Translate

17/10/2013

PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU, PENGUNDI HANTU ???



"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu", turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.


14 AJK Wanita Umno Kalabakan Letak Jawatan.

TAWAU: Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini pada Rabu yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.

16/10/2013

PERTINGKAT PEMANTAUAN dan PERKETAT PROSES PENGAMBILAN


Insiden tragis melibatkan seorang anggota polis yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum membunuh diri baru-baru ini di Ledang, Johor, menunjukkan soal tekanan mental yang dialami anggota keselamatan tidak boleh dipandang remeh.

Tekanan jiwa yang dihadapi mereka, baik dalam soal peribadi mahupun profesion wajar diberi perhatian bagi memastikan mereka tidak mengalami stres kritikal sehingga mengambil tindakan di luar jangkaan.

Ini apabila membabitkan mereka dalam pakaian seragam biru, akibatnya sangat berbahaya memandangkan mereka memegang senjata api.

NIK ABDUH MEMBERI TEKANAN KEPADA MAT SABU UNTUK MEMPERTAHAN JAWATAN TIM PRESIDEN??

Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan undur diri daripada Dewan Pemuda Pas dalam pemilihan barisan kepimpinan parti, bulan hadapan.

Pengunduran itu, katanya, bagi memberi ruang kepada pemimpin lebih muda, berkaliber dan berkelayakan mengisi kekosongan tempat ditinggalkan beliau kelak.

“Tahun ini, genap 10 tahun penglibatan saya dalam Dewan Pemuda Pas. Dengan umur saya jauh melewati rakan-rakan lain dalam sayap parti yang gagah, saya fikir sudah tiba masanya untuk berundur.

“Saya sudah maklumkan (pengunduran) ini menerusi Facebook saya dan dalam satu program Pemuda Pas di Johor baru-baru ini,” katanya ketika diminta mengulas sama ada beliau bakal mempertahan jawatan disandangnya kini.

Sebelum ini, beberapa blog hangat memperkatakan isu pengunduran Nik Abduh berdasarkan Facebook milik beliau.

Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau ‘meninggalkan’ Pemuda Pas dalam keadaan baik.

KLIK DISINI untuk berita selanjutnya.

15/10/2013

NEGARA TERSELAMAT DARIPADA PERTEMPURAN DARAH ???

Foto

The Herald dilarang guna kalimah Allah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi memutuskan Gereja Katolik dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguannya The Herald.

Keputusan sebulat suara itu dibuat tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam mahkamah yang penuh sesak pagi ini. Dua lagi hakim ialah Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. 

Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan pihak Roman Katolik adalah dibatalkan. 

Dalam penghakimannya, Mohamed Apandi berkata mahkamah mendapati penggunaan perkataan Allah bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

14/10/2013

BIAR SAMSENG JANGAN JADI BAPOK !!!!

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak pihak-pihak yang mempertikai tugasnya sehingga menggelar beliau samseng berikutan tindakan tegas terhadap kumpulan kongsi gelap.

Menurut beliau, tindakan itu dilakukannya semata-mata untuk menjaga dan menegakkan hak asasi rakyat negara ini.

"Saya bukannya 'samseng' cuma tegas, kerja betul dan berani dalam melaksanakan tanggungjawab saya.

"Saya perlu menegakkan hak asasi manusia. Anggota polis yang kena tembak misalnya tiada siapa (pembangkang) yang membela keluarga itu, sebaliknya penjenayah pula disokong oleh mereka," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, beliau sudah mengarahkan sebuah pasukan khas dari Bukit Aman memantau aktiviti perjudian dan pelacuran di kawasan Bagan Datoh dan Simpang Empat.

Jelas beliau, tindakan itu bagi mengekang penglibatan masyarakat Melayu dalam gejala negatif tersebut.

"Saya akui di Simpang Empat memang ada tempat berjudi dan pelacuran dan yang menjadi 'babu' (pembantu) orang Melayu beragama Islam.

"Saya tidak boleh berkompromi dengan anak-anak kita yang beragama Islam ini yang membantu kongsi gelap melalui aktiviti tersebut. Perkara ini harus diatasi," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa rakyat terus memberi kepercayaan dan sokongan penuh kepada polis untuk melaksanakan tugas mengekang aktiviti jenayah tersebut.

13/10/2013

OPS CANTAS DALAMAN PDRM PERLU DILAKUKAN SEGERA ???

Dua Polis Digantung Tugas Kerana Didakwa Keluar Kenyataan Rasis Di 'WhatsApp Group Chat'


GEORGE TOWN: Dua anggota polis digantung tugas selepas didakwa membuat kenyataan berunsur perkauman menerusi aplikasi ruangan sembang secara berkumpulan di WhatsApp.


Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, arahan penggantungan itu dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Kedua-dua anggota polis terbabit didakwa membuat kenyataan di sebuah ruangan sembang yang membincangkan tentang urusan berkaitan dengan kerja menerusi aplikasi WhatsApp, yang memberi maksud kepada isu berkaitan dengan penangkapan kumpulan gangster di bawah Ops Cantas.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak mendedahkan pangkat kedua-dua polis berkenaan.


12/10/2013

APA DAH JADI GARA-GARA ISTERI MAT YO ???



Isteri Pakcik Guard pasti cemburu sejak kebelakangan ini, tapi kalau bujangan tak apa lah. 

Terlalu ramai peminat dan semakin glamour berlebih-lebih lagi artis Neelofa mengambil peluang bergambar bersama. Sumber: KLIK

WANITA NYARIS MATI DITEMBAK DI LAMPU ISYARAT


BINJAI - Kejadian berlaku pada hari ini 11/10/2013 jam lebih kurang 6.40 petang di persimpangan lampu isyarat Binjai berhadapan dengan Balai Polis Binjai.

Seorang wanita berumur 22 tahun sedang memberhentikan m/kar yang dipandunya di lampu isyarat, tiba-tiba telah ditembak oleh 2 lelaki yang menaikki m/sikal dengan dua das tembakan, mengenai dilengan kanan dan tapak tangan kanan.


Penjenayah menaikki m/sikal dipercayai jenis Yamaha 135 LC berwarna merah dan bertopi keledar warna hitam.

Punca kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

RUMAH PANGSA PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT MARKAS PENJENAYAH WARGA ASING ???

Kuala Lumpur, 11 Okt - Empat lelaki asing yang dipercayai anggota 'Geng Ah Fatt' ditembak mati di rumah pangsa Program Perumahan Rakyat (PPR) di Hiliran Ampang, dekat sini selepas menyamun rumah milik orang kenamaan di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang awal pagi tadi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis melakukan serbuan di rumah pangsa Jalan Ampang Putra itu pada pukul 12.20 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam. 

Ketika menyerbu rumah pangsa itu, beliau berkata penjenayah menembak ke arah polis sebelum polis bertindak balas. 

"Polis menemui sepucuk pistol (di tempat kejadian) dipercayai jenis Revolver dan parang yang digunakan kesemua lelaki itu yang berumur lingkungan 30 hingga 40 tahun. 

11/10/2013

MALAYSIA AKAN KEMBALI AMAN SETELAH PCA DILULUSKAN


Keharmonian negara tercinta baru-baru ini telah dikucar-kacirkan oleh segelintir manusia yang bergelar PENJENAYAH DAN PENGKHIANAT KEDAMAIAN.


Namun begitu seluruh rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian berasa lega dan berterima kasih kepada kerajaan yang telah meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013, yang dibahaskan sejak semalam.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959, yang telah diluluskan di Dewan Rakyat, digubal kerana adanya keperluan bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...