengekang aktiviti jenayah tersebut.

13/10/2013

OPS CANTAS DALAMAN PDRM PERLU DILAKUKAN SEGERA ???

Dua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di 'WhatsApp Group Chat'


GEORGE TOWN: Dua anggota polis digantung tugas selepas didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman menerusi aplikasi ruangan sembang secara berkumpulan di WhatsApp.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, arahan penggantungan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua anggota polis terbabit didakwa membuat kenyataan di sebuah ruangan sembang yang membincangkan tentang urusan berkaitan dengan kerja menerusi aplikasi WhatsApp, yang memberi maksud kepada isu berkaitan dengan penangkapan kumpulan gangster di bawah Ops Cantas.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan pangkat kedua-dua polis berkenaan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...